Bab 33

1.2K 36 2
                                    

DHIA lekas berjumpa dengan doktor. Air matanya tidak henti-henti berjuraian. Doktor memberitahu bahawa Firash masih dirawat di dalam bilik rawatan. Balqis menenangkankannya supaya bersabar dan duduk terlebih dulu.

Dhia tunduk meraup wajahnya berulang kali. Kalau terjadi apa-apa kepada Firash. Dhia mungkin tidak akan memaafkan dirinya kerana meninggalkan suaminya.

Sebentar tadi, mereka telah bertemu dengan Zafri, sahabat Firash. Zafri menceritakan segalanya tentang Firash. Keadaan Firash yang serabut setelah Dhia pergi. Dalam masa sebulan itu, setiap hari Firash selalu mencarinya sehinggalah hari ini Firash terlibat dalam kemalangan.

Sedang asyik melayan perasaan, kemunculan seseorang membuatkan Dhia menoleh begitu juga dengan Balqis. Elisa berjalan menghampiri Dhia.

"Perempuan ni..." Balqis ingin memarahi Elisa namun dihalang oleh Dhia.

"Qis..." Dhia menarik lengan Balqis. Balqis melihat wajahnya, Dhia menggeleng kan kepala kerana tidak mahu ada kekecohan di hospital itu.

Balqis kembali duduk setelah Dhia bereaksi begitu. Elisa mulai berbicara dengannya.

"Dhia... Saya datang sini sebab nak saya minta maaf dekat awak. Saya bersalah Dhia, saya reka-reka cerita tentang Firash. Saya minta maaf." Ujar Elisa lalu menangis di hadapan Dhia.

Dhia tergamam dan kaku. Jantungnya berdetak kuat. Rasa bersalah kepada suaminya semakin kuat.

Dhia mengajak Elisa untuk duduk bersamanya lalu Elisa pun menceritakan kebenarannya. Elisa juga memberitahunya bahawa Firash telah memutuskan pertunangan mereka secara rasmi sejak Dhia meninggalkan Firash sebulan lalu.

"Maafkan saya, Dhia..." Elisa tidak henti-henti minta maaf atas penyesalannya. Penyesalannya itu datang kerana dia nampak begitu besar cinta Firash terhadap Dhia. Apa pun yang dia lakukan. Firash tidak mungkin akan jadi miliknya lagi.

Dhia hanya mengangguk dan tersenyum hambar. Dia boleh memaafkan Elisa namun yang terpenting sekarang ini adalah suaminya. Dhia ingin mengetahui bagaimana keadaan Firash.

Doktor keluar dari bilik rawatan dan berkata sesuatu kepadanya.

"Encik Firash dalam keadaan stabil sekarang. Puan boleh berjumpa dengan dia." Kata doktor.

Dhia bergegas bangun lalu mengucapkan rasa syukur. Lantas dia masuk ke dalam bilik rawatan tersebut.

Melihat Firash yang terbaring di atas katil dengan keadaan yang masih tidak sedarkan diri meluluhkan hati Dhia. Dhia berjalan mendekati Firash dan duduk di sisinya. Tangan suaminya digenggam erat. Sudah lama dia tidak menatap raut wajah yang selalu dirinduinya itu.

Dhia mengucup lama tangan Firash. Entah berapa banyak air mata Dhia asyik tumpah sahaja.

"Abang... Bangunlah. Dhia minta maaf sangat dekat abang. Dhia berdosa kepada abang. Dhia tinggalkan abang... Dhia tak ada dekat sisi abang sewaktu abang perlukan Dhia." Rintih Dhia sambil menatap Firash.

Tiba-tiba Firash menggerakkan jarinya dan matanya terbuka perlahan-lahan. Firash sudah sedar lalu menoleh menghadap Dhia.

Berkaca-kaca mata Dhia melihat Firash. Akhirnya Firash sedar jua. Dhia tersenyum.

"Sayang..." Suara Firash memanggilnya perlahan.

"Abang!" Pantas Dhia memeluk Firash. Firash juga memeluk Dhia kembali. Mujurlah keadaan Firash tidak parah. Mereka berdua melepaskan rindu sepuas-puasnya.

Firash meleraikan pelukan lalu menatap dalam ke mata Dhia. Sambil sebelah tangannya diangkat dan menyeka air mata Dhia.

"Jangan tinggalkan abang lagi... Abang tak boleh hidup kalau tak ada Dhia dekat sisi abang. Selamanya abang perlukan Dhia. Maafkan atas kesalahan abang sebelum ini."

Dhia menggeleng perlahan.

"Abang tak salah. Dhia yang salah, Dhia terlalu ikutkan ego, sepatutnya kita harus menghadapi cabaran bersama-sama. Tapi Dhia sanggup tinggalkan abang. Dhia isteri yang jahat." Balas Dhia.

"Tak sayang... Please jangan salahkan diri Dhia. Kita sama-sama perbetulkan keadaan kita ya. Abang sayang Dhia sangat-sangat." Firash membalas kembali.

"Dhia pun sayang abang..." Mereka kembali berpelukan lama. Akhirnya mereka berbaik semula. Semoga selepas ini tiada lagi yang akan mengganggu kebahagiaan mereak berdua.

***

Seminggu selepas kejadian itu, Firash dan Dhia pun kembali ke rumah mereka semula. Hubungan mereka pun pulih seperti sediakala.

Firash mencari kelibat Dhia. Dia berjalan menghampiri bilik mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Dhia memakai tudung di depan cermin.

"Abang, cantik tak Dhia pakai tudung?" Tanya Dhia sambil menggayakan penampilannya di hadapan Firash.

Firash tersenyum manis lalu mengangguk.

Dhia mendekati Firash lalu menyalami tangan suaminya.

"Mulai sekarang, Dhia nak berhijrah. Dhia sedar selama ni Dhia tak menutup aurat dengan sempurna. Doakan Dhia istiqomah ya abang." Kata Dhia.

"Alhamdulillah... Abang happy sangat dengan perubahan sayang. Abang sentiasa doakan yang terbaik untuk kita berdua. Kita sama-sama mencari jalan ke syurga ya." Firash pula berkata sambil mengusap penuh kasih kepala Dhia yang sudah berbalut tudung itu.

***

Dua bulan berlalu,

Sudah genap sembilan bulan Dhia mengandung, kini dia hanya menghitung hari saja untuk melahirkan. Perutnya yang sarat pun menyukarkan Dhia untuk berjalan. Namun petang itu, mereka sudah berjanji untuk pulang ke rumah keluarga mereka.

Dhia berjalan perlahan untuk menuruni tangga. Tiba-tiba Dhia merasakan seperti ada sesuatu yang mencucuk perutnya. Rasa sakit itu semakin lama semakin memuncak.
Dhia tidak dapat menahan rasa sakit lagi.

"Abang!!! Abang!!! Perut Dhia sakit ni bang..." Dhia menjerit kuat memanggil suaminya yang masih belum keluar lagi dari dalam bilik.

Dhia cuba untuk berjalan sehingga ke bawah. Dia merasakan ada sesuatu yang basah menitis ke lantai. Alamak! Air ketuban dah pecah.

"Abang!!!" Dhia menjerit lebih kuat lagi. Terkocoh-kocoh Firash berlari menuruni tangga setelah mendengar jeritan isterinya yang kuat.

"Kenapa ni sayang?" Boleh lagi bertanya si Firash ini.

"Air ketuban dah pecah. Dhia dah nak bersalin ni. Cepatlah abang bawak Dhia ke hospital... Sekarang!" Kata Dhia sambil menahan sakit perutnya itu.

"Ya Allah sayang! Sekejap abang pergi ambil kunci kereta." Firash mulai panik dan ingin menaiki tingkat atas semula.

"Abang! Tu yang kunci kereta dekat tangan abang tu apa!" Dhia memarahi.

Firash menepuk dahinya sendiri. Dek kerana terlalu panik. Dia sehingga lupa bahawa dia sudah memegang kunci kereta.

"Sorry, sorry sayang... Jom kita pergi hospital cepat." Firash segera memapah Dhia perlahan-perlahan umtuk membawa keluar dari kereta.

Sampai sahaja di hospital. Dhia pun bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka sambil ditemani Firash di sisinya. Akhirnya, Dhia selamat melahirkan anak lelaki. Tanpa menunggu lama, Firash mengazankan anaknya. Dhia tersenyum dan menangis air mata kegembiraan.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now