🔨24🔨

4.8K 322 84
                                    

"Eh Jungkook, kau nak pergi mana ni?" Taehyung menegurku yang sedang menuruni tangga itu. Aku memandangnya sekilas sebelum masukkan tali jam tanganku ke dalam cangkuknya.

"Pick up my girl. Nak ikut?" Taehyung menggeleng perlahan lalu melintasi aku untuk naik ke bilik.

Aku berjalan tenang keluar dari rumah. Pintu kereta Buggati White Chiron Sport milikku aku buka. Dengan cepat aku memboloskan diri kedalamnya.

Enjin dihidupkan, gear di tukar dan pedal minyak ditekan. Selama beberapa 10 minit, keretaku meluncur laju di jalan raya dan akhirnya tiba juga di sekolah Seul Ra.

Kereta aku parking dihadapan pintu pagar. Jam di pergelangan tangan aku tilik sekilas.

Sebenarnya, aku dan ahli lain ada banyak kerja jadi aku terpaksa minta Seul Ra untuk tunggu di dalam perkarangan sekolah dahulu sehinggalah aku tiba.

Tapi, kenapa aku tak nampak pun susuk tubuhnya?

"Semua pelajar di sekolah ni dah balik ke?" Aku bertanya terus pada seorang pengawal keselamatan yang secara kebetulannya muncul di situ.

"Ah nae. Semua dah balik Tuan Jungkook." Aku berkerut kening.

Semua dah balik?

"Kau dah periksa setiap pelusuk sekolah ni? Manalah tahu ada yang tertinggal di dalam kelas ke? Terkunci ke?" Aku menyoalnya. Perasaan risau sudah mula menghurungi diriku.

"N-nae Tuan Jungkook. Saya baru je periksa. Semuanya dah pulang kecuali staf pejabat." Aku mengangguk perlahan lalu berjalan pergi meninggalkannya.

Kalau dia kata macam tu, kemana Seul Ra sekarang ni? Aku dah pesan supaya dia tunggu aku. Takkanlah dia tak ikut pesanan aku?

Merepek!

Selama ni, dia tak pernah pun membantah jika aku suruh dia tunggu. Tapi kenapa hari ni tak?

Ataupun,

Takkanlah Moon One terlibat dalam hal ni?! Seul Ra diculik?!

Andwae!

"SEUL RA!" Aku menjerit memanggil namanya dengan harapan agar dia menyahut. Mataku pula melihat seklilingku berharap aku dapat menjumpainya.

"SEUL RA!" Aku berjalan sedikit laju di bahu jalan itu. Perasaan risauku mula bertambah begitu juga dengan andaian negatifku.

Ke mana dia pergi?

Kenapa dia hilang secara tiba tiba?

Dia diculik?

Argh!

Seul Ra adalah hak aku. Milik aku. Sudah pasti Moon One akan rancangkan strategi untuk menculiknya sekali gus menjadikan Seul Ra sebagai bahan ugutan untuk aku. Hanya Moon One je tahu siapa Seul Ra pada Bangtan Bomb gara gara penjelesan Zureen pada ahli kumpulan Moon One ketika Seul Ra hampir diculik.

"NAM SEUL RA JAWAB PANGGILAN AKU! MANA KAU?!" Aku menjerit kuat sekali lagi. Aku rasa, aku sudah berjalan jauh.

"NAM–

Jeritanku terhenti tatkala aku terpijak sesuatu. Membulat mataku melihatnya.

Keychain beg dompet milik Seul Ra.

Keychain ni, aku yang beri padanya 2 minggu selepas dia libatkan diri dalam aktiviti persekolahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keychain ni, aku yang beri padanya 2 minggu selepas dia libatkan diri dalam aktiviti persekolahan. Aku berikannya dua. Satu berhuruf J dan satu lagi berhuruf K yang membawa maksud

Jung Kook.

Namun, jika keychainnya berada di sini, takkanlah dia betul betul diculik?!

"NAM SEUL RA!" Aku menjerit lagi.

Aku tak pernah merasa serisau ini dalam hidupku. Aku tak pernah rasa segusar ini dalam hidupku.

Seul Ra kau dah buat apa pada diri aku?!

Aku berjalan lagi. Mungkin dapat menjumpai barang lain milik Seul Ra.

"Terima kasih ya. Kalau kamu tak ahjussi tadi, mesti ahjussi lambat datang ke sini."

"Tak ada apalah. Saya ikhlas bantu ahjussi."

Aku menangkap suara seseorang yang amat aku kenali. Suara yang aku sedang cari sejak dari tadi.

Nam Seul Ra.

"Seul Ra!" Aku menjerit memanggilnya yang sedang berada di seberang jalan itu. Akhirnya dia berpaling menghadap aku.

Lega hatiku melihat dirinya dihadapanku. Syukur tiada perkara buruk berlaku padanya.

"Kejap!" Seul Ra menoleh ke kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum melintas ke arah aku.

"Macam mana ahjussi bo—

Tanpa mendengar soalannya, aku terus menarik tubuhnya masuk ke dalam pelukanku. Aku peluknya erat bak patung beruang.

"Kau pergi mana ha?! Aku suruh kau tunggu dalam kawasan sekolah kan?! Kenapa degil?! Macam mana kau boleh ada kat sini?!" Bermacam macam soalan aku lemparkan padanya.

"Tadi saya memanglah ada dalam kawasan sekolah. Lepas tu saya ternampak sorang ahjussi tua ni terjatuh di luar kawasan sekolah. Saya pun tolong je lah dia. Bukan setakat tu saja, saya pimpin dia sampai ke stesen bas sebab ahjussi tua tu nak pergi ke Ilsan dan anak dia nak datang ambil di stesen bas tu. Salah ke?" Jelasnya dengan suara yang agak rendah kerana mukanya masih lagi melekap di dadaku.

"Tak salah. Tapi aku takut. Macam mana kalau kau kena culik? Kau tak ingat, kejadian kau hampir kena culik dengan Moon One pun sebab penyamaran tak guna tu macam orang tua."

"Saya tahulah jaga diri saya. Ahjussi jangan risau. Kalau saya kena culik pun, saya tahu macam mana nak survive. Don't worry." Aku mengeluh perlahan. Pelukanku rungkaikan. Dagunya aku pegang dan tolak ke atas sehingga dia mendongak memandangku.

"Tolonglah jangan mudah percaya dengan orang lain sangat. Kau tu hak aku. Bila bila masa saja kau boleh diancam." Dia mengangguk perlahan dengan mulutnya yang muncung. Aku hulurkan semula keychain berhuruf K itu padanya.

"Aigo! Ni mesti jatuh time nak seberang jalan tadi." Keychain itu diambilnya. Seul Ra keluarkan beg dompet dari poketnya lalu gantungkan semula keychain itu bersebelahan dengan keychain berhuruf J.

"Saya berjanji dengan ahjussi yang saya akan jaga diri saya, dan sentiasa ada di mata ahjussi! I'm promise!" Jari kelingking dihulurkan padaku untuk jayakan pinky promise.

Sebaliknya yang berlaku, aku tolak jarinya dan sekali lagi aku tariknya masuk ke dalam pelukanku.

"Kau dah janji dengan aku Seul Ra. Kau mesti ada dengan aku buat selamanya."

Kini, aku sedar betapa pentingnya Seul Ra dalam hidupku. Hatiku, makin lama, makin lembut untuknya.

Magis apa yang kau gunakan pada aku Nam Seul Ra?

Continue

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now