🔨52🔨

4.2K 291 160
                                    

"Hwan! Awak rasa kan, saya ni, dah terpengaruh sedikit tak dengan kehidupan mereka? Awak rasa saya ada tak ciri ciri mafia tu." Bersinar mata aku meminta pendapat Hwan yang sedang mengunyah makanan itu.

"Hmm, kau suka tak pakai lingerie yang terdedah?" Aku menggaru sisi kepala.

"Lingerie tu apa?"

"Kau masih lagi tak terikut dengan cara mereka." Aku mencebik.

"Tapi saya dah menembak musuh sampai mati! 10 orang pula tu!" Aku berkata.

"Aku bunuh orang lebih daripada kau dan aku rasa lebih daripada 100 orang." Aku terlopong.

Le-lebih dari 100 orang?! Wow!

"Kat mana?"

"Dalam game." Aku merengus. Bahunya aku tampar.

"Betul betulah Hwan."

"Okay. Kau ada terpengaruh dengan mereka sikit. Kau punya tampar and cubitan semakin kuat. Kau lebih talkative. As you said, you killed 10 people. So yeah, kau adalah terpengaruh sedikit dengan cara mereka." Aku senyum lebar.

Nampaknya aku dah nak jadi macam mereka semua!

"Tapi, kau still innocent dan otak kau tak boleh lagi nak menghadam ayat ayat clingy dan kotor dari mereka." Aku mengangguk.

Sejak kebelakangan ni, aku selalu nak jadi macam mereka. Selalu menembak, tak kisah dengan peluru atau luka, boleh handle senjata api, pandai self defense. Dan yang paling seronoknya, kehidupan mereka lebih kepada action movie.

"Kau dah pasang cita cita nak jadi mafia ke apa?" Aku mengangkat bahu. Kimbap aku masukkan ke dalam mulut.

"Kuburkan sajalah niat kau nak jadi mafia tu." Aku pandangnya pelik.

"Waeyo?"

"Nanti kau nak jadi isteri kepada seorang ketua mafia yang terkenal. Jadi kau kenalah layan dia elok elok. Get ready dengan apa apa saja situasi yang nak melanda nanti. Selalu bersabar dengan kesibukan dia. Kena pandai bersihkan luka luka dia dan yang paling penting, kau kena buatkan dia jatuh cinta dengan kau setiap hari. Arra?" Terkebil kebil aku mendengar jawapan Hwan.

"It's okay kalau kau tak faham sekarang. Nanti bila dah tahu tarikh nak berkahwin, terus suruh Seokjin hyung call parents aku. Boleh aku buatkan kau tuisyen." Lagi berkerut kening aku jadinya.

"Tuisyen apa pula?"

"Tuisyen menjadi seorang isteri yang baik dan tanggungjawabnya. It's okay, semua tu free dan tak perlu nak bayar." Aku menggeleng perlahan. Seketul kimbap dia ambil lalu masukkan ke dalam mulutnya juga.

"Awak fikir terlalu jauh sangat. Belum tentu lagi yang Ahjusshi Jungkook tu nak berkahwin dengan saya." Aku memuncung kecil.

"Siapa cakap? Tuan Jungkook tu memang nak berkahwin dengan kau lah. Kau ingat dia main main ke?"

"Saya tak cakap pun dia main main. Buatnya dia nak berkahwin dengan orang lain macam mana?"

"Aigo! Tuan Jungkook tu sayangkan kau saja. Bukannya orang lain! Buat apa dia kahwin dengan orang lain sedangkan hati dia serahkan sepenuhnya pada kau?"

🚫🚫🚫

"Kenapa pula saya kena ikut sekali ke sini? Saya tak buat apa apa pun!" Hwan bertanya pada Namjoon oppa yang sedang berjalan mendahului kami berdua keluar dari lif.

Aku pun pelik juga. Kenapa ahjusshi Jungkook suruh Hwan datang JK Company? Balik dari sekolah saja, Namjoon oppa suruh Hwan ikut pulang sekali ke sini.

"Ish! Manalah aku tahu. Jungkook suruh aku bawa kau datang office. Aku bawalah. Kau ingat aku duduk office ni kerja nak menyibuk hal orang ke?" Aku ketawa kecil. Nampak sangat yang Namjoon oppa belum lunch lagi. Itu yang mood tak berapa elok sikit.

"Saya tanya saja."

"Dah, Jungkook ada dalam tu. Nanti dah masuk kau tanya lah kenapa dia suruh bawa kau ke sini. Aku nak turun makan." Aku mengangguk. Namjoon oppa meninggalkan kami di hadapan pintu pejabat bilik Ahjusshi Jungkook.

"Seul Ra, kau masuklah dulu." Hwan mencucuk bahuku berulang kali. Aku akur. Pintu biliknya itu aku ketuk.

Klik!

"Come in!" Setelah mendapat kebenaran, aku dan Hwan masuk ke dalam pejabatnya.

"Sini. Peluk aku dulu. Rindu." Aku senyum nipis. Dia bangun dari kerusinya sambil mendepakan tangan padaku. Aku pula hanya memeluk tubuh tegapnya.

"How's school today?" Ubun ubunku dicium seperti biasa.

"Okay like always." Tubuhku diangkatnya lalu diletakkan di atas meja kerjanya.

"Hwan, kau duduk di situ." Ahjusshi Jungkook menunjukkan kerusi dihadapannya. Tanpa banyak suara, Hwan duduk di situ.

"Kenapa saya kena datang ke sini? Apa salah saya pula kali ni?" Hwan menyoal terus. Ahjusshi Jungkook duduk di kerusinya terlebih dahulu.

"Syarikat parents kau buat partner share dengan company aku. So kami akan bekerjasama dalam nak membangunkan kawasan perumahan baru di Daegu." Terang Ahjusshi Jungkook. Tangannya bermain dengan skirt sekolahku.

"Habis tu apa kena mengena dengan saya pula?"

"Kau halakan dahi kau kat aku." Hwan akur. Didepankan sedikit mukanya pada Ahjusshi Jungkook. Aku hanya memerhati.

Plak!

"Argh! Sakitlah Tuan Jungkook!" Aku ketawa kuat.

"Nanti kau baliklah sekali dengan parents kau. Janganlah lembap sangat." Tercebik Hwan jadinya.

"Cakap sajalah! Tak payahlah nak jentik dahi saya! Sakit tahu tak?! Dah lah tangan Tuan Jungkook tu macam batu!" Makin galak aku ketawa.

"Jentik sikit dah merungut sakit. Tak gentleman langsung."

"Ei! Kalau Tuan Jungkook jentik kat orang lain pun, semua akan mengaduh sakit!"

Continue

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now