Bab 12

563 35 2
                                    

SETELAH makan malam dan mengemas meja makan, Dhia masuk ke bilik. Mengantuk sekali rasanya. Dhia menguap beberapa kali.

Dhia terus berbaring di atas katil. Matanya dipejamkan. Dalam beberapa minit saja Dhia terus lena diulit mimpi.

Ketika itu, Firash pun masuk ke dalam bilik. Dikerling wajah Dhia yang sudah tertidur.

"Awal betul dia tidur.." Ujar Firash sendirian sambil memandang Dhia.

Firash menghampiri Dhia dan menyelimutkan gadis itu. Matanya tidak lepas merenung wajah Dhia.

Subhanallah! Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Memandang Dhia lama-lama begini boleh menggugatkan imannya. Firash cuba menahan diri daripada menyentuh Dhia.

Lantas, Firash mendekati sofa untuk tidur tapi fikirannya asyik memikirkan isterinya. Mengapakah malam ini sukar sekali untuk dia melepaskan tatapan matanya dari Dhia.

Firash menderap langkah mendekati Dhia kembali. Kelihatan Dhia sedang tidur nyenyak. Dengkuran halus kedengaran di telinganya.

Tangannya diangkat dan mengelus perlahan rambut Dhia. Hatinya bergetar dan akalnya menyuruh dia menyentuh insan yang berada di depan matanya sekarang.

***

Dhia terjaga daripada tidur. Dirinya masih mamai tetapi badannya terasa lenguh. Dhia menggagahkan diri untuk bangun namun tiba-tiba Dhia merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dilihat tubuh badannya yang sedikit terdedah.

Ya Allah, apa dah jadi ni? Dhia berasa cuak. Alangkah terkejutnya apabila melihat Firash yang tidur di sebelahnya. Dhia menekup mulut. Fikirannya mulai menerawang yang bukan-bukan. Firash! Adakah lelaki itu telah menyentuhnya.

Mata Dhia mulai bergenang, lantas tangan Dhia memukul Firash.

"Firash!!! Bangun!!!" Pekik Dhia dengan suara tangisan.

Firash terus terjaga apabila dipukul Dhia. Dilihat Dhia yang sedang mengamuk dan menangis.

"Sampai hati kau buat aku macam ni! Kau janji dengan aku yang kau takkan sentuh aku selagi aku tak terima kau sepenuhnya! Tapi sekarang apa yang dah kau buat Firash!!!" Kata Dhia dengan suara yang agak keras. Air matanya tidak henti-henti berjuraian.

"Dhia.. Abang mintak maaf, memang salah abang! Abang tak kawal diri abang.. Abang dah mungkir janji dengan Dhia. Maafkan abang." Firash meraup mukanya kasar. Dalam hatinya berasa kesal kerana terlalu mengikut nafsu. Dia telah memungkiri janjinya kepada Dhia.

"Diam!!! Aku taknak dengar apa-apa lagi dari mulut kau! Kau memang tak boleh dipercayai." Dhia masih lagi marah. Dia sudah turun dari katilnya. Riak wajahnya kelihatan kecewa sekali dengan Firash.

Dhia tahu Firash adalah suaminya, dirinya juga adalah hak Firash. Namun bukan cara begini, Firash sudah merampas kesuciannya tanpa kerelaan.

"Sayang.. Tolong maafkan abang." Firash mendekati Dhia dan memohon kemaafan beberapa kali.

"Jangan panggil aku sayang lagi! Aku tak suka. Aku benci!!!"

Dhia menepis Firash dengan kasar. Matanya tajam merenung Firash. Baru saja hatinya hendak mempercayai Firash namun tindakan Firash yang memungkiri janjinya ini telah membuatkan Dhia hilang kepercayaan kembali kepada Firash. Dasar lelaki!

"Dhia marahlah abang, pukullah abang sepuas-puasnya! Tapi tolong jangan pernah bencikan abang. Abang sayangkan Dhia!"

Firash melutut pula kepada Dhia.  Dia sanggup menerima apa saja cemuhan Dhia kepadanya kerana kesilapan yang telah dia lakukan.

Dhia menolak Firash. Tidak mahu mempedulikan Firash lagi. Dia bingkas berlari ke bilik air dan mengunci pintu.

Firash mengetuk-negtuk pintu bilik air yang telah dikunci Dhia dari dalam.

"Dhia.." Panggil Firash namun isterinya tidak menyahut.

Sedangkan di dalam bilik air, Dhia menangis semahu-mahunya. Baru semalam dia merasakan sedikit kebahagiaan bersama Firash tetapi hari ini semua telah hancur akibat perbuatan Firash.

Dhia membuka pili air dan membiarkan air mencurah-curah membasahi tubuh badannya. Dibiarkan lama begitu sehingga tubuhnya menggigil kesejukan.

Apabila terlalu lama, Dhia mengunci diri di dalam bilik air. Firash berasa bimbang, dia mengetuk lagi pintu bilik air tersebut.

"Dhia! Dhia keluar, sayang.." Firash terus memanggil namun tiada jawapan. Kedengaran bunyi air yang mencurah-curah.

Tanpa berfikir panjang, Firash terus memecah pintu bilik air yang dikunci Dhia. Dia terpaksa melakukan begitu kerana bimbang akan keselamatan isterinya.

Dilihat Dhia terbaring dalam keadaan menggigil. Tubuh badannya masih lengkap berpakaian tetapi basah terkena air. Firash mengejutkan Dhia bangun namun tidak ada respon darinya.

Firash terpaksa mencempung Dhia dan diletakkan ke atas katil. Badan isterinya yang basah telah membasahi cadar katil.

"Aku tak boleh tolong tukarkan pakaian dia." Fikir Firash.

Dia tidak mahu Dhia menjadi lebih marah dan ketakutan lagi walaupun hakikatnya Dhia halal dilihat seluruh tubuh badan olehnya.

Peristiwa semalam membuatkan Dhia takut dengannya. Begitu menyesal sekali Firash rasakan saat ini. Firash menelefon adiknya, Fira Amani untuk membantunya menukarkan pakaian Dhia. Sementara adiknya sampai di rumah, Firash memantau keadaan Dhia. Risau jika Dhia diserang demam pula.




Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now