Bab 23

629 39 6
                                    

"ARGH..." Hariz mengerang kesakitan sambil memegang lengan kirinya yang telah ditembak oleh pihak polis. Tanpa sengaja dia melepaskan Dhia.

Firash tersentak dan memberhentikan langkahnya. Dhia segera berlari mendapati Firash.

"Firash!!!"

Dhia langsung memeluk Firash dengan spontan. Firash terpana dengan tindakan Dhia tapi dia membiarkan saja.

Hariz cuba untuk meloloskan diri namun dia tidak berdaya melawan apabila pihak polis sudah berjaya memberkasnya.

Tangannya digari. Bibir Hariz terkunci rapat. Hanya mampu merenung tajam ke arah Firash dan Dhia dari jauh sebelum dibawa pergi ke balai polis.

Mujur Firash menghubungi pihak polis terlebih dulu sebelum datang bertemu dengan Dhia.

Firasatnya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Syukurlah, kini Dhia telah selamat di pangkuannya.

Firash meleraikan pelukan Dhia. Tidak sempat untuk mereka berbicara. Dhia telah rebah, Firash menyambut Dhia lalu dicempung tubuh isterinya masuk ke dalam kereta.

Kerisauannya muncul kembali apabila melihat Dhia yang tidak sedarkan diri. Mungkin tubuhnya lemah. Lagipula wajah Dhia kelihatan pucat sekali. Isterinya perlu banyak berehat.

***

Dhia membuka mata. Tubuhnya digagahkan untuk bangun. Dia bersyukur kerana sudah selamat berada di rumah.

Apabila mengingatkan Hariz, dirinya diselubungi ketakutan. Cepat-cepat dia mengusir wajah lelaki itu dari fikirannya. Hariz sudah diberkas polis.

Sekilas Dhia menoleh, ternampak Firash yang nyenyak tidur di atas sofa. Hatinya bergetar kuat kala ini. Dhia berjalan perlahan menghampiri Firash.

Dhia duduk di hadapan Firash. Melihat wajah itu membuatkan dia rasa bersalah kerana telah menderhaka pada suaminya selama ini. Dhia lupa akan tanggungjawabnya sebagai isteri. Alangkah berdosanya dia.

Dhia menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu mengikuti prinsipnya yang tidak mempercayai cinta hanya kerana seorang lelaki. Padahal tidak semua lelaki itu sama.

Air matanya laju membasahi pipi. Dhia menekup mulutnya dengan telapak tangan. Perlahan-lahan jarinya menyentuh rambut Firash. Perasaan halus menjalar di dalam hatinya.

Dhia akui Firash memang seorang lelaki yang penyabar. Segala tingkah lakunya yang kasar dan menyakitkan hati lelaki itu sedikit pun tidak membuatkan Firash mengalah dengannya.

Firash terjaga apabila merasai rambutnya disentuh oleh seseorang. Tersentak dia apabila melihat wajah Dhia di hadapannya.

Pandangan mereka bertaut. Mata Dhia kelihatan jernih ketika ini tidak seperti kebiasaannya wanita itu memandangnya sebelum ini. Firash perasan akan air mata Dhia yang menuruni pipinya.

Firash bangun dan duduk menghadap Dhia. Dhia menundukkan wajahnya dan cuba menyembunyikan perasaan.

"Jangan menangis..." Kata Firash lembut lalu diseka air mata itu dengan jarinya.

Spontan Dhia mengangkat wajahnya, tanpa diduga Dhia mengambil tangan Firash dan menciumnya lama. Firash tersentuh. Sudah lama Dhia tidak menyalam tangannya seperti itu.

"Saya minta maaf atas semua kesalahan saya pada awak selama ni..." Kata Dhia perlahan. Dhia memberanikan diri melentokkan kepalanya di lutut Firash. Seperti merelakan dirinya dihukum atas kesalahannya sendiri.

Hati Firash dipagut sayu mendengar permintaan maaf dari Dhia. Sungguh dia tidak menyangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Mungkin segala kejadian yang menimpa telah memberikan hikmah kepada mereka.

"Abang dah lama maafkan Dhia." Ujar Firash lalu mencium kepala Dhia. Giliran Dhia pula yang tersentuh hatinya. Terlalu banyak kesalahannya namun dengan mudah lelaki itu memaafkannya.

Dhia memanggung kepalanya dan memandang wajah Firash dengan mata yang berkaca-kaca.

"Abang..." Untuk pertama kalinya Dhia memanggil Firash ikhlas dengan panggilan itu.

"Dhia menyesal sebab dah sakitkan hati abang. Selama ni Dhia terlalu ikutkan hati... Dhia derhaka dengan abang. Dhia tak jadi isteri yang baik..." Luah Dhia dengan bersuara lirih.

Senang hati Firash apabila Dhia sudah memanggilnya dengan panggilan abang.

"Shh.. Jangan cakap lagi pasal tu. Abang taknak ungkit lagi. Yang lepas, biarlah lepas. Kita mulakan hidup baru..." Kata Firash.

Dhia mengangguk kepalanya.

"Dhia janji, Dhia takkan berkasar dengan abang lagi. Dhia akan hormat abang sebagai suami, Dhia akan bukakan hati Dhia untuk abang."

Firash tersenyum. Itulah yang diharapkan selama ini. Akhirnya, Dhia akan memberi ruang untuknya memiliki Dhia.

"Terima kasih sayang. Abang cintakan Dhia. Abang janji abang akan jaga Dhia hingga ke akhir waktu..."

Terharu Dhia mendengar kata-kata Firash. Dia terus memeluk Firash dan menangis lagi di dada bidang lelaki itu.

Rasa bersalahnya menggebu-gebu. Baru sekarang Dhia menghargai cinta lelaki itu. Sebelum ini dia buta menilai ketulusan cinta Firash kepadanya.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now