Bab 26

589 27 3
                                    

GEMBIRA sungguh hati Puan Rashidah dan Encik Darwish saat melihat kepulangan anak dan menantunya ke rumah mereka.

Dhia bersalaman dan berpelukan sebentar dengan ibunya. Sudah lama sekali dia tidak pulang ke rumah orang tuanya. Timbul rasa kesal di dalam hati Dhia.

"Anak mama, rindu sangat mama dekat Dhia tau tak... Kenapalah Dhia dah lama sangat tak balik ni?" Soal Puan Rashidah dengan mata yang berkaca-kaca. Begitu juga dengan Dhia yang menahan air matanya.

"Dhia mintak maaf mama, mintak maaf sangat. Dhia pun rindu mama..." Ujar Dhia dengan suara lirih.

Sudah tentu Puan Rashidah beremosi sekali apatah lagi Dhia sajalah satu-satunya anak tunggal perempuan yang dia miliki.

"Sudahlah tu... Jom masuk. Diorang baru je sampai ni." Kata Encik Darwish.

"Mari Firash." Ajak bapa mertuanya.

Firash menurut lalu membawa beg pakaiannya dan Dhia masuk ke dalam rumah.

Encik Darwish dan Firash berborak rancak di ruang tamu sedangkan Dhia menolong ibunya di dapur untuk memasak makan malam.

Sesudah makan malam, Dhia masuk ke dalam biliknya. Damati segenap ruang biliknya yang sudah lama ditinggalkan.

Tiba-tiba fikirannya mengimbas kembali ketika di malam pertamanya dengan Firash dulu. Saat itu, Dhia sanggup menyuruh Firash tidur di bawah sedangkan dia tidur di atas katil.

Rasa bersalah bertalu-talu menyerang di lubuk hatinya. Tidak sepatutnya dia sebagai isteri melakukan begitu kepada suaminya. Isteri macam apakah dia dulu?

"Sayang..." Suara Firash mematikan lamunan Dhia. Diseka air matanya yang membasahi pipi.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Firash mengerutkan dahinya. Risau pula dia melihat air mata Dhia.

Dhia tersenyum tipis, dia mengambil tangan suaminya dan digenggam menuju ke birai katil.

"Abang... Betul ke abang dah maafkan Dhia?" Tanya Dhia. Dia inginkan kepastian.

Firash terkedu. Pasti isterinya mengingatkan kisah lalu mereka dulu. Kalau tidak bagaimana Dhia boleh bertanya lagi soalan seperti itu.

Firash mengukir senyuman. Dia mengeratkan genggaman tangan isterinya dan mengatakan sesuatu.

"Sayang... Kan abang dah cakap, abang dah lama maafkan sayang. Janganlah diingat benda yang lepas lagi ya..."

Dhia berasa sebak. Setiap kali suaminya mengatakan begitu. Hatinya berasa tersentuh.

"Tapi... Tapi Dhia teruk. Dulu Dhia selalu kasar dengan abang. Dhia sakitkan hati abang." Kata Dhia sambil merenung wajah tenang suaminya.

"Tu dulu kan... Setiap manusia boleh berubah. Abang percayakan Dhia... Abang janji abang akan sentiasa di sisi Dhia. Abang sayang Dhia sangat." Firash lantas menarik perlahan kepala Dhia dan disembamkan di dadanya.

"Terima kasih abang sebab percayakan Dhia. Dhia akan berusaha jadi isteri yang terbaik untuk abang... Dhia pun sayangkan abang."

Dalam hati Firash, dia mengucapkan rasa syukur. Semoga dia terus dapat merasakan kebahagiaan ini bersama Dhia selama hayatnya masih ada.

***


Hubungan Dhia dan Firash pun semakin hari semakin baik. Perkahwinan mereka pun sudah mencecah setahun. Firash bersyukur Dhia kini sudah menjadi isteri yang baik. Sikap kasar dan egonya dulu sudah lama ditinggalkan Dhia.

Kini, mereka berdua hanya menunggu pelengkap rumah tangga mereka iaitu kehadiran cahaya mata yang sudah lama dinanti-dinantikan. Cuma rezeki saja masih belum berpihak kepada pasangan itu.

"Amboi... Jauh termenung. Teringatkan siapa?" Soal Dhia yang tiba-tiba muncul menyapanya.

"Teringatkan buah hati abang la, Dhia Raihana." Balas Firash sambil mencuit hidung Dhia.

Dhia tergelak kecil.

"Ingatkan Dhia tak apa... Jangan ingatkan orang lain pulak." Usik Dhia.

"Hesy... Tak adalah. Dalam hati abang ni cuma ada sayang seorang je tau. Takkan ada orang lain yang boleh gantikan isteri abang..." Firash berkata dengan suara romantisnya.

Dhia memeluk pingang suaminya.

"Yelah... Dhia percaya. Abang ni suka buat sweet. Tersentuh Dhia dengar."

"Mestilah... Bertuah Dhia tau sebab dapat suami romantik macam abang ni."

Dhia mendongakkan kepalanya memandang Firash.

"Ish perasanlah abang ni..." Dhia mencebikkan bibirnya.

Firash tergelak melihat memek muka. Buat seketika, Dhia turut tergelak. Sungguh Dhia berasa bahagia di samping Firash begini.

***

Dhia yang sedang membuat kerja tidak dapat menumpukan perhatian apabila kepalanya pening secara tiba-tiba.

Dhia bangkit perlahan-lahan dan cuba untuk menuju ke tandas. Tetapi pandangannya menjadi gelap dan setelah itu dia tidak mengingat lagi apa yang berlaku.

"Dhia... Dhia." Suara seseorang kedengaran di telinganya. Dhia membuka mata. Ketika itu, dia melihat di sekeliling. Balqis sedang berada di depan matanya.

"Dhia, kau okay tak?" Tanya Balqis.

"Kepala aku pening..." Adu Dhia. Matanya masih memerhati di sekeliling.

"Rehatlah dulu... Doktor dah check kau tadi. Aku yang bawak kau ke klinik. Panik kitorang tadi tau tengok kau tiba-tiba pengsan." Beritahu Balqis.

Dhia mengangguk perlahan. Baru dia hendak berehat, muncul seorang doktor perempuan mendekatinya. Sempat Dhia melihat tag nama doktor itu, tertera namanya Dr. Alia.

"Boleh saya bercakap dengan Puan Dhia Raihana?" Kata Dr.Alia sebaik saja mendekati dirinya.

Dhia mengangguk.

"Ada apa doktor?" Tanya Dhia.

"Tahniah Puan Dhia, you are pregnant!"

Dhia menekup mulutnya. Bagaikan tidak percaya perkhabaran yang telah dikhabarkan oleh doktor.

Dhia tersenyum dan air matanya menitis gembira. Inilah perkhabaran yang dinanti-nantikan selama ini. Dhia tidak sabar untuk memberitahu perkara ini kepada Firash.

Hingga Akhir WaktuOnde histórias criam vida. Descubra agora