🔨22🔨

5K 315 140
                                    

"Aigo Hwan! Saya minta maaflah! Bukannya saya sengaja kata pada awak." Aku menggoncangkan lengan Yeo Hwan Woong.

"Tak nak! Aku nak merajuk dengan kau! Hmp?" Hwan memalingkan mukanya ke tepi dengan bibir yang dimuncungkan.

Aduh, susah macam ni.

"Mianhae Yeo Hwan Woong. Saya tak cakap pun yang awak tak guna." Aku mengerdipkan mataku berkali kali. Cuba meraih kemaafannya.

"Tak nak! Pujuk aku dulu." Aku menggarukan sisi kepalaku perlahan.

Selalunya Hwan akan minta benda yang pelik pelik untuk aku pujuknya. Permintaannya yang terakhir untuk pujuknya adalah pegang tangannya 24 jam cukup.

"Okay. Awak nak saya buat apa? Jangan suruh saya buat benda pelik pelik pula." Terus terserlah senyumannya. Mukanya beralih menghadapku.

"Kiss my cheeks for 1 minute." Aku tersentak.

Pertama kali Hwan minta aku ciumnya. Selama ni tak.

"Tak ada benda lain ke? Selain dari kiss?" Aku cuba menukar permintaannya. Bukannya tak mahu, tapi aku takut.

Ahjussi Jungkook tu instict dan derianya amat peka. Buatnya dia tahu yang aku cium Hwan macam mana? Hari tu, aku tolong seorang pelajar lelaki di sekolah. Entah macam mana dia tahu dan terus merajuk dengan aku.

Orang tua tu pun bukannya senang nak dipujuk. Harap je tua dari aku, perangai lagi childish dari aku!

"Cook for me? Dah lama aku tak makan masakan kau. Kalau masak, masak lebih untuk kau sekali. Kita makan bersama." Aku mencebik.

Dapur kesayangan Seokjin oppa tu dah lah tinggi. Bila nak masak breakfast atau dinner untuk semua orang, mesti aku terpaksa panjat di atas kerusi dulu barulah sesuai ketinggianku dengan gas stove.

Nampak tak betapa pendeknya aku dalam rumah tu. Tinggi aku hanyalah 151 cm saja. Tinggi Leez unnie pun 163 cm.

"So, nak pilih yang mana?" Hwan mengangkat keningnya berkali.

"I thought, I'll choose

Pin! Pin!

Kami sama sama berkalih ke arah pintu pagar sekolah. Nampaknya kereta keluarga Hwan dah sampai.

"Aku nak jawapan esok. I hope you will choose the kiss. Bye Seul Ra!" Aku membalas lambaiannya.

Sekarang, mana kereta Ahjussi Jungkook?

🚫🚫🚫

"Yah ahjussi!" Aku merempuh pintu bilik ahjussi kuat.

Okay silap aku.

"Kau pun sama saja macam aku. Tak ada adab bila nak masuk bilik orang." Aku memejamkan mataku rapat. Kedua belah tanganku turut naik menutup mata.

"Ahjussi Jungkook dah kenapa pakai seluar saja?! Gila ke?!" Aku menjerit tak puas hati. Nasib saja aku hanya nampak belakang badannya saja.

Tapi tu pun dah buatkan jantung aku sesak.

"Aku baru buat senaman sikit. Itu yang aku buka baju."

"Pakailah balik! Saya nak bincangkan sesuatu yang penting ni!" Aku menyuruh. Mataku masih lagi tertutup.

"Kau duduk dulu atas katil tu. Aku pakai baju dalam toilet kejap." Aku mengangguk. Aku membuka mataku tatkala mendengar bunyi pintu bilik air tertutup.

Akhirnya, dia dah hilang.

Macam yang disuruh, aku duduk di atas katil sambil menunggunya memakai baju.

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now