Bab 28

594 28 2
                                    

ENAM bulan kemudian,

Dhia terbaring sambil mengusap perutnya yang mulai membesar sambil ditemani Firash. Kini, Dhia sudah hamil selama 6 bulan.

"Auch..." Dhia memegang belakangnya yang sakit secara mendadak. Dia cuba untuk bangun.

"Sayang... Kenapa ni?" Tanya Firash apabila mendengar Dhia mengaduh sakit. Dia menolong Dhia untuk bangun kerana perutnya yang sedikit memboyok menyukarkannya untuk bangun dari pembaringan.

"Sakit belakang..." Kata Dhia sambil dahinya berkerut menahan sakit.

"Sini... Abang urutkan Dhia." Firash lekas berada di belakang Dhia dan mengurut isterinya.

Dhia senyum. Firash benar-benar prihatin sekali kepadanya. Ini yang membuatkan rasa sayangnya kian bertambah setiap hari. Bertuah dia mendapat suami seperti Firash.

"Better?" Soal Firash sesudah mengurut belakang Dhia.

Dhia mengangguk.

"Alhamdulillah... Kalau sayang sakit lagi, bagitau abang. Bila-bila masa pun abang sanggup urutkan demi sayang." Kata Firash sambil mengenyitkan matanya.

Dhia berasa terharu. Lantas dipeluk suaminya spontan.

"Terima kasih abang... Abang memang suami yang baik. Dhia beruntung sangat dapat suami macam abang..." Dhia meluahkan rasa yang terbuku di hatinya. Pelukannya dieratkan.

Firash turut membalas pelukan Dhia dengan erat. Untuk seketika dia mencium dahi Dhia dan mengatakan sesuatu.

"Sama-sama sayang... Abang akan buat apa saja. Sebab hanya Dhialah bidadari abang, takkan ada yang lain di sisi abang selain Dhia." Tulus Firash berkata.

Dhia senyum dan terbuai bahagia mendengar kata-kata suaminya. Bersyukur dia kepada Tuhan, semoga rumah tangga mereka tiada halangan dengan kehadiran cahaya mata yang akan mereka bakal terima tak lama lagi melengkapkan hidup Dhia dan Firash.

***

Firash yang sedang leka membuat kerjanya terkejut apabila Zafri tiba-tiba muncul di hadapannya dengan riak wajah yang berlainan.

"Kenapa ni Zaf? Lain macam je aku tengok kau harini?" Tegur Firash.

"Firash... Ada orang nak jumpa kau." Kata Zafri dengan wajah yang mendatar seperti tadi.

"Siapa?" Soal Firash. Keningnya dijongketkan ke atas.

"I... Firash." Suara seseorang menyapa Firash.

Firash tercengang melihat kehadiran seseorang yang tidak terduga melangkah masuk dan berdiri di hadapannya sekarang ini. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"Elisa..." Terpacul nama itu di bibirnya.

Elisa. Seorang gadis kecil molek berkulit putih. Berambut panjang separas bahu mengenakan blouse berwarna kuning dan memakai skirt hitam labuh separa lutut sedang merenung wajah Firash tanpa berkelip.

Firash menarik nafas perlahan-lahan sebelum dihembus.

"Erk.. Aku keluar dulu. Korang berbincanglah." Kata Zafri yang mengerti akan keadaan yang canggung itu. Zafri lekas keluar tanpa melengahkan masa lagi meninggalkan Elisa bersama Firash.

Melihatkan Firash yang diam tidak berkutik. Elisa mengatur langkah di kerusi hadapan Firash dan duduk di situ. Dia membuka bicara.

"Firash... I mintak maaf sebab datang tanpa beritahu you. Tujuan I datang ke sini sebab nak minta maaf dengan you. I menyesal dengan perbuatan I. I harap kita boleh baiki semula hubungan kita." Kata Elisa. Sinar matanya penuh berharap Firash akan memberinya peluang.

"Baru sekarang you nak mintak maaf. Fine, I boleh maafkan you. Tapi dah 4 tahun you duduk dekat oversea tu baru sekarang you cari I." Balas Firash. Sebenarnya dia malas mahu mengungkit dengan perkara yang sudah lepas. Namun kehadiran Elisa membuatkan dia terpaksa mengatakan hal tersebut.

"I'm so sorry Firash... I tahu I salah. I tak patut tinggalkan you tanpa sebarang khabar. Firash please terima I balik. I janji I takkan tinggalkan you lagi." Tanpa diduga Elisa meraih tangan Firash.

Firash menepis tangan Elisa. Dia tidak mahu Elisa memperlakukan begitu. Firash menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Sorry El... But I'm married now." Firash berterus-terang. Buat apa dia mahu sembunyikan kebenarannya. Biarlah Elisa tahu akan hal itu.

Elisa tergamam. Riak wajahnya berubah muram. Dia seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Firash.

"No... I tak percaya. I tahu you saja cakap macam tu sebab you tak boleh terima I balik kan." Elisa berkata.

"Terpulanglah pada you nak percaya atau tak. I betul-betul dah kahwin. I dah ada isteri..." Firash berkata selamba lantas dikeluarkan sekeping gambar dari poketnya dan ditunjukkan kepada Elisa.

"And this is my wife... Dhia Raihana."

Hati Elisa berasa perit saat melihat gambar yang ditunjukkan Firash kepadanya. Hatinya masih tidak boleh menerima akan hal itu.

"Tapi I tunang you..." Balas Elisa perlahan.

"Tunang? Elisa please, you jangan pura-pura lupalah. Kita dah putus tunang sejak 4 tahun lepas. You yang mintak putus tunang!" Suara Firash sedikit meninggi. Dia berasa sedikit bengang apabila Elisa membangkitkan soal itu.

"Memang I mintak kita putus tunang. But, parents you tak pernah jumpa dengan parents I untuk putuskan pertunangan kita secara rasmi. So, kiranya I masih tunang you lah..." Elisa masih mempertahankan dirinya.

Firash terdiam sejenak. Benar kata Elisa. Keluarganya tidak pernah memutuskan hubungan pertunangan mereka secara rasmi.

Aduh, kenapalah dia begitu dungu untuk menunggu Elisa pulang baru dia akan memutuskan hubungan tunang mereka secara rasmi. Dan sekarang hati Firash mulai bimbang jika Dhia mengetahuinya.

Elisa tersenyum sinis. Dia berasa puas apabila melihat kerisauan di wajah Firash itu.

"Baiklah... Minggu depan I akan hantar parents I ke rumah you. I akan putuskan pertunangan kita secara rasmi. Sekarang, you boleh keluar dari bilik I." Firash berkata tanpa memandang Elisa lagi.

Elisa mulai cuak kembali apabila mendengar kata-kata Firash.

"Tapi Firash..."

"Keluar Elisa!!! Keluar!" Marah Firash. Dia tidak sengaja untuk memarahi gadis itu. Namun dek kebimbangan yang menjalar di hatinya sekarang ini membuatkan dia hilang kawalan.

Elisa bingkas bangun lalu menapak keluar dari bilik Firash. Namun dalam diam dia tersenyum sinis.

"It's okay... Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku semula sebelum sempat kau putuskan pertunangan kita." Tekad Elisa di dalam hatinya.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now