Bab 14

531 31 2
                                    

DHIA bangun menyediakan sarapan sebelum ke pejabat. Tubuhnya berasa lesu dan fikirannya kusut kerana asyik memikirkan peristiwa kemarin sehingga membuahkan pertengkarannya dengan Firash.

Pagi ini, Dhia akan menumpang kereta Balqis. Dia masih tidak mahu untuk bertentang mata dengan Firash. Sakit hatinya masih belum reda terhadap lelaki itu.

Sejak mereka bertengkar dari semalam, mereka belum bertegur sapa.

Firash turun ke bawah dan melangkah ke dapur. Ternampak saja Firash, Dhia terus naik ke tingkat atas untuk bersiap. Firash terpaksa bersarapan sendirian.

Sungguh terasa hatinya apabila dilakukan sedimikian oleh Dhia. Namun, Firash cuba untuk bersabar dan berharap hubungannya dengan Dhia akan pulih menjadi baik seperti sediakala.

"Dhia.. Jom makan dengan abang?" Ajak Firash apabila Dhia sudah turun ke bawah semula.

"Aku tak ada selera nak makan dengan kau!" Pedas balasan Dhia kepada Firash membuatkan hatinya tersentap lagi.

"Dhia masih marahkan abang?" Soal Firash.

Dhia menjeling tajam. Tidak membalas kata-kata Firash.

Firash berhenti makan dan mengikuti langkah Dhia. Ditarik lembut tangan Dhia. Namun, Dhia melepaskan pegangan tangan Firash.

"Dhia.. Berapa kali harus abang minta maaf kepada Dhia, barulah Dhia akan maafkan abang?" Firash bersuara lirih. Dia tidak kisah jika Dhia marah dengannya namun dia sangat mengharapkan kemaafan Dhia atas kesalahannya memungkiri janji.

"Tak perlulah kau nak berpura-pura dengan aku. Sebenarnya kau memang sengaja nak ambil kesempatan dekat aku kan.. " Ujar Dhia sambil tersenyum sinis.

"Ya Allah.. Apa yang Dhia cakapkan ni. Abang mengaku memang abang salah sebab mungkir janji tapi abang ada hak untuk sentuh Dhia. Dhia isteri abang, halal untuk abang.. Berdosa sangatkah abang sampai Dhia perlu hukum abang macam ni?!" Spontan ayat itu terkeluar daripada Firash. Hatinya meronta-ronta untuk meluahkan isi hatinya.

Dhia tersentak. Kata-kata Firash begitu menusuk ke dalam hatinya. Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya. Otaknya tidak boleh berfikir rasional ketika ini.

"Tapi kau dah janji dengan aku selagi aku tak terima kau, kau takkan sentuh aku! Aku rasakan kau ni kahwin dengan aku bukan sebab cinta, tapi hanya kerana nafsu semata-mata!" Balas Dhia keras.

"Dhia!!!" Firash juga bersuara lantang.

"Sampai hati Dhia cakap abang macam tu. Abang kahwin dengan Dhia sebab abang betul-betul ikhlas cintakan Dhia. Dhia jodoh abang.." Firash mulai mengendurkan suaranya. Sedih apabila Dhia menuduhnya begitu.

Dhia menitiskan air matanya tanpa sedar. Namun pantas air matanya diseka, dia masih teguh dengan egonya.

Kereta Balqis sampai di perkarangan rumahnya. Dhia terus keluar tanpa mempedulikan Firash.

Firash kecewa apabila dirinya tidak diendahkan oleh Dhia. Apa lagi yang harus aku lakukan untuk memiliki sekeping hati Dhia yang keras itu?

***

Sepanjang perjalanannya bersama Balqis, Dhia lebih banyak mendiamkan diri tanpa bicara. Balqis yang perasan dengan tingkah laku Dhia bertanya.

"Kau okay tak ni? Baru lepas gaduh dengan Firash eh?" Tanya Balqis sambil meneruskan pemanduannya.

"Macam mana kau tahu?" Tanya Dhia.

Balqis tersenyum.

"Tengok dari muka kau pun aku tau kau lepas menangis, mesti sebab kau gaduh dengan Firash kan? " Balas Balqis.

"Hmm.." Dhia mengeluh kecil.

Sampai di pejabat, Dhia terus membuat kerja di ruang mejanya. Apabila waktu rehat pula, dia keluar sendirian dan tidak ditemani Balqis kerana temannya ada hal penting.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba bahunya terlanggar seseorang.

"Maaf encik, saya tak se.." Belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya. Dhia tersentak dengan wajah yang sangat dikenali berada di depannya.

"Eh Dhia? Hai.. Long time no see you! " Tegur Hariz yang kini berada di depan Dhia. Dia mempamerkan senyuman.

Namun senyuman itu merupakan senyuman yang jengkel pada Dhia. Matanya menjeling Hariz. Dia ingin beredar dari situ. Namun tangan Hariz menangkap lengannya.

"Jangan kau berani sentuh aku!" Dhia menepis kasar.

"Woo.. Rileks Dhia. Why you so serious? Saya cuma tegur awak tapi awak langsung tak layan saya?!" Kata Hariz. Dia berasa sedikit bengang dengan Dhia.

Dhia menunjukkan riak wajah yang sinis.

"Aku tak ada masa nak layan buaya macam kau. Lebih baik aku pergi dari sini sebelum hati aku panas!" Dhia melangkah dan sekali lagi dia dihalang Hariz. Tangannya didepangkan di hadapan Dhia.

"Apa lagi kau nak Hariz? Cukuplah! Aku dah cakap kan dulu yang aku taknak tengok muka kau lagi.." Marah Dhia. Rasa macam nak diajar saja lelaki berada di hadapannya ini.

"Dhia.. Awak jangan salah faham, saya tak sangka yang kita akan jumpa balik lepas 2 tahun kita berpisah. Saya mintak maaf Dhia.. Apa kata kita kawan macam dulu balik?" Ujar Hariz.

"Huh.. Kawan? Sorry to say.. But no!" Dhia berjalan dengan pantas meninggalkan Hariz. Sikit pun dia tidak termakan dengan kata-kata lelaki. Memang dia tidak akan percayakan Hariz lagi.

Hariz menatap Dhia yang sudah berjalan jauh dengan senyuman sinis. Oh! Kau belagak dengan aku ya.. Tunggu la nasib kau nanti Dhia.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now