🔨FINAL🔨

5.6K 316 284
                                    

~2 years later~

"Jeon Seul Ra!" Aku berkalih ke belakang. Terbit senyuman aku melihat Hwan Woong sedang berlari anak padaku.

"Jom ke- apa ni?!" Aku berkerut kening melihat tangan Hwan yang menunjuk tin Coca-Cola yang baru saja aku beli tadi di kafeteria universiti.

"Ni air Coca-Cola lah. Awak takkan tak tahu?"

"Aku tahu ni air Coca-Cola tapi siapa benarkan kau minum air ni? Tak boleh!" Tin air tu dirampasnya kasar. Membuntang mataku jadinya.

"Yah! Bagilah balik! Saya nak minumlah!" Aku cuba mencapai tin itu dari tangannya namun dia lebih cepat menyembunyikannya di dalam begnya. Aku mengetap bibir.

Kenapa dia ambil air aku?

"Ba-bagilah balik. Saya nak mi-minum." Aku tak dapat menahan diri dari menangis. Air mataku keluar serta merta mengenangkan aku tak dapat minum air Coca-Cola itu.

"Yah! Janganlah nangis. Nah, kau minum ni." Hwan menghulurkan sekotak susu strawberi padaku. Dicucukkan sekali straw pada kotak itu.

"Kau minum susu ni." Aku mengangguk. Perlahan lahan tanganku menyambut huluran kotak susu itu. Air mata aku seka tapi sedu sedanku masih ada.

"Mianhae. Aku bukannya sengaja nak ambil air Coca-Cola kau. Ni semua untuk kau dan juga kandungan kau. Air tu banyak gas dan gula. Tak sesuai untuk baby. Kenalah minum dan makan benda yang berkhasiat. Barulah baby dalam perut tu sihat. Lagi lagi kandungan tu masih awal. Kenalah jaga elok elok." Hwan membebel panjang padaku manakala aku hanya senyap mendengarnya sambil menyedut air susu strawberi.

Ya, aku dah disahkan mengandung. Kini usia kandunganku sudah berusia 2 bulan 16 hari. Pada mulanya aku beritahu Jungkook yang Aku tidak berasa sihat dan pening kepala. Terus dia pulang ke rumah dan membawaku ke hospital.

Aku masih ingat lagi betapa lebarnya senyuman Jungkook bila dapat tahu aku mengandung. Terus dia telefon unnie dan oppa datang ke rumah untuk makan malam bersama memandang kami semua tidak duduk sekali sekarang.

Aku dan Jungkook tinggal di rumah baru. Begitu juga dengan unnie. Zureen unnie sudah berkahwin dengan Seokjin Oppa tahun lepas manakala Leez unnie sudah disahkan isteri pada Taehyung oppa 7 bulan lepas. Hanya Namjoon oppa, Yoongi oppa, Hoseok oppa dan Jimin oppa yang tinggal di rumah lama.

Dan, sejak dapat tahu yang aku mengandung, Jungkook, unnie dan oppa amat amat melarang aku melakukan kerja kerja yang berat. Semua kerja rumah dibuat oleh Jungkook tapi selalunya aku senyap senyap buat. Bila terkantoi, terpaksalah aku tadah telinga mendengar bebelannya setiap hari.

Kalau diikutkan, Jungkook tak benarkan aku ke universiti lagi tapi disebabkan aku yakinkan dia yang aku mampu menjaga diri, dia benarkan. Nasib saja due date aku pada cuti semester.

Bukan Jungkook saja yang kuat membebel pada aku. Yeo Hwan Woong pun apa kurangnya. Semua benda yang aku buat dan makan, mesti dia akan pantau. Nak pergi mana mana pun, mesti kena bawa dia bersama kalau tak dia akan menagadu pada Jungkook.

Sabar sajalah aku.

"Kau ada mengidam apa apa tak hari ni?" Aku memandangnya penuh teruja.

"Saya mengidam nak makan ais krim chip coklat dan vanila." Dia mengangguk.

"Balik nanti aku belanja kau. Kalau mengidam apa apa lagi, bagi tahu je aku. Manalah tahu anak buah aku dalam perut kau tu lapar benda lain."

🚫🚫🚫

Aku mengelap tanganku sehingga kering selepas selesai mencuci peralatan memasak. Mangkuk stew tofu itu aku hidangkan di atas meja.

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now