Bab 7

579 41 1
                                    

ESOKNYA, Firash ingin membawa Dhia ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh isterinya itu.

"Kita nak ke mana ni?" Tanya Dhia yang berada di sebelah Firash yang memandu kereta.

"Adalah.. Suprise!" Firash berahsia. Dia memandang isterinya sekilas dan tersenyum.

Dhia mengerutkan dahinya. Pelik dengan sikap Firash, bila dilihat lelaki itu tenang saja seolah-olah mereka tidak pernah bergaduh. Padahal baru semalam dia menyakitkan hatinya.

Bagi Firash pula, jujur dia memang terluka dengan kata-kata Dhia semalam. Namun itu, tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendapatkan cinta Dhia.

Masing-masing hanya membisu semasa dalam perjalanan. Sebaik saja sampai, Dhia turun dari kereta dan melihat sekeliling.

Sebuah rumah yang agak besar tapi tidak sebesar rumah keluarga Firash berada di depan mata Dhia. Matanya tidak lepas memandang.

"Rumah siapa ni?" Tanya Dhia lagi.

Firash senyum manis kepada Dhia. Dia memaut bahu Dhia lembut dan berkata.

"Rumah kita.."

"Rumah kita?!" Dhia sedikit terperanjat, bila masa pulak si Firash ni beli rumah.

"Iya sayang.." Nada suara Firash begitu lembut pada pendengaran Dhia.

Firash ni sengaja nak bagi aku cair ke buat suara macam tu. Dhia melepaskan pautan tangan Firash di bahunya.

"Bila awak beli rumah ni?" Dhia tak habis-habis menyoal. Dia berasa sangsi untuk masuk ke dalam rumah itu.

"Bila saya beli, tu tak penting.. Yang penting awak kena masuk ke dalam rumah ni.."

Dhia mendengus. Asyik berahsia saja. Lantak kau lah!

"Ummi dah tau ke? Nanti dia kata apa pulak kita tinggalkan macam tu je rumah dia." Kata Dhia. Sudahlah beg pakaian mereka belum dibawa.

"Awak jangan risau.. Saya dah bagitau hal ni pada ummi awal-awal lagi.. Nanti kita pergi ambik beg pakaian okay!" Ujar Firash lalu mengenyitkan sebelah matanya. Kenyitan mata yang menggoda.

Sekali lagi Dhia tergamam, main kenyit-kenyit mata pula. Dadanya kembali berdebar.

"Ishh.. Jomlah masuk!" Kata Dhia.

"Okay, jom. Eh tapi kejap.. Kenapa pipi awak blushing?" Firash perasan akan pipi Dhia mulai kemerahan.

Hah? Pipi aku blushing ke? Alamak, macam mana boleh jadi macam ni pula.

"Erk.. Mana ada! Pandai-pandai je awak ni.. Huh! " Dhia menafikannya.

Lantas Dhia berjalan melangkah masuk ke dalam rumah. Firash di belakang tersengih, Dhia.. malu tapi taknak mengaku!

Masuk saja ke dalam rumah, Dhia duduk di atas sofa. Dia memandang sekeliling ruang tamu yang tersusun kemas.

"Awak suka rumah ni?" Firash bertanyakan pendapat Dhia.

"Hmm.. Not bad." Balas Dhia ringkas.

"Jom ke dapur.. Kita makan nasi bungkus yang saya beli tadi." Kata Firash lalu tangannya menyentuh bahu Dhia.

Dada Dhia diserang rasa berdebar kembali, mengapalah Firash ni suka bertindak menyentuhnya.

Seringkali, Dhia menepis sentuhan Firash. Dia agak kurang selesa diperlakukan begitu.

Dhia tidak membalas, dia terus bangun menuju ke dapur. Firash turut mengekorinya.

Mereka berdua duduk di sebuah meja lalu makan. Firash memerhati saja Dhia makan dan diam tanpa bicara.

Firash mula memikirkan sesuatu untuk menghidupkan suasana.

"I love you sayang.." Panggil Firash dengan panggilan itu membuatkan Dhia tersedak.

"Uhuk.. Uhukk.."

Cepat-cepat Firash menyuakan air kepada Dhia. Dhia meminum segelas air kosong yang dihulurkan Firash dengan rakus. Setelah itu, dia mengurut dadanya perlahan-lahan.

"Dhia.. Awak okay tak ni?" Firash menunjukkan kerisauan di wajahnya. Dia hanya bergurau tapi Dhia sampai tersedak pula, dalam diam Firash tersenyum sumbing.

"Okay apa.. Awak tak nampak ke saya tersedak ni! Boleh tak kalau nak berjiwang pun biar bertempat!" Marah Dhia.

Si Firash ni pun satu, tak habis-habis ucap I love you. Sampai tengah makan pun nak ucap juga, terlebih romantik pula. Muak Dhia mendengarnya.

"Sorry la.. Saya tak sengaja." Ucap Firash setelah Dhia memarahinya.

"Tak sengaja lah sangat.. Kita tengah makan tau tak, nasib saya tak mati tercekik tadi.." Sindir Dhia pedas.

Berbisa betul mulut Dhia apabila membalas. Firash terkedu, sudahnya dia berdiam saja. Sabar sajalah dapat isteri macam Dhia ni. Nak romantik sangat pun tak boleh.

Habis makan, Firash memberitahu Dhia untuk keluar sebentar.

Firash menghulurkan tangannya secara tiba-tiba sebelum keluar.

"Apa?" Dhia tidak mengerti.

"Salam.."

"Ohh.." Dhia menurut saja, dia menunduk menyalam tangan suaminya.

Ketika dia mengangkat wajahnya, Firash mencium dahinya secara mengejut.

Sentuhan bibir Firash di dahi Dhia lama membuatkan Dhia terpana. Tubuhnya menjadi kaku lagi dengan tindakan Firash.

"Thanks.. Sayang. Abang pergi dulu.. Bye, Assalamualaikum." Ujar Firash setelah mencium dahi Dhia. Dia tahu tindakannya itu, sengaja berbuat demikian.

Dhia sudah seperti patung cendana. Matanya terbuntang, bibirnya diam membisu. Masih lagi terkejut. Mendengar Firash membahasakan dirinya abang lagilah membuatkan Dhia terkaku.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now