Epilog

1.5K 41 3
                                    

4 tahun kemudian,

DHIA dan Firash pun semakin bahagia dengan kehidupan mereka. Hari itu adalah hari ulang tahun yang keempat untuk anak lelaki sulung mereka.

Dhia berjalan menghampiri bilik anaknya. Anak kecil yang masih lena itu dikejutkan perlahan. Perlahan-lahan si kecil itu membuka mata.

"Happy birthday Aqil Ashraf anak ibu dan ayah. Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang." Ujar Dhia lalu mengucup pipi Aqil yang gebu.

"Thank you ibu.... Sayang ibu." Aqil bersuara. Suaranya yang masih belum lancar sepenuhnya itu kedengaran sangat comel. Aqil lantas bangun dan memeluk Dhia erat.

"Sayang anak ibu jugak. Jom turun bawah." Balas Dhia.

"Nak buat apa bu?" Tanya Aqil polos.

"Nak sambut birthday Aqil la. Aqil nak tak?" Tanya Dhia sambil mencubit perlahan pipi Aqil.

"Nak, nak... Jom ibu! Kita turun!" Terus bersemangat anak kecil itu apabila mendengar ibunya berkata untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

Sebaik saja Dhia dan anaknya Aqil turun ke bawah. Kelihatan semua sudah bersedia untuk menyanyikan lagu kepada Aqil. Firash dan keluarga mereka sudah berada di bawah menunggu Aqil.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Aqil Ashraf... Happy birthday to you!" Mereka menyanyikannya lalu menepuk tangan untuknya. Aqil bersorak keriangan kerana terlalu gembira.

Firash yang memegang kek membawa ke hadapan anaknya dan menyuruh Aqil untuk meniup lilin. Usai meniup lilin, Firash mendekati anaknya itu lalu dan mendukung.

"Aqil nak hadiah tak?" Tanya Firash.

"Nak! Ayah belikan Aqil hadiah ke?"

"Eh mestilah ayah belikan... Jom ikut ayah." Ujar Firash lalu melepaskan Aqil. Dia mengambil sebuah kotak hadiah yang sudah berbalut lalu menyerahkan kepada anaknya.

"Bukalah."

Aqil segera membuka kotak tersebut.

"Wah... Topeng ironman la! Yey... Aqil suka topeng ironman. Thank you ayah! Sayang ayah banyak-banyak!" Ungkap anak kecil lalu memeluk Firash.

"Sayang ayah je ke?" Soal Dhia yang muncul dari belakang.

Aqil menoleh dan tersengih.

"Mestilah sayang ayah dengan ibu!" Kata Aqil lalu memeluk ibu dan ayahnya serentak.

***

Sedang asyik mereka berbual-bual satu keluarga di ruang tamu. Ada tetamu yang datang ke rumah mereka. Dhia lekas membuka pintu. Ternyata Zafri dan Balqis yang datang bersama.

"Qis... Datang jugak kau! Asal lambat?" Tanya Dhia setelah bersalaman dengan Balqis. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabatnya itu.

"Sorry la beb... Ada hal sikit tadi." Balas Balqis.

"Ada hal ke dating dengan Zafri ni." Usik Dhia sambil tersenyum.

"Ish kau ni..." Balqis tersipu-sipu malu.

Zafri yang sudah masuk pula berbual-bual dengan Firash.

"Hai... Zafri. Cepat-cepatlah kahwin. Aku dah bau nasi minyak ni." Firash juga mengusik Zafri.

"InshaAllah... Kalau tak ada apa-apa halangan, tahun ni jugak aku kahwin!" Zafri membalas sambil ketawa. Firash juga ketawa mendengarnya.

Dalam diam, Zafri dan Balqis menjalin hubungan cinta. Dhia dan Firash pun baru mengetahuinya. Kata mereka, sebelum ini mereka hanyalah teman biasa namun kerana Zafri yang tekad ingin berkenalan dengan Balqis. Balqis dan Zafri mulai rapat dan ingin menuju ke peringkat yang lebih serius.

***

Dhia dan Firash berjalan-jalan di taman. Kelihatan Aqil yang sedang bermain buaian dengan riang.

"Aqil main elok-elok tau." Pesan Dhia kepada anaknya.

"Okey, ibu!" Jerit suara comel itu.

Dhia duduk bersama Firash di sebuah bangku. Mereka berpandangan seketika lalu tersenyum.

"Abang, Dhia sebenarnya nak bagitau sesuatu ni." Dhia berkata begitu.

Firash lantas berpusing menghadap Dhia.

"Sayang nak bagitau apa?" Firash menyoal. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui apa yang ingin diberitahu oleh Dhia.

Dhia mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan menayangkan di hadapan matanya.

"Tadaa..."

Pregnancy test! Dhia mengandung?

"Sayang pregnant?" Tanya Firash meminta kepastian. Wajahnya sudah teruja.

Dhia tidak dapat mengawal senyumannya lalu mengangguk berulang kali. Terharu melihat wajah Firash yang tampak gembira.

"Alhamdulillah! Akhirnya kita akan dapat anak kedua." Firash segera memeluk Dhia sekejap sebelum meleraikannya.

Dhia juga bersyukur atas kehamilan keduanya. Firash memanggil anaknya Aqil untuk bersama dengan mereka. Aqil berlari terkedek-kedek mendekati ayah dan ibunya.

"Tak lama lagi, Aqil akan dapat adik. Suka tak?" Firash bertanya kepada anaknya.

"Adik? Yey... Tak sabarnya. Aqil dah lama nak adik." Balasan Aqil membuatkan mereka ketawa.

Dhia melentokkan kepalanya di bahu Firash. Firash menggengam erat tangan Dhia.

"Terima kasih abang sebab hadir dalam hidup Dhia. Dhia rasa hidup Dhia lengkap dengan adanya abang dan anak-anak kita."

"Terima kasih jugak sayang, abang janji akan terus jaga sayang dan anak-anak kita selagi hayat abang masih ada. Takkan pernah ada yang lain di hati, segenap jiwa hanya untukmu." Tulus Firash berkata dari hatinya.

Dhia memandang suaminya dengan rasa terharu. Dalam hatinya juga turut berdoa agar hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir waktu.

~ Tamat ~

Hingga Akhir WaktuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz