🔨19🔨

5.1K 317 179
                                    

"Umur dah 17 tahun tapi pemakaian bila keluar macam budak budak. Tak faham betul lah aku dengan kau ni." Aku berkerut memandang Ahjussi Jungkook yang sedang menggeleng perlahan. Kemudian aku memandang ke arah pemakaianku.

 Kemudian aku memandang ke arah pemakaianku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik je. Apa yang macam budak budaknya?

"Ahjussi ni rabun kot? Saya okay je pakai baju ni." Aku menyoal pula.

"Kau kan tak matured. Memanglah tak tahu. Pakailah outfits yang bergaya sedikit. Ini kalau orang nampak, mesti semua ingat kau tu anak aku." Aku mencebik.

"Orang akan fikirkan macam tu sebab ahjussi ni tua. Bukan sebab pemakaian saya. Jangan nak bagi alasan banyak sebelum saya stapler mulut ahjussi tu." Aku mengugutnya. Terus Ahjussi Jungkook dia dengan wajahnya yang seperti menyampah.

Heh, aku menang!

"Ahjussi mimpi apa bawa saya keluar jalan jalan ni? Dan kenapa saya kena pakai mask ni? Saya tak sakit pun. Selesema pun tidak." Aku mendongak memandangnya.

"Mulut kau busuk. Aku tak tahan bau nafas dia." Aku melopong besar.

MULUT AKU BUSUK?!

"Ahjussi tu bangkai!" Aku menolaknya jauh lalu berjalan mendahuluinya. Rasa sebal masih ada dalam diri.

"Hoi! Aku bergurau sajalah!"

"Saya tak kawan dengan bangkai. Dah pergi sana!" Aku menepis tangannya yang berada di bahuku. Namun, tak sampai beberapa langkah, tubuhku kembali berpusing menghadapnya semula dek rentapan yang dilakukan pada lenganku.

"Hey. Dengar dulu." Aku hanya senyap menanti bait katanya selepas itu.

"Aku bergurau sajalah. Aku cuma nak kenakan kau saja. Tak perlu pun nak pakai mask tu." Mask dimukaku ditanggalkan olehnya. Serta merta aku terpaku melihat senyuman kecilnya.

"Mulut kau tak busuk. Wangi saja. Aku bergurau dengan kau saja pun." Aku mencebik lalu dadanya aku pukul perlahan.

"Tak baik tahu tak?"

"Pernah ke aku baik selama ni?" Aku mendengus. Tanganku digenggamnya lalu kami berjalan memasuki ke dalam mall itu. Mungkin takut aku hilang atau sesat di sini.

"Kita datang sini buat apa?" Aku memandang sekeliling mall itu.

Aku jarang ke sini. Datang pun bersama Hwan. Jadi aku akan berasa sedikit janggal.

"Aku nak tukar style kau. You look like childish." Aku menggeleng.

"Saya suka cara saya macam ni. Saya tak nak tukar style baru."

"Look. I'm a mafia so childish and cute girl are not allowed in my life. Only bad girl." Aku memandang pelik ke arah Ahjussi Jungkook yang sedang tersenyum sinis itu.

"Tapi Zureen unnie dan Leez unnie bukan bad girl. Mereka baik!"

"They have their own style."

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now