🔨43🔨

4.6K 300 257
                                    

"Nanti masuk dewan periksa, buat elok elok. Fokus pada kertas ujian." Aku hanya mengangguk pada pesanan Hoseok oppa. Roti bakar di dalam pinggang aku ambil lalu makan.

Hari ni, adalah hari peperiksaan aku. Peperiksaan akhir yang amat penting bagi semua pelajar sekolahku kerana peperiksaan ini akan menentukan tahap penguasaan kami semua selama 5 tahun di sekolah dan kelayakan kami untuk sambung belajar di universiti impian dan terbaik.

"Tempat duduk ujian pilih sendiri atau pihak sekolah tentukan?" Leez unnie menghulurkan segelas air oren kepadaku.

"Pilih sendiri dan tempat duduk mengikut kelas. Jadi saya pilih duduk di sebelah Hwan." Mereka semua mengangguk faham sambil menguyah sarapan.

"Dah study? Ready nak masuk ke dewan exam?" Aku hanya mengangkat thumbs up menandakan aku sudah bersedia sepenuhnya.

"Good then. Nanti masuk dewan exam, just relax and calm. Jangan fikirkan sangat tentang benda yang tak patut termasuklah fikirkan Jeon Jungkook." Aku ketawa kecil dengan ayat terakhir Namjoon oppa.

"Dah kenapa pula? Aku dikecualikan lah! Aku namchin dia!" Cemberut saja muka Ahjusshi Jungkook.

"Alah. Namchin saja bukannya bakal suami. Buat minggu ni, Seul Ra kena lupakan sekejap tentang kau. Dia kena fokus untuk exam dia. Kau nak dia gagal ke bodoh?" Makin cemberut wajah Ahjusshi Jungkook bila bentakkannya dibidas sinis oleh Zureen unnie.

"Sudah sudah. Kat sini pun nak gaduh ke? Makan cepat. Nanti siapa nak hantar Seul Ra ke sekolah?" Jimin oppa menyoal kali ni.

"Mestilah aku yang hantar." Sekali lagi mereka mengangguk apabila soalan Jimin oppa dibalas oleh Ahjusshi Jungkook.

"Kalau macam tu keluar awal sikitlah. Sepanjang minggu ni Hwan pergi sekolah dengan kita kan?" Aku mengangguk.

Parents Hwan sekali lagi terpaksa outstation ke Jeju atas dasar kerja. Jadi selama seminggu ini, Hwan akan tumpangku ke sekolah. Sepatutnya mereka balik pada hari keempat kami menduduki peperiksaan tapi aku sengaja lajakkan satu hari lagi.

Lagipun Ahjusshi Jungkook benarkan saja. Dengan syarat Hwan perlu duduk di belakang manakala aku perlu duduk di bahagian penumpang hadapan.

"Eh, aku nak tanya, siapa yang buat air teh pagi ni?" Kini, semua fokus tertumpu pada Taehyung oppa.

"Akulah yang buat. Kenapa?" Yoongi oppa menjawab. Taehyung oppa mengangguk faham lalu disisipnya air teh itu.

Purffft!

"Sial! Kau letak gula ke garam dalam ni?! Bodoh masin gila!" Terus berubah muka kami semua.

"Aku letak gulalah."

"Bongok! Kalau kau letak gula asal air teh ni masin?! Sejak bila gula dengan garam bertukar sifat rasa?!" Sejurus itu, Yoongi oppa juga merasa air teh itu.

"Ha! Masin ke manis?!"

"Eo? Aku rasa aku letak gula. Takkanlah aku tersalah letak kot?" Yoongi oppa mencapai air oren lalu diminumnya.

"Aku rasa kau buat air teh tu dalam keadaan separuh sedar kot. Waktu kami buat sarapan kan kau tidur dekat meja dulu. Lepas Seokjin kejutkan, kau terus buat air teh." Namjoon oppa memberikan pendapat.

"Maybe. Sudahlah. Bukannya salah aku." Aku terkebil kebil mendengar balasan Yoongi oppa.

"Bukan salah kau? Dah tu ni semua salah siapa?" Hoseok oppa pula membidas.

"Salah gula dan garam. Siapa suruh jadi putih and sama? Kan aku keliru." Selamba saja Yoongi oppa sambung mengunyah sarapannya.

"Kalau aku tendang si Yoongi ni pun, bukannya salah aku jugakkan?"

🚫🚫🚫

"Terima kasih Tuan Jungkook sebab sanggup ambil saya di rumah dan hantarkan saya ke sekolah. Terima kasih banyak banyak." Ahjusshi Jungkook mengangguk. Aku mengemaskan sedikit beg tali beg galas di bahu.

"Hwan, kau keluar dulu. Aku ada something nak cakap dengan Seul Ra." Aku berkerut kening.

"Nak cakap apa dengan Seul Ra?" Selepas saja Hwan tanya begitu, terus saja Ahjusshi Jungkook memberikan jelingan tajam padanya.

"Saya keluar dululah. Seul Ra, aku tunggu kau di depan pagar sekolah. Kita masuk dewan peperiksaan sekali." Aku mengangguk. Hwan mencapai begnya laju lalu keluar dari kereta.

"Apa yang ahjusshi nak—

Kata kataku terhenti apabila badanku dipeluk erat olehnya. Aku dapat rasakan wajahnya disembunyikan di ceruk leherku kerana nafas hangatnya yang mengenai kulit leher.

"Hari ni, Hoseok yang ambil kau. Aku sibuk dengan meeting. Dia hantar kau ke pejabat aku. Duduk di dalam pejabat tu sampai aku datang nae?" Pelukan dileraikan. Pipi aku dielusnya. Aku mengangguk perlahan.

"Good luck. Do the best." Aku senyum manis. Dahiku diciumnya.

"Nae ahjusshi! Gomowa." Belum sempat aku nak membuka pintu, bahu aku dipegangnya.

"Nae?"

"My kiss?" Terkebil kebil aku cuba mencerna permintaannya.

"Kiss my cheeks now." Di halakan pipinya padaku. Dengan perlahan aku mendekatkan diri dan pipinya aku cium.

"Sebelah lagi." Aku buat perkara yang sama di pipi kirinya. Tersengih suka Ahjusshi Jungkook jadinya.

"Nanti kalau lupa jawapan untuk soalan exam kau, kau ingat je muka aku. Mesti kau dapat jawapan punya. Trust me." Aku mencebik. Bahunya aku tampar perlahan.

"Buat apa nak ingat muka ahjusshi? Bukannya soalan tu suruh lukis muka ahjusshi pun."

"Eh, aku ni jawapan untuk semua masalah kau tahu tak." Aku ketawa kecil.

"Contohnya?"

"Contohnya, masalah kau adalah tak tahu tempat untuk bermanja dan berkasih sayang. Jawapannya aku! Aku adalah tempat yang paling terbaik untuk kau bermanja dan taburkan kasih sayang." Dia tersenyum miring padaku sambil mengangkat kedua dua belah kening.

"Percayalah, saya akan fail exam kalau ingat muka ahjusshi."

"Tolong jangan rapat sangat dengan Yoongi nae?"

Continue

Itu dia..sebuah chap last minit dari aku...tidaknya aku nak buat double update macam biasa but, chap seterusnya pun aku tak tulis lagi😂 maybe lewat sikit yang satu lagi😂

Ouh, korang okay ke aku selalu update lewat malam ni? Maklumlah, aku kan burung hantu😂

Btw, good job ARMY! Dynamite pecah record 100M dalam satu hari even tepat jam 24, view baru 98.3 but after beberapa minit, it reached 100M!! ❤✨

Well done!

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now