Bab 29

609 29 2
                                    

DHIA memandang wajah suaminya yang nampak agak berlainan pada malam itu. Sejak Firash pulang dari kerja sebentar tadi, suaminya itu kelihatan tidak ceria seperti selalunya. Hati Dhia dipagut rasa sayu.

"Abang..." Sapa Dhia sambil meletakkan tangannya lembut di bahu Firash yang sedang duduk di sofa.

"Eh sayang... Kenapa turun bawah ni? Tak tidur lagi ke?" Tanya Firash. Lamunannya terus terhenti tatkala Dhia menegurnya.

"Belum... Abang ni? Kenapa tak naik atas lagi? Tengah fikirkan apa tu?" Soal Dhia.

Firash menarik lembut tangan isterinya dan dikucup perlahan. Dhia duduk di samping sambil menunggu jawapan darinya.

"Fikirkan sayanglah..." Firash berseloroh.

Dhia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan suaminya. Lantas dia bertanya lagi.

"Ye la tu... Abang, kalau abang ada masalah, share lah dengan Dhia. Dhia kan isteri abang... Kalau Dhia boleh tolong. Insha'allah, Dhia akan tolong."

"Tak adalah sayang... Abang tak ada problem pun. Abang just penat sikit je. Banyak kerja harini..."

Firash tersenyum tipis. Dia tahu isterinya risau melihat dia sedikit bermuram. Mungkin dia tidak patut asyik berfikir soal Elisa itu. Namun, jauh di sudut hatinya bertanya. Apakah Dhia akan mengatakan begitu jika dia mengetahui perkara yang sebenar dia fikirkan.

"Tak apa lah kalau abang cakap macam tu. Tapi, kalau ada apa-apa abang kena bagitau Dhia. Jangan nak sembunyikan apa-apa dari Dhia, okay?" Kata Dhia sambil merenung wajah Firash mendapatkan kepastian.

Firash sedikit cuak apabila Dhia berkata jangan sembunyikan sesuatu darinya. Namun, Firash tetap untuk kelihatan tenang. Dia tidak mahu menambahkan kerisauan Dhia. Tambahan pula, isterinya yang sudah sarat mengandung.

"Okay, sayang." Akur Firash.

Dhia tersenyum manis lalu memaut mesra lengan Firash.

"Jom naik atas!" Ajak Dhia.

"Jom!" Firash menuruti ajakan Dhia. Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik tidur.

Perasaan gelisah sebentar tadi Firash membuangnya jauh-jauh. Dia tidak mahu terlebih memikirkan perkara itu.

***

Dhia yang sedang menuruni tangga itu terkejut apabila mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi. Bertubi-tubi loceng rumah ditekan.

"Siapa pulak yang datang ni." Getus hati Dhia.

"Iya kejap..." Jerit Dhia dari dalam. Dalam fikirannya terfikir mungkinkah keluarganya yang datang ataupun keluarga Firash.

Sambil memegang perutnya yang boyot itu Dhia membuka pintu perlahan-lahan. Tersentak dia apabila melihat wajah seorang perempuan yang tidak dikenali berdiri di depannya.

"Maaf cik... Cik ni siapa ya?" Tanya Dhia.

"Aku Elisa... Boleh aku masuk?" Kata Elisa dengan riak wajah yang agak sombong.

Dalam diam Elisa memerhati wajah dan susuk tubuh Dhia. Boleh tahan cantik orangnya isteri si Firash ini. Tak mustahillah Firash mengakuinya sudah berkahwin.

"Erm... Masuklah cik Elisa. Tapi Firash tak ada dekat rumah. Dia kerja." Pelawa Dhia. Dia berfikir mungkin Elisa ini adalah teman atau saudara kepada suaminya.

Elisa berjalan masuk lantas menempatkan dirinya di ruang tamu rumah mereka.

"Aku datang sini bukan nak jumpa Firash. Tapi aku nak jumpa kau!" Ujar Elisa dengan sinis.

Seketika dia merenung perut Dhia yang kelihatan besar itu. Sakit pula hatinya apabila melihat perempuan itu sudah mengandungkan anak Firash.

Dhia sedikit terkilan dengan bicara Elisa. Sudahlah dia tetamu di rumah ini, namun bicaranya itu seperti tidak beradab dengannya. Dhia mulai berasa jengkel dengan sikap Elisa.

"Baiklah. Awak duduklah dulu. Saya buatkan air sekejap." Kata Dhia. Dia cuba untuk menghilangkan rasa jengkelnya. Walau bagaimanapun, Elisa adalah tetamunya. Mahu atau tak dia harus melayaninya.

"Tak perlulah Dhia. Aku datang sini bukan nak minum. Aku datang sini sebab ada hal yang harus aku bagitau kau."

"Macam mana awak tahu nama saya?" Soal Elisa. Pelik juga apabila Elisa tiba-tiba menyebut namanya.

"Itu tak penting, yang penting sekarang. Aku nak kau dengar apa yang aku nak cakap." Jawab Elisa. Tutur bicaranya masih seperti tadi, berbunyi sinis.

Dhia tidak membantah. Dia lantas duduk di sofa berhadapan dengan Elisa. Menunggu kata-kata yang ingin diluahkan Elisa kepadanya.

"Sebenarnya aku datang sini sebab nak dapatkan hak aku balik." Kata-kata Elisa itu membingungkan Dhia. Tiba-tiba dada Dhia rasa berdebar. Apa yang Elisa ni cuba nak sampaikan?

"Hak? Hak apa?" Soal Dhia dengan wajah yang mula cuak.

"Hak aku sebagai tunang Firash!"

Zupp!!! Hati Dhia bagai direntap saat mendengar Elisa menyebut perkataan tunang Firash. Tak mungkin. Apakah dia salah dengar?

"Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni. Tunang? Awak sedar tak yang Firash tu suami saya..." Balas Dhia perlahan. Dia masih berusaha untuk menenangkan dirinya sedangkan di dalam hatinya sudah bercampur baur perasaannya.

"Aku sedar! Tapi untuk pengetahuan kau, aku tak reka-reka cerita ya... Aku dengan Firash memang dah bertunang. Sejak 4 tahun lepas, sebelum dia kahwin dengan kau lagi." Jawab Elisa dengan yakin. Dia berasa puas apabila melihat wajah Dhia yang tadinya jernih mulai berubah keruh itu.

Dhia tunduk seketika. "Ya Allah, apa semua ni? Abang. Sampai hati abang buat Dhia macam ni. Kalau abang dah tunang dengan Elisa, kenapa abang kahwin dengan Dhia. Kenapa abang tak jujur dengan Dhia selama ni." Rintih Dhia di dalam hatinya. Sungguh hati kecilnya tidak dapat menerima semua itu.

Apabila wajahnya mendongak kembali ke arah Elisa. Dhia mengatakan sesuatu.

"Kalau betul awak tunang dia? Ke mana awak selama ni? Kenapa baru sekarang awak muncul?!" Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Dhia membuatkan Elisa terkedu. Ligat saja otaknya berfikir untuk memberikan alasan kepada Dhia.

"Sebab... Sebab aku pergi ke luar negara. Firash janji dengan aku dia akan tunggu aku balik. Dia cakap, lepas aku balik sini... Dia akan kahwin dengan aku. Sekarang aku dah balik. Tapi aku kecewa bila dapat tahu yang dia dah kahwin dengan kau!" Bohong Elisa. Wajahnya berpura-pura kelihatan sedih.

Mata Dhia mulai berkaca-kaca. Luluh hatinya mendengar pengakuan Elisa. Akhirnya Dhia termakan dengan kata-kata Elisa.

"Jadi betullah awak tunang Firash?" Tanya Dhia dengan hati yang terluka.

Elisa mengangguk.

"Aku dengan Firash tak pernah putus tunang. Dia masih tunang aku, aku akan kahwin dengan Firash."

Dhia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Tubuhnya terasa lemah, hatinya menangis. Marah, sedih, benci semuanya bersatu di dalam hatinya ketika ini. Rasa itu sudah jelas tertuju kepada suaminya, Firash Amsyar.

Hingga Akhir WaktuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora