🔨57🔨

3.8K 290 139
                                    

"Nam Seul Ra." Aku meneguk air liurku. Mendengar namaku disebut olehnya membuatkan aku gerun.

"Nae Encik Young Jo?"

"Malam ni kau tak sibuk kan?" Pinggangku dipeluknya dari belakang. Aku menahan diri dari mendesis sakit dek lebam yang ada.

Semalam perkara yang sama berulang, aku terlupa akan arahan Dong Ju untuk mengunci pintu bilik setiap malam. Encik Young Jo menerjah bilik aku ketika aku tidur. Terjaga terus aku bila merasakan pipi aku ditampar kuat. Bukan itu saja, aku dipukul, ditampar dan disepak kuat olehnya.

Encik Young Jo dalam keadaan mabuk. Mulutnya tak henti henti memaki akan pekerja pekerja kelab malamnya yang mungkin buat kecuaian semalam. Jadi akulah tempat dia lepaskan geramnya.

Dong Ju pula diarahkan untuk membuat kerja yang lain pada ketika itu. Dia berlari naik ke atas sebab terdengar jeritanku.

Aku berasa kasihan juga dengan dia, setiap malam dia ubatkan aku, jaga aku, tidur lewat sebab aku. Aku terhutang jasa dengannya.

Benarlah katanya. Dia memang setia pada Bangtan Bomb. Mesti Dong Ju ni anak buah kesayangan Ahjussi Jungkook.

"Ikut aku pergi ke kelab malam ni. Aku nak have fun dengan kau." Aku bergelut dalam pelukannya.

"Saya tak nak encik. Saya tak nak jejakkan kaki ke sana." Aku cuba melawannya.

Ahjussi Jungkook pernah pesan, jangan sesekali jejakkan langkah atau dekatkan diri dengan tempat macam tu. Dia tak suka kalau aku terikut ikut dengan cara yeoja liar yang akan menghabiskan masa di kelab sambil meneguk air arak semata mata nak bersuka ria atau lepaskan stress.

"Nak atau tak, kau kena ikut aku juga. Aku nak kenalkan pada semua pelacur pelacur aku yang kau adalah perempuan simpanan aku." Aku melepaskan pelukannya.

"Saya tak nak! Saya tak nak ke situ!"

"Jangan melawan Nam Seul Ra! Teruk kau nanti!"

"Encik kalau nak pukul saya, pukul lah! Saya takkan jejak kaki ke sana! Saya takkan ikut encik langsung! Satu lagi, berapa kali saya cakap yang saya ni bukannya perempuan simpanan encik! Saya bukannya hak encik dan encik bukannya tuan saya langsung!" Aku menjerit kemarahan. Dadaku berombak.

"Kau kena ingat aku siapa Seul Ra. Aku ketua mafia Moon One. Sedar sama yang kau tengah meningking dengan siapa!" Tajam aku pandang Encik Young Jo di hadapan.

"Setakat Moon One, apa yang saya nak kisah? Namchin saya ketua Bangtan Bomb. Kumpulan mafia terbesar dan terhebat di dunia! Kekuatan encik tak mampu nak tandingi Jeon Jungkook!"

Pang!

"Makin lama aku biarkan kau, kau makin melampau kan." Tali pinggangnya dibuka.

"Semua benda yang aku buat pada kau, memang tak pernah buatkan kau serik? Then let me teach you with another style." Butang baju kemejanya di buka. Aku mengesot ke belakang apabila dia semakin menghampiri aku.

"En-encik nak buat apa?!"

"Aku teringin nak rasa macam mana have fun dengan kau. Macam mana Jungkook rasa bila bersama dengan kau." Aku menggeleng laju. Tubuhku dicempung lalu dilontarkan kasar di atas katil.

"Encik jangan datang dekat dengan saya! Jangan apa apakan saya!"

"Wae kau takut? Kau takut aku sentuh kau? Dengan Jungkook boleh pula?" Kaki aku ditarik. Secara langsung badannya menindih aku.

"Pergilah!"

"Kau—

Tok tok tok!

Aku menghembus nafas lega. Sudah pasti itu Dong Ju yang datang nak selamatkan aku.

"Apa lagi?!"

"Tuan Young Jo. Ada yang berlaku di kelab malam Taun Young Jo di Gwangju.  Katanya perempuan yang sepatutnya didagang itu tak dapat dijual pada malam ni." Dia terus berlari anak ke pintu. Aku bangun duduk.

"Macam mana boleh jadi macam tu?!" 

"Saya tak pasti. Tapi semua organisasi yang bekerjasama dalam hal ni dah tunggu Tuan Young Jo di bilik mesyuarat." Encik Young Jo mengangguk lantas keluar dari bilik.

"Dong Ju sshi."

"Gwechana? Dia buat apa kat kau?" Aku menggeleng.

"Saya tak tahu. Dia buka baju dia dan tindih saya. Saya takut." Aku peluk sebuah bantal yang ada di atas katil itu.

"Dia hampir nak rogol kau. Aku tahu kau tak faham dengan semua ni. Bertahan sedikit saja. Aku janji esok pagi kau takkan tengok lagi muka Young Jo tu." Aku mengangguk perlahan.

Mana Ahjussi Jungkook? Kenapa biarkan aku di sini lagi? Selamatkan lah aku.

🚫🚫🚫

"Aku rasa dia akan bawa kau ke kelab juga malam ni." Aku menggeleng laju. Short night dress yang berwarna putih itu aku pandang dengan ekor mata saja.

"Kita lari dari sini boleh tak?" Dong Ju mengeluh. Kepalanya digelengkan perlahan.

"Saya tak nak duduk sini. Saya nak balik. Kat sini terlalu menyeksa." Aku merengek. Bahu aku dipegang lembut oleh Dong Ju.

"Tenang Seul Ra. Kan aku dah janji, yang kau akan keluar dari sini walau macam mana sekalipun malam ni." Aku menggigit bibir.

"Kalau macam tu kenapa kita tunggu lagi? Jomlah keluar!"

"Not now. Bukan masanya lagi."

"Habis tu?! Bila lagi?! Saya tak tahan! Saya nak Bangtan Bomb! Saya nak Ahjussi Jung—

"Dong Ju." Kami berdua berkalih ke pintu.

"Wae?"

"Tuan Young Jo suruh kau bawa—

Aku berkerut kening. Tiba tiba saja namja itu berhenti bersuara.

"Pembetulan. Tuan Jungkook suruh kau bawa Seul Ra keluar dari sini sekarang."

Continue

Uyooo....agak agak hamba ciptaan Allah mana yang cakap tu🌚

Dah semua pakat lena dah ka? Esok cuti so rilek duluuu😂

Akulah cuti persendirian...kedah sekolah esok..korang?

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now