Bab 32

840 29 0
                                    

Sebulan kemudian,

DHIA duduk termenung di jendela rumah sewanya. Sudah sebulan dia membawa diri meninggalkan Firash.

Bukannya dia tidak merindui suaminya itu, kadangkala terdetik di dalam hatinya untuk pulang. Namun apabila mengingatkan tunang Firash si Elisa itu membuatkan Dhia membatalkan hasratnya.

Terdengar bunyi ketukan di luar pintu rumah mematikan lamunan Dhia. Dhia bergegas menuju ke pintu lalu membukanya. Ternyata Balqis yang datang menjenguknya. Dhia mempelawa masuk lalu mereka berdua duduk di atas sofa.

"Sampai bila kau nak macam ni?" Balqis bertanya kepada Dhia.

Dhia mengeluh kecil. Runsing memikirkan apa yang bakal berlaku pada dirinya dan anak dalam kandungannya itu.

"Sampai bila-bila maybe..." Selamba Dhia menjawab.

Balqis memegang tangan Dhia dan cuba memujuk sahabatnya itu.

"Jangan macam tu, Dhia. Baliklah dekat Firash. Kau tak kesian ke dekat anak kau nanti? Kau nak anak kau membesar tanpa ayah ke?"

Dhia menoleh melihat Balqis apabila Balqis berkata begitu. Dia menggeleng kan kepalanya.

"Aku taknak, Qis. Aku tak mintak pun perkara tu berlaku. Tapi aku tak sanggup! Aku tak sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain. Kalau betul Elisa tu tunang Firash. Biarlah diorang kahwin. Aku takkan ganggu diorang." Jawab Dhia.

Balqis tahu Dhia sengaja mengalah. Padahal dia boleh nampak di mata Dhia bahawa Dhia masih menyayangi Firash cuma egonya yang menghalang.

"Kau yakin ke Firash akan kahwin dengan Elisa. Kau terlalu percayakan Elisa sampai kau tak bagi peluang dekat suami kau sendiri. Aku bukan nak menyebelahkan Firash. Tapi aku nak kau fikir baik-baik. Jangan terlalu ikutkan hati kau yang terluka tu."

Kata-kata Balqis menusuk ke dalam kalbu. Lidah Dhia menjadi kelu. Tidak tahu untuk berkata-kata lagi.

"Tak apa lah... Dhia, aku bagi masa untuk berfikir. Kalau kau perlukan apa-apa. Contact aku ya. Aku balik dulu. Jaga diri kau baik-baik." Balqid berkata lalu meminta diri untuk pulang.

Dhia hanya mengangguk perlahan membenarkan Balqis pergi. Dhia melihat perutnya yang membesar itu lalu mengusap perlahan. Air matanya menitis membasahi pipi.

***

Sejak sebulan lalu, Dhia pergi meninggalkannya, Firash kelihatan sedikit tidak terurus. Penampilannya tidak kemas dan rambutnya yang agak serabai. Puas dia mencari di manakah keberadaan isterinya, namun sampai sekarang Firash masih belum menemui Dhia.

"Sayang... Sayang baliklah sayang. Abang rindukan Dhia. Tolong maafkan abang. Tolong bagi abang peluang untuk perbetulkan keadaan kita." Rintih Firash sendirian.

Firash melihat telefon bimbitnya. Nombor isterinya ditatap berulang kali. Sudah sebulan, nombor isterinya itu tidak aktif. Puas Firash menghubungi Dhia namun tidak dapat. Mungkin isterinyanya sudah menukar nombor telefon lain.

Zafri juga turut berasa simpati melihat sahabatnya yang sudah tidak terurus itu. Zafri mendekati Firash lalu menepuk bahunya perlahan.

"Sabar bro... Aku yakin isteri kau akan balik suatu hari nanti. Bagilah dia masa... Aku tengok sekarang kau kusut sangat. Kau mesti taknak Dhia tengok keadaan kau macam ni kan." Ujar Zafri.

"Aku tak tahu Zaf. Tapi aku perlukan Dhia. Aku tak boleh duduk diam selagi tak nampak Dhia depan mata aku." Balas Firash.

"Iya aku faham. Sabarlah..." Zafri cuba menenangkan Firash.

***

Dhia berjalan sendirian sebuah Mall untuk membeli barangan bayi. Rasa sayu terbit di dalam hatinya, sepatutnya sekarang ini dia keluar bersama Firash untuk membeli semua itu. Tetapi yang nyata sekarang dia hanya membeli seorang diri.

Setelah selesai membeli, Dhia keluar dari dalam Mall tersebut.

"Dhia!" Satu suara yang tidak asing kedengaran di telinga Dhia. Dhia lantas berpusing melihatnya. Firash!

Firash yang berada di seberang jalan memandangnya dengan wajah yang  sayu. Dhia menatap Firash dengan rasa tak percaya. Bagaimana Firash tahu dia berada di sini.

Firash diam begitu juga dengan Dhia. Masing-masing hanya bertatapan sehinggalah Firash melangkah ke hadapan. Namun saat Firash melangkah, Bum! Sebuah kereta melanggar Firash.

"Abang!!!" Dhia menjerit kuat.

Lalu terbangun dari mimpinya. Tercungap-cungap Dhia dan peluh yang menyimbahi tubuh badannya dek mimpi tersebut. Apakah petanda ini. Dhia mulai risau dengan mimpinya sebentar tadi.

"Astaghfirullahalazim... Aku mimpi rupanya. Ya Allah... Kau lindungilah suamiku di mana pun dia berada." Dhia berkata sendiri. Hatinya gelisah kala ini.

Dengan segera, Dhia bangun dari tempat tidurnya menuju ke bilik air. Lantas dia berwuduk lalu menunaikan solat. Setelah solat barulah hatinya tenang semula.

Dhia termenung seketika. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk mesej Balqis dan memberitahu sesuatu.

Dhia: Assalamualaikum Qis, esok kita balik KL. Aku nak jumpa Firash.

Dhia pun menghantar mesej itu kepada Balqis. Mungkin betul kata Balqis, dia perlu membetulkan keadaan. Dhia tidak boleh ego begini. Mimpi yang dialaminya tadi membuatkan Dhia tidak senang duduk. Dhia risaukan Firash.

***

Keesokannya, Balqis menjemput Dhia di rumah sewanya. Dhia telah menceritakan tentang mimpinya semalam kepada Balqis. Balqis berkata itu hanyalah mainan tidur sahaja.

"Aku gembira dengan keputusan kau. Aku harap masalah kau dengan Firash akan selesai lepas korang jumpa balik." Ujar Balqis sambil tersenyum.

Dhia membalas senyuman Balqis.

"InshaAllah... Thank Qis, sebab selalu doakan kebaikan aku." Balas Dhia.

"Mestilah... Kau kan sahabat aku. Aku selalu doakan yang baik-baik saja untuk kau." Balqis membalas kembali.

Sampainya di rumah Dhia, Balqis berhentikan kereta di halaman rumahnya. Dhia lekas turun dari kereta lalu menekan loceng di luar rumah. Berulang kali Dhia menekan nakun tiada respon. Agaknya Firash masih belum pulang dari kerja. Dhia pula tiada kunci pendua.

Dhia memandang Balqis dengan rasa kecewa. Mungkin dia harus menunggu di situ sehingga Firash pulang ke rumah.

Balqis mendapat panggilan daripada seseorang. Dhia melihat Balqis menjawab panggilan tersebut namun riak wajah Balqis kelihatan berubah kelat. Tiba-tiba Balqis mendekati dirinya. Dhia menanti apakah yang ingin dikatakan oleh Balqis kepadanya.

"Dhia... Firash. Firash kemalangan."

"Allah!" Langsung wajah Dhia berubah kelat. Dhia menekup mulutnya dengan rasa tak percaya. Dunianya terasa gelap. Benarkah apa yang dia dengar. Jadi semalam mimpi itu betul-betul nyata.

Mereka berdua pun bergegas menaiki kereta lalu meluncur laju untuk pergi ke hospital melihat keadaan Firash.




Hingga Akhir WaktuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz