🔨16🔨

4.9K 332 55
                                    

~Author~

"Bye Hwan! Jumpa esok!" Seul Ra melambai ke arah Hwan yang turut membalas lambaiannya juga sambil berlari anak ke kereta milik keluarganya.

Gadis itu sambung berjalan kaki untuk pulang ke rumah Jeon Jungkook. Rumahnya dengan sekolah tidaklah jauh mana. Hanya 15 minit jika berjalan kaki untuk ke sekolah.

Hari ni, Seul Ra pulang sedikit lewat kerana terpaksa membantu Saem Huk menghantar buku latihan kelas di mejanya. Disebabkan buku buku latihan itu banyak, Hwan dengan rela hatinya ingin menawarkan diri untuk menolong.

"Anak." Seul Ra berhenti berjalan. Terus dia memalingkan ke kiri dan kanan. Mencari punca suara yang didengari tadi.

"Anak." Dia masih lagi mencari. Bulu romanya juga sudah mencanak berdiri.

"Anak." Terus tersentak Seul Ra jadinya. Dia memusingkan badannya ke belakang. Nafas lega dihembuskan.

"Kenapa ahjussi? Ada apa apa yang saya boleh bantu ke?" Seul Ra menyoal kepada lelaki tua di hadapannya ini. Badannya yang membongkok itu sudah menunjukkan yang usia sudah tua.

"Aniya. Mulut kamu tu comot sedikit." Gadis itu berkerut pelik. Serta merta tangannya naik menyentuh permukaan bibir.

Tiada apa apa pun.

"Kamu ni. Mari sini ahjussi tolong lap kan." Terketar ketar tangannya menyeluk poket seluarnya. Sehelai sapu tangan berwarna biru muda dikeluarkan.

Dia memuncungkan mulut sedikit lalu membongkok sehingga sama paras dengan ahjussi tadi. Matanya pejamkan. Seketika, Seul Ra merasakan sapu tangan itu di tepi bibir. Makin lama, sapu tangan itu bergerak hingga ke atas bibir.

Dan saat itu, dia juga telah sedar akan sesuatu. Hidungnya menangkap satu bauan yang kurang enak.

Kloroform.

Kepala Seul Ra mula berpinar pinar sedikit. Sempat dia melihat senyuman sinis yang terlakar di bibir lelaki tua itu. Sapu tangan di hidung dia tolak dengan tenaga yang masih berbaki.

"Ahjussi, ni s-siapa?" Seul Ra mengerdipkan matanya beberapa kali. Cuba menghilangkan rasa pening kepala yang mendatang.

Silapnya juga kerana terbau bahan terlarang yang dinamakan kloroform itu.

"Aku? Aku bapak ayam yang bakal musnahkan hidup kau."

Janggut dan rambut yang kelihatan beruban itu dicabutnya. Lelaki itu berdiri dengan tegak dan tidak membongkok lagi. Mukanya digosok berulang kali dengan telapak tangan.

Barulah Seul Ra sedar. Sebenarnya, lelaki di hadapannya ini telah menyamar menjadi seorang lelaki tua.

"Ikut aku." Seul Ra menggeleng perlahan dek sakit di kepalanya. Sedaya upaya dia membuka langkah untuk lari meninggalkan lelaki itu.

"Kau nak lari mana perempuan?!" Akibat lariannya yang perlahan, dirinya berjaya ditangkap oleh lelaki tersebut.

"Terima seadanya yang kau bakal jadi pelacur di club boss aku. Kau cantik, mesti disewa dengan harga yang tinggi." Gadis itu meronta ronta. Matanya sudah mulai kelam.

Walaupun dia hanya menghidu sedikit saja cecair kloroform itu, namun ia cukup untuk memengsankan orang lain

"Woi!" Pandangan mereka berdua berkalih ke hadapan. Satu senyuman terbit di bibir Seul Ra sebelum dia jatuh rebah di atas jalan berbatu itu.

"Bodoh kau!" Satu tumbukan hinggap di pipi namja tersebut. Nafas Jungkook turun naik begitu juga dengan dadanya. Dipandang Seul Ra yang tidak sedarkan diri itu.

"Zureen. Kau pandai pandai uruskan si bodoh ni. Aku nak tahu ni angkara siapa bila kau balik nanti." Tubuh Seul Ra dicempung Jungkook lalu dimasukkan ke dalam kereta.

Puk!

"Naik main kasar pun tengoklah dulu. Jangan main lawan je." Zureen mengusap kepalanya yang dipukul tadi.

"Kau main kayu ke dengan aku? No problem." Sengihan sinis dipaparkan. Gadis mafia itu sudah bersedia ingin patahkan tulang seseorang.

"Perempuan macam kau jangan harap berjaya nak tumpaskan aku." Namja itu memandang Zureen dengan pandangan yang sukar ditafsir. Tubuh badan Zureen ditilik penuh nafsu.

"Kalau aku bagi kau pada boss aku, mesti dia seronok kan? Why not aku try kau dulu."

"Let me guess. Moon One?" Sebelah kening terangkat. Dia sudah mengagak jawapan sebenar melalui pandangan tajam lelaki itu.

"Aku akan jadikan kau pelacur." Lelaki itu sekali lagi ingin memukul Zureen dengan kayu.

Malang buatnya kayu itu dapat dicengkam oleh Zureen. Dengan kesempatan yang ada, perut lelaki itu ditendang sehingga dia terdorong ke belakang.

"Jangan pandang rendah dengan perempuan. We're actually stronger than men." Senyuman sinis ditayangkan oleh lelaki tersebut.

"Sekali kena rape, aku jamin korang musnah."

"KAU NAK CABAR MARUAH KAMI SEKARANG?!" Kolar lelaki itu dicengkam. Amarah Zureen terletus tatkala lelaki di hadapannya cuba mempertikaikan tentang martabat wanita.

Kolar lelaki itu dilepaskan kasar lalu dadanya ditendang sehingga lelaki itu jatuh terbaring.

"Aku bagi peluang pada kau. Berambus sebelum aku buat benda yang lebih teruk." Baru saja Zureen ingin melangkah pergi, lehernya dipeluk oleh lengan kekar seseorang.

"Jangan pergi cepat sangat little girl. Let's having some fun" Jari jemari namja itu mula merayap di badan Zureen. Semakin lama, jarinya naik ke atas dada gadis itu.

"Tangan kau memang tak boleh duduk diam kan?" Perut lelaki itu disiku kuat lalu tendangan paras kepala dihayunkan tepat mengena kepala lelaki tersebut. Sekali lagi, lelaki itu jatuh.

Zureen naik memijak dada lelaki itu dengan kaki kirinya lalu tangan kanan lelaki itu dicapai dan dipusing.

Prak!

"Arghhhh!!" Tangan yang sudah dipatahkan itu dicampakkan ke tepi. Zureen tersenyum sinis melihat wajah berkerut lelaki itu.

"Itu hanya amaran dari aku. Jangan sesekali kacau budak perempuan tadi atau tak, aku tak teragak agak nak letupkan club kebanggaan Young Jo itu." Bibirnya didekatkan dengan telinga lelaki itu.

"Perempuan tadi, under kami. Jangan sesekali kacau hak Bangtan Bomb. Jangan sesekali kacau hak ketua kami, Jeon Jungkook."

Continue

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now