Bab 27

599 28 1
                                    

TERPAKU Firash melihat isterinya di depan mata sekarang ini. Dhia terlihat berbeza sungguh pada malam itu.

Dress labuh berwarna ungu yang dipadankan Dhia menampakkan tubuhnya yang langsing memukau pandangan mata Firash. Rambut Dhia yang panjang disanggul rapi. Kulitnya yang putih melepak menyerlahkan lagi kecantikan Dhia.

"Cantiknya Dhia malam ni, tak berkelip mata abang tengok..." Puji Firash.

"Hehe... Thank you abang. Abang cepatlah pergi siap. Jangan lupa pakai baju yang Dhia dah iron tu. Ada dekat atas katil tu ok?" Kata Dhia dengan manja.

Firash lekas menurut permintaan Dhia. Dia segera menaiki tingkat atas dan masuk ke dalam bilik mereka.

Sengaja Dhia meminta Firash pulang awal pada malam itu. Soalnya dia ingin memberi kejutan tentang kehamilannya kepada Firash. Biarlah malam itu menjadi malam yang bersejarah untuk mereka berdua.

Tidak lama kemudian, Firash turun dengan mengenakan pakaian yang berwarna sedondon dengan Dhia.

Kemeja berwarna ungu yang dipadankan dengan seluar jeans hitam. Firash kelihatan sungguh tampan tambahan pula badannya yang sasa idaman para wanita. Giliran Dhia pula yang terpesona.

Firash tersenyum berjalan mendekati Dhia. Dhia segera memegang tangan Firash. Dhia memimpin tangan Firash dan dibawa ke balkoni.

Kelihatan sebuah meja makan yang telah dihias cantik berada di ruang tersebut. Firash memandang isterinya di sisi.

"Sayang... Sayang ke buat semua ni?" Tanya Firash.

Dhia mengangguk dan tersenyum.

"Thanks my beautiful wife, I love you so much!" Firash terharu. Dia tunduk mencium pipi Dhia.

"I love you too abang!" Balas Dhia. Dia juga berasa senang apabila Firash menghargainya.

Setelah itu, mereka berdua duduk di meja makan. Baru saja Firash hendak menyantap makanan di depan matanya. Dhia membuka mulut.

"Wait... I have something to show you." Bisik Dhia sambil menatap Firash.

Firash berasa teruja. Dia menanti apa yang hendak Dhia tunjukkan kepadanya.

"Tadaa..." Dhia mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam yang dibalut dengan ribbon berwarna merah.

Firash mengangkat kening tanda isyarat untuk mengetahui apakah isi kotak di dalamnya.

Dhia tersenyum manis dan turut membalas isyarat dengan menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Dhia berpura-pura melakukan begitu.

Firash lantas mengambil kotak yang dihulurkan Dhia itu. Firash meletakkan jari di dagunya. Cuba memikirkan apakah yang berada di dalam kotak kecil yang comel itu.

"Apa ni sayang?" Firash sengaja bertanya.

"Bukalah..." Dhia menanti dengan penuh teruja. Tidak sabar rasanya untuk melihat reaksi Firash sebaik saja membuka kotak itu.

Tanpa melengahkan masa lagi Firash meleraikan tali ribbon lalu kotak itu dibuka.

Pregnancy test? Firash mengamati pregnancy test itu sebaik-baiknya. Terdapat 2 garis berwarna merah tertera di situ. Maknanya? Dhia mengandung! Firash terus merenung Dhia tanpa berkelip.

Dhia sudah tersenyum manis. Rasa teruja apabila melihatkan air muka Firash yang sudah berubah.

Firash terus memeluk Dhia. Suaranya kedengaran lirih. Bukan kerana dia sedih tetapi dia bersyukur kerana doa mereka selama ini telah dikabulkan. Firash bakal bergelar ayah.

"Ya Allah... Alhamdulillah. Terima kasih sayang! Abang akan jadi ayah!!!" Firash mengeratkan pelukan di pinggang Dhia. Dhia juga membalas pelukan Firash dengan mesra. Terasa bahagia apabila menerima reaksi positif daripada Firash.

***

"Abang... Dhia teringin la nak makan aiskrim magnum! Boleh tak abang tolong belikan untuk Dhia..." Kata Dhia sambil duduk bermanja di sisi suaminya.

Sejak-sejak Dhia mengandung 2 bulan ini, kerap sungguh dia bermanja dengan Firash. Namun, Firash tidak kisah. Tentu semua itu kerana pembawaan budak.

Firash bersyukur kerana Dhia tidak mengalami alahan yang teruk. Cuma kadang-kadang saja Dhia akan muntah jika tubuh badannya kurang sihat.

"Boleh sayang... Esok abang belikan." Balas Firash sambil mengusap kepala Dhia.

"Ala taknaklah esok... Dhia nak sekarang jugak." Dhia merengek lalu melentokkan kepalanya pula di bahu Firash.

"Sayang... Malam-malam ni tak eloklah makan aiskrim. Esoklah ya..." Pujuk Firash.

Dhia memuncungkan bibirnya. Segera dia berjauhan dengan Firash. Dhia memeluk tubuh tanda merajuk dengan kata-kata suaminya. Bukan dia sengaja berbuat begitu, namun sejak dia mengandung, dia menjadi lebih sensitif.

Firash lantas berpaling menghadap Dhia apabila mendengar suara isterinya seperti merajuk.

"Sayang... Janganlah merajuk. Okay... Okay. Abang pergi cari aiskrim magnum." Ujar Firash. Nak tak nak terpaksalah Firash keluar juga belikan. Kalau tidak hadaplah wajah isterinya yang merajuk sampai esok.

"Yey!!! Thank you... Sayang abang!" Serta-merta wajah Dhia bertukar ceria. Dia tersenyum memandang Firash lalu mengucup pipi kanan Firash.

Firash berasa senang. Dia keluar membelikan Dhia aiskrim magnum yang diidamkan isterinya. Setengah jam kemudian, Firash pulang ke rumah. Ketika dia masuk ke dalam rumahnya, Firash ternampak Dhia sudah pun tertidur di atas sofa sambil TV yang masih terpasang.

"Sayang... Bangun, ni abang dah belikan aiskrim." Bisik Firash lembut di telinga Dhia.

Dhia menggeliat kecil. Matanya terbuka lantas dia menggosokkan matanya.

"Simpanlah aiskrim tu dalam peti ais. Esok Dhia makan eh, Dhia mengantuklah, nak tidur..." Kata Dhia dengan suara orang mengantuk.

Pulak! Hmm... Sabar sajalah Firash. Firash menurut kata Dhia, dia membawa aiskrim itu dan disimpan ke dalam peti ais. Seketika, dia kembali menghampiri Dhia.

"Jom sayang... Kita tidur kat atas." Ajak Firash apabila melihat Dhia yang masih belum berganjak dari sofa.

"Abang... Nak dukung please?" Pinta Dhia. Tubuhnya masih lagi terbaring di sofa. Tangannya didepakan minta didukung seperti budak kecil.

"Okay. Anything for you sayang..."

Firash tidak menolak. Dia tetap menuruti permintaan Dhia. Lantas tubuh Dhia diangkat. Dhia memaut leher Firash erat. Firash membawa Dhia naik ke bilik mereka berdua.






Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now