🔨59🔨

4K 264 97
                                    

"Sekarang ni, aku tak nak tahu apa apa. Aku nak perempuan tu sampai di kelab aku malam ni juga." Young Jo tegas memberi kata putus pada anak buahnya yang terlibat dalam pengurusan semua kelab malamnya.

"Baik Tuan Young Jo." Namja itu mengangguk perlahan bila mendapat respon dari anak anak buahnya.

"Korang semua boleh berambus. Pastikan malam ni—

Kata katanya terhenti tatkala pintu bilik mesyuarat itu dibuka mengejut. Muncul sebuah figura yang sedang berpeluh dengan nafasnya yang tidak teratur.

"Kenapa kau buka pintu tu tanpa kebenaran aku?!"

"Maaf Tuan Young Jo tapi tempat kita sekarang sedang diserang. Bangtan Bomb telah—

Bang!

Terkejut semua yang berada dalam mesyuarat itu bila tubuh namja itu ditembak dari belakang. Tubuhnya jatuh ke lantai memunculkan satu lagi figura.

"Sibuk je nak mengadu." Pelancar peluru ditarik. Semua anak buah Moon One yang berada di dalam bilik itu ditembak sehingga mati. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Makin sinis apabila melihat wajah Kim Young Jo.

"Wae? Terkejut aku boleh ada depan kau?"

"Kau buat apa kat sini Jeon Jungkook?! Apa masalah kau nak wujudkan war dalam kawasan aku malam malam ni?!" Young Jo menyoal geram.

"Simple. Mana hak aku? Bagi balik." Sebelah tangan dihulurkan Jungkook seolah olah meminta sesuatu.

"Apa yang kau merepek ni setan? Hak kau?"

"Nae. Mana bakal isteri aku? Mana Nam Seul Ra?" Sekali lagi Jungkook bertanya. Young Jo tergelak sinis.

"Hak kau? No! Dia dah jadi hak aku. Aku dah sentuh dia dulu." Young Jo ketawa kuat diikuti dengan tawa Jeon Jungkook.

"Kau sentuh dia? Nak tipu aku pun agak agaklah." Jungkook ketawa lagi. Young Jo mengetap bibirnya geram.

"Kau kena ingat. Walaupun ni kawasan kau tapi mata mata aku ada saja di sini." Jungkook sinis berkata.

"Walau macam mana sekali pun, kau takkan dapat Seul Ra semula! Dia hak aku mulai sekarang!" Kerusi disebelah di tendang. Young Jo mengetap rahangnya.

"Ouh seriously? Tapi aku rasa, Seul Ra dah ada dalam genggaman aku semula. Biasalah, ahli ahli aku semuanya cekap buat kerja bukan macam kau!" Jungkook membidas lagi. Setapak dia melangkah ke hadapan.

"Kalau kau nak sesuatu, fight for it. Bukannya guna cara yang kotor." Tajam Young Jo melihat Jungkook. Bibirnya naik tersenyum senget.

"Kalau macam tu okay. Kita fight. Siapa yang menang dapat Seul Ra. Siapa yang kalah, akan dapat malaikat maut. Setuju?" Jungkook mengangkat sebelah keningnya.

"Fight secara jujur. Buang semua senjata kau." Seraya itu Jungkook melemparkan pistolnya ke tepi. Sepucuk lagi pistol di dalam poket serta 2 kotak peluru turut dibuangnya ke tepi. Young Jo membuat benda yang sama. Sepucuk pistol dia letakkan ke bawah.

"Kenapa kau yakin sangat yang kau boleh kalahkan aku?" Young Jo menyoal. Lengan bajunya dilipatkan ke atas.

"Setakat nak kalahkan kau, aku yakin yang aku boleh menang. Itulah perbezaan antara kita berdua. Aku pandai dan kau bodoh!"

"Tak guna!" Young Jo berlari ke arah Jungkook. Tangannya yang ingin menghayunkan penumbuk itu ditahan. Walau begitu, kakinya naik menendang dada Jungkook sehingga terdorong ke belakang.

"Nice start." Jungkook menepuk tangan. Niat ingin memerli Young Jo.

"Kau sengaja nak cabar aku!" Young Jo kembali berlari ingin menumbuk namun kali ni Jungkook sempat menepis. Muka Young Jo ditumbuk dua kali kemudian perutnya pula menjadi sasaran kaki Jeon Jungkook. Terduduk Young Jo jadinya. Dia meludah ke bawah. Terlihat darah yang keluar dari mulutnya.

Kim Young Jo kembali bangun. Lehernya diregangkan ke kiri dan kanan. Dia kembali menyerang Jeon Jungkook semula. Tumbukan dan tendangan dihayunkan. Masing masing menunjukkan kekuatan diri sendiri.

Jungkook menyepak kaki Young Jo sehingga terduduk. Lantas dia menendang Young Jo sehingga terbaring. Baru saja dia ingin menahan Kim Young Jo dari bangun melawan semula, perutnya ditumbuk. Kesempatan yang ada, Young Jo bangun semula lalu menumbuk Jungkook.

Bahu Jungkook ditendang sehingga dia terbaring ke bawah. Young senyum sinis. Jungkook mengesat darah yang keluar dari hidungnya. Darah mula keluar turun dari kepala memandangkan kepalanya terhentak pada kaki meja yang ada dalam bilik itu.

"So Jeon Jungkook, hampir kalah?"

"Aku takkan pernah kalah dengan kau." Dia bangun semula. Kakinya naik menendang dada Young Jo pula. Ditendangnya bertubi tubi sehingga belakang badan namja itu terhentak kuat pada dinding. Bawah dagunya ditumbuk ke atas. Tersembur keluar darah dari mulutnya.

Young Jo terlorot jatuh ke bawah. Badannya lembik selepas diserang begitu oleh Jeon Jungkook. Mukanya pecah teruk dengan darah yang banyak. Jungkook cuba mengatur nafasnya. Lama dia berlawan dengan Young Jo dan kini dirinya kekurangan tenaga. Dia kesat darah di tepi bibir. Langkah dibuka mendekati Young Jo yang lemah itu.

"Aku akan letupkan tempat ni dan kau akan mati ikut serta dengan anak anak buah kau yang sememangnya dah mati dikerjakan oleh ahli ahli aku." Jungkook beralih ke belakang semula. Disebabkan bilik itu tidak mempunyai tingkap dia akan mengunci bilik itu supaya Young Jo takkan terlepas.

"Kau takkan menang macam tu saja Jeon Jungkook." Jungkook berkerut kening. Langkahnya terhenti.

"Apa yang kau—

"Aku mati, kau pun mati."

Bang!

Continue

Young Jo menjadi anjenk sikit part last tu....agak agak anak Jeon selamat tak?

Jangan cakap aku tak bagi warning. Aku mmg lemah kalau nak buat scene scene macam nii...so kalau nak kecam atau nak suarakan pendapat korang tu, ah bolehlah komen..

Jangan risau, aku bukannya makan orang malah aku ni sejenis yang chill chill ja..korang tegur, aku terima je lah..takkan nak viral pula kan? Tapi kalau korang maki aku,

AKU MAKI BALIK! HALAH! SIAPA SURUH MAKI AKU?! HALAH! MUAHAHAHHAHAHAHA😂

Start dari sekarang...aku spam lagi lima hapdate...stay tune dengan kehambaran dan kecelakaan aku!🌹

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now