🔨3🔨

5.6K 389 265
                                    

Aku berjalan tenang memasuki kedai serbaneka itu. Pelanggan yang ada mula rasa terkejut begitu juga dengan jurujual. Ada yang menunduk pada kami bertiga. Ada yang hanya diam saja.

"Tengok macam nampak hantu." Komen Namjoon.

"Well. We are a mafia right? Remember that Kim Namjoon." Zureen menjawab dan aku hanya diam. Peti sejuk aku buka lalu air tin Coca-Cola aku ambil.

"Kook. Ambilkan aku Pepsi sebelah tu." Aku hanya senyap tanpa menjawab. Dua tin air Pepsi aku ambil lalu serahkan pada Zureen.

"Ada apa apa lagi tak yang korang nak beli?" Kami berdua menggeleng. Air yang diambil diletak ke dalam bakul yang disediakan di kedai ini bersama dengan snack Namjoon.

"So, siapa bayar kali ni?" Aku menyoal. Seketika itu aku mengeluh. Zureen dan Namjoon memandang aku bersama sengihan.

Akulah yang bayar nampaknya.

"Cepatlah pergi kaunter." Dengan cepat mereka pergi ke kaunter pembayaran. Aku melangkah malas.

Kalau bayar, mesti muka aku. Padahal masing masing ada duit sendiri. Bila ditanya, katanya ketua kenalah menampung anak anak buahnya.

MEREKA PUN SAMA JE MACAM AKU! HERGH!

"Semuanya 10186 ₩." Aku menghulurkan beberapa keping won kepadanya. Plastik yang berisi makanan dan minuman itu Namjoon ambil.

"Ada apa apa lagi nak beli?"

"Tak! Semua cukup!" Aku mencebik. Baru saja nak jalan keluar, tanpa sengaja aku dilanggar oleh seseorang.

"Yah!" Aku melihat ke arah bajuku yang telah basah dek tumpahan air mineral yang dipegang oleh si pelanggar. Aku mengibaskan sikit untuk membuang sisa air yang tidak sempat meresap ke dalam fabrik bajuku.

"Kook! Gwechana?" Aku mengangguk. Muka si pelanggar itu aku pandang.

Yeoja.

"Kau-

"Ahjussi kalau rabun, buatlah cermin mata! Habis basah baju saya." Aku terkedu.

A-ahjussi?!

"Apa yang kau panggil aku tadi? Ulang sekali lagi?" Aku bertanya pada perempuan itu. Manalah tahu aku salah dengar.

"Haih. Saya tak nak bergaduh dengan ahjussi sekarang ni. Saya hormat ahjussi kerana ahjussi lebih tua dari saya. Saya pun nak minta maaf pada ahjussi sebab terlanggar dan tertinggikan suara pada ahjussi. Mianhae." Gadis itu berjalan ke kaunter pembayaran untuk membayar barangan yang dia beli. Manakala aku melihatnya dengan penuh riak terkejut.

Dia tak kenal aku ke? Mustahil!

Tanpa memandang ke arah aku, dia berjalan keluar dari 7 Eleven itu.

"Aku rasa, budak tu interesting." Zureen berkata sambil memandang pemergian gadis itu. Aku keluar dari kedai lalu mengejar langkahnya.

"Yah!" Lengannya aku cengkam lalu menariknya memandang aku. Muka bengis aku pamerkan padanya.

"Apa lagi ahjussi? Saya dah minta maaf kan? Tak puas hati apa lagi?" Aku mengetap rahang aku.

"Kau ni memang—

"Ahjussi ni bapak ayam ke? Nak culik saya?" Aku membulatkan mata aku. Terkejut dengan apa yang baru didengari dari perempuan ini.

"Aku? Bapak ayam? Kau bodoh ke apa?" Aku mencengkam lagi tangannya. Lebih kuat dari tadi.

"Sakitlah ahjussi! Apa masalah ahjussi ni?!"

"Kau tak kenal kami ke?" Namjoon bertanya.

"Korang bukannya orang yang penting dalam hidup saya. Buat apa nak kenal?" Sekali lagi aku speechless dengan apa yang dilontarkan olehnya.

Wah, berani betul dia kata macam tu depan aku. Tak takut mati ke apa?

"Eh perempuan. Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku!" Aku menengkingnya.

"Ahjussi ni gila ke? Ke baru keluar dari wad bahagia? Lepaslah!" Dia merentap lengannya kuat.

"Huh! Orang tua gila!" Dia berlari meninggalkan aku manakala aku tajam memerhati susuk tubuh belakangnya yang semakin menjauh itu.

"Kook. Aku rasa, aku jumpa manusia pelik sekarang ni."

🚫🚫🚫

"Hahaha! Kau! Dia panggil ahjussi?! Aku dah cakap kau tu umur je muda tapi muka mengalahkan warga emas!" Leez gelak besar sambil menampar belakang badan Yoongi yang turut sama ketawa.

Senang kata, semua sedang ketawakan aku.

"Wey, takkanlah budak perempuan tu tak kenal kau?" Soal Seokjin bersama baki tawanya.

"Aku pun tak tahu. Tapi ikut dari cara dia cakap dan tengok aku, nampak macam dia memang tak takut dengan aku. Siap tengking aku lagi." Aku menjawab. Dalam hati, sudah membara aku menahan amarah pabila mengingati kejadian tadi.

Tiada siapa yang pernah tinggikan suara apabila bersama aku. Bersemuka dengan aku pun mampu membuatkan mereka terkencing dalam seluar. Apatah pula nak mengeluarkan suara di hadapan aku.

Cuma hari ni, aku telah berjumpa dengan perempuan yang tidak takut langsung dengan aku.

"Yang paling aku kagum sekali dengan budak tu. Dia berani panggil kau 'ahjussi'. I'm salute." Taehyung pula berkata. Aku mencebik geram apabila dia memuji perempuan itu.

"Eh, ada satu lagi." Semua memandang ke arah Zureen yang masih lagi mahu menceritakan tentang insiden di kedai serbaneka itu.

"Budak tu, kata kat Jungkook, bapak ayam." Lagi sekali terburai ketawa mereka berlapan.

"Kau bapak ayam! Sesuai gila!" Hoseok memegang perutnya.

"Sejak bila kau jadi bapak ayam ni Kook? Dari ketua Bangtan Bomb ke bapak ayam?" Namjoon memerli aku.

"Perempuan tu bodoh! Sebab tak kenal aku." Aku mendengus geram.

"Muka kau sekali tengok memang nampak bapak ayah. It's like a daddy for women." Aku menggulingkan anak mata. Lagi lama aku di sini, makin banyak aku menjadi bahan ketawa mereka.

"Dahlah aku masuk bilik dulu. Adios."

Continue

Yeah!!! Aku ada idea dah nak update!

aku sebenarnya...idea mula je nak buat storyline ni lepas tengok cita lu mafia gua gangster kat citra HD...idea saja...padahal scene yang bakal muncul aku tak tau nak buat apa.

Well, sapa pernah rasa?!😂

Aku pun dalam perancangan nak unpub atau tak story nii..sbb baru update sikit so adalah peluang nak unpub semula...kalau update banyak..mmg tak ah nak unpub! Sayang!

Btw, doakan aku dapat scene setereusnya😂

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now