🌹𝓙𝓮𝓸𝓷 𝓕𝓪𝓶𝓲𝓵𝔂🌹

3.8K 269 164
                                    

Aku mengemas kini file yang perlu dibentangkan pada meeting nanti. Disemak sehelai demi sehelai supaya tidak berlaku kesilapan sewaktu di meeting nanti.

Biasalah. Kerja sebagai personal assistant ni kadang kadang sibuknya sama tahap macam Chief Executive Officer juga.

Titt titt!

Aku menekan butang hijau yang ada pada interkom itu. Senyuman aku ukirkan.

"Nae Tuan Jungkook?"

Ya, selepas saja graduate dari universiti, aku membuat keputusan untuk kerja dengan Jungkook sebagai personal assistant. Bukannya apa, aku cuma bosan di rumah. Lagi pun, aku ingin merasa pengalaman bekerja di sesuatu tempat.

"Masuk sekarang." Aku mencebik. Butang merah aku tekan lalu mengambil fail yang baru saja disemak tadi. Aku berjalan masuk ke dalam biliknya.

"This is your file Jeon Jungkook. Why you call me?" Aku menyoalnya. Terus terbit segaris senyuman di bibirnya.

"Can I hug you for a while?" Aku menggeleng.

"Jungra adakan? Tak malu ke?" Aku menunjukkan pada Jungra yang sedang duduk di atas sofa sambil melukis sesuatu di atas kertas dengan pensil.

"Sekejap je?" Aku menggeleng lagi.

Aku ingatkan lepas kahwin ni, bolehlah dia kawal sikap manja tu. Tapi rupanya aku silap. Bila kahwin ni, makin menjadi jadi perangai manjanya itu.

Bersabar je lah aku dengan dia.

"Okay fine! Aku tuntut lebih kat rumah nanti. Kau halang, lagi teruk aku buat." Aku mencebik.

"Tolong hantarkan fail ni pada Taehyung." Aku mengangguk.

"Eo?"

"Nae. JK company sekali lagi akan buat collaboration dengan syarikat Hwan. So get ready nak jumpa dia. Pastikan jauhkan diri dari yang lain. Nanti aku jealous." Aku mengangguk. Fail itu sambut. Dahi aku hadapkan padanya. Seketika, terasa sesuatu yang lembut menempel.

Bibirnya.

"Gomowa!" Aku keluar dari pejabat itu. Langkah dibuka menuju ke pejabat Taehyung oppa.

Sepatutnya, fail ini perlu diserahkan pada Jimin oppa. Tapi disebabkan Jimin oppa, Seokjin oppa dan Zureen unnie sibuk di gudang, jadi Taehyung oppa yang perlu mengambil alih tugas Jimin oppa. Hanya untuk hari ini saja.

"Taehyung op— sorry." Aku senyum kekok melihat Taehyung oppa yang sedang meletakkan jari telunjuknya di bibir. Membuat isyarat supaya aku mendiamkan diri. Mataku teralih pada tubuh Leez unnie yang sedang tidur di atas sofa dengan badannya yang diselimuti dengan coat dan berbantalkan peha Taehyung oppa.

"Kenapa datang?"

"Jungkook suruh Taehyung oppa sign benda ni kemudian bawa ke meeting nanti." Taehyung oppa mengangguk.

"Nanti meeting kat mana?"

"Bilik meeting. Sebab bukan kita saja yang terlibat. Ada beberapa orang pekerja dari syarikat Hwan akan turut serta so Jungkook suruh adakan meeting di bilik tu. Kalau Hwan saja yang datang, dah lama dia suruh datang rumah terus." Taehyung oppa mengangguk perlahan. Fail itu diambilnya.

"Kenapa dengan Leez unnie? Sakit ke?" Taehyung oppa mengangkat kepalanya seketika sebelum mengangguk.

"Wae?"

"Pagi ni suhu badan dia agak tinggi juga. Mungkin sebab main hujan semalam." Aku berkerut kening.

"Main hujan? Are you kidding me right?" Taehyung oppa ketawa.

"Tahu. Dengar macam benda ni lawak but that's the fact. Semalam Leez main hujan. Entahlah. Perangai dia pelik sejak lately ni." Aku lagi berkerut kening.

"Pelik macam mana tu?"

"Dia tak suka wangian yang selalu pakai walhal dulu dia suka saja. Dia sekarang cepat marah and membebel. Kadang kadang nangis tak tentu pasal. Aku pun pening." Aku ketawa kecil.

"Taehyung oppa."

"Nae?"

"Baik bawa Leez unnie ke hosoital. Mana tahu mengandung lagi." Terus membuntang matanya. Terkerdip kerdip dia memandangku.

"Me-mengandung?!"

"Yeah. Tu semua hormon ibu mengandung. Normal lah." Taehyung oppa menggeleng perlahan.

"Mustahil lah tu simptom. Dulu waktu mengandungkan Hyuna, dia tak ada pun macam ni." Aku menepuk dahi.

"Memanglah! Dulu kan Taehyung oppa yang dapat alahan tu. Bukannya Leez unnie!" Taehyung oppa seolah olah tersedar dari lamunannya. Wajahku dipandang terkejut.

"Seul Ra, aku nak ambil cuti 9 bulan macam ni."

🚫🚫🚫

"Apa yang korang berdua buat ni?!" Aku bercekak pinggang melihat suami dan anak perempuanku yang sedang memandangku terkejut itu. Aku memicit pelipisku perlahan.

"Sayang sorry sayang. Kami nak main main saja."

"Agak agaklah oppa! Oppa ingat barang make up saya tu cat muka ke?!" Aku mengeluh kuat.

Boleh pula dia pergi conteng muka Jungra guna make up aku? Si anak perempuan aku pula just merelakan siap suruh tambah lagi.

Aku menggeleng. Langkah di atur mendekati mereka berdua. Make up remover aku tuangkan sedikit pada kapas dan lap pada muka Jungra.

"Lepas ni jangan buat lagi tau." Jungra dan Jungkook mengangguk. Aku senyum.

Tak boleh nak marah lama lama. Suami dengan anak dua dua automatik jadi comel bila aku jadi garang. Itu yang tak sanggup nak marah lagi.

"Sorry mummy. Jungra promise Jungra tak buat lagi. Kalau mummy nak marah, mummy marah daddy nae?" Aku menahan tawaku dari terletus. Dikerling sekilas wajah Jungkook.

"What? Kenapa pula kena marah daddy?! Jungra yang ajak daddy main make up mummy kan?" Cemberut saja wajahnya.

"Jungra ajak saja. Daddy yang join main sekali."

"So now semua ni salah daddy lah? Okay fine! I'm sulking with you!" Jungkook berjalan ke katil. Dihentakkan kakinya kuat pada lantai menunjukkan yang dia sedang merajuk dengan Jungra.

Mafia, umur dah 26 tahun, gedik lagi nak merajuk. Dengan anak sendiri pula tu.

"So? Do Jungra care? Suruhlah mummy pujuk. Jungra tak nak." Anak perempuanku turun dari kerusi lalu berjalan ke katil kami berdua.

Nak tidur dalam bilik kami ke malam ni?"

"Eh, kenapa ni?" Jungkook melihat timgkah laku Jungra yang sedang memasukkan dirinya ke dalam dakapan Jungkook.

"Jungra nak tidur dengan mummy dan daddy malam ni." Ditarik selimut menutupi mereka berdua. Dia selesakan diri dalam dakapan Jungkook sebelum memejam matanya.

"Daddy merajuk dengan Jungra. Dah pergi sana." Jungra menggeleng. Dia peluk pula tubuh badan Jungkook.

"Nak tidur sini." Pipi Jungkook diciumnya sekilas sebelum memejamkan matanya semula.

Nak pujuk la tu.

"Sayang, sinilah tidur. Oppa nak peluk sayang." Aku senyum. Katil aku panjat lalu pinggang Jungra aku peluk. Jungkook memeluk kami berdua erat.

"Nak kiss." Dia memuncungkan bibirnya namun sempat aku tahan.

"Jungra ada. Jangan nak mengada." Jungkook melihat Jungra.

"Little mafia is sleeping now. Let this leader mafia kiss his wife." Dengan itu, dia menciumku. Dari dahi turun ke mata, pucuk hidungku dan akhir sekali sudah semestinya bibir aku yang disambarnya.

Aku kena berhati hati dengan semua ciuman yang diberikannya. Sebab selalunya benda lain yang akan berlaku jika aku membiarkan dia meliar.

"Goodnight sayang."

❃.✮:▹ 𝕵𝖊𝖔𝖓 𝕱𝖆𝖒𝖎𝖑𝖞 𝖙𝖜𝖔 ◃:✮.❃

[C] MAFIA SARANGHAE | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now