Bab 8

542 38 0
                                    

JAM menunjukkan hampir pukul 10 malam ketika Firash membuka pintu rumahnya dengan kunci pendua. Kunci utama mereka telah dia serahkan kepada Dhia.

Firash melangkah masuk selepas mengunci pintu semula, lampu di ruang tamu tidak dipasang cuma lampu dari dapur menyala.

"Agaknya Dhia masih belum tidur.." Fikir Firash.

Firash menuju ke dapur. Dia sempat membelikan barang-barang dapur dan diletakkan ke atas kabinet.

Setelah itu Firash meletakkan bungkusan mi goreng yang dibelinya semasa perjalanan balik ke atas meja. Firash dikejutkan dengan satu suara di belakangnya.

"Lambat balik, awak pergi mana sebenarnya?" Hati Dhia sedikit berasa sangsi dengan Firash. Tadi kata nak keluar sekejap, tapi sampai malam baru balik.

"Abang jumpa kawan office abang, Zafri. Kan abang dah hantar mesej tadi beritahu.. Sayang tak baca la tu." Balas Firash.

Balik-balik saja terus bahasakan diri dengan panggilan sayang, terus lehernya terasa naik bulu roma. Tak jadi aku nak tanya lebih-lebih macam ni.

"Hmm.. Awak beli barang dapur ke?" Tanya Dhia setelah ternampak barang-barang di atas kabinet.

"Ha'ah.." Ujar Firash dan tersenyum.

Pantas Dhia melihat bungkusan di atas meja pula.

"Tu apa?"

"Mi goreng.. Sayang lapar tak?" Tanya Firash pula. Dia tidak lagi segan-segan untuk memanggil Dhia dengan panggilan sayang. Dilihat seperti Dhia tidak membentak.

Dhia mengangguk kecil. Panggil sayang lagi, suka hati dialah. Malas aku nak ambik kisah, hatinya kan beku walaupun kadang-kadang tingkah laku lelaki itu agak mengusik jiwanya.

"Jom makan sama-sama.." Firash berkata sambil mengajak Dhia duduk.

"Okay.. Saya nak buat air kejap. Awak nak minum air apa?" Soalan yang keluar dari mulut Dhia itu membuatkan hati Firash kembang kerana kesudian Dhia yang mahu membuatkan minuman untuknya.

"Buatkan milo panas boleh?"

Dhia menurut, lantas dengan cepat dia membuatkan satu mug milo panas untuk Firash dan satu mug lagi untuk dirinya.

Firash membuka bungkusan mi goreng yang dibelinya. Aroma mi goreng itu membangkitkan seleranya.

Satu lagi bungkusan mi goreng diberikan kepada Dhia. Mereka makan dengan berselera. Hati Firash girang melihat mood Dhia yang nampak baik malam ini.

Dhia membuang bungkusan ke dalam tong sampah dan mengemas meja serta mencuci mug yang telah diguna. Firash di sisi menunggunya, setelah selesai. Mereka berdua menuju ke atas.

"Eh.. Sayang nak pergi mana tu?" Soal Firash apabila melihat Dhia yang masuk ke dalam bilik tetamu bukannya bilik utama.

"Nak masuk tidurlah." Balas Dhia.

Firash berjalan mendekati Dhia, dan membuat satu permintaan.

"Boleh tak kalau Dhia tidur dekat bilik utama dengan abang?"

Dhia tergamam. Permintaan Firash itu membuatkan hatinya berat. Bukankah lebih baik mereka tidur berasingan daripada lelaki itu tidur dalam keadaan tidak selesa.

"No, Firash! Lebih baik kita tidur asing-asing je. Awak tak perlu menyeksa diri awak sebab saya, takkan awak nak tidur dekat bawah lagi!"

"Sayang.. Please, abang tak kisah tidur dekat bawah sekalipun, yang penting Dhia tidur sebilik dengan abang. Abang janji abang takkan sentuh Dhia selagi Dhia tak terima abang sepenuhnya.." Kata Firash sambil merenung wajah Dhia. Mengharap isterinya itu memahami isi hatinya.

Jawapan Firash membuatkan Dhia kelu, sampai begitu sekalikah sikap baik lelaki itu terhadapnya. Dhia rasa bersalah pula tapi dirinya tetap ego.

"Fine.. Suka hati awaklah. Tapi awak jangan menyesal pulak..." Pesan Dhia. Sudah dibilang tidak mahu, nak juga tidur sebilik dengannya. Hadap sajalah kau Firash.

"Thanks sayang.." Ucap Firash lalu tersenyum. Dia tidak kisah yang penting Dhia bersetuju untuk sebilik dengannya pun sudah cukup.

Dhia masuk ke bilik utama. Bilik tidur mereka berdua. Dhia duduk di atas katil dan menarik selimut. Firash bertanya lagi.

"Sayang dah nak tidur ke?"

"Kenapa?" Tanya Dhia dengan nada acuh tak acuh.

"Abang nak ajak sayang bersembang kejap.."

"Awak nak sembang apa tengah-tengah malam ni.. Tidur lagi bagus." Dhia menjeling. Ergh, banyak karenah betul si Firash ni.

"Kalau taknak tak apa lah.." Pasrah kedengaran suara Firash.

"Ishh.. Iyalah.. Iyalah." Dhia mendengus tapi dia mengiyakan.

"Sayang.. Nanti sayang masak dekat abang boleh?" Pinta Firash. Dia sebenarnya sengaja hendak mengusik Dhia.

"Hah? Masak! Saya tak pandai masak.. Bukan tak pandai je, memang tak tahu langsung nak masak." Kata Dhia dengan nada terkejut. Dia memang tidak mahir dalam bab memasak.

"Ohh, tak apa.. Kalau Dhia tak pandai masak, nanti abang ajar Dhia ok." Firash mengenyitkan matanya.

"Pandai ke masak?" Dhia menjeling Firash. Lelaki bertubuh tegap dan tinggi itu kelihatan seperti tidak ada ciri yang handal memasak pun. Dhia menilai dari luaran.

"Eh pandailah.. Tak percaya?Sayang tunggu, nanti abang tunjukkan kehebatan abang dalam bidang memasak." Firash menjawab dengan bangga.

Ceh! Perasan betul. Dhia malas lagi hendak melayan Firash. Dia menarik selimut semula lalu terbaring memejamkan matanya.

Firash tersenyum. Entah kenapa malam itu terasa bahagia sekali untuk dirinya walaupun Dhia masih berkeras. Namun, Dhia masih sudi melayannya.






Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now