Bab 25

675 29 2
                                    

DHIA memperhatikan Firash yang sedang khusyuk menghadap laptop dari tadi lagi. Dia berjalan mendekati suaminya.

"Abang tengok cerita korea?" Tanya Dhia yang duduk di sebelah Firash.

"Ha'ah jomlah tengok sekali. Best tau cerita ni sayang..." Balas Firash sambil matanya tertumpu ke arah laptop.

"Cerita apa ni?"

"Full house. Haa tengok ni... Sweet kan. Lawak pulak tu." Tunjuk Firash sambil tertawa apabila melihat babak lucu dalam cerita tersebut.

Dhia tersenyum melihat gelagat Firash.

"Patutlah suami saya ni romantik orangnya.. Rupanya suka layan drama korea." Ujar Dhia.

"Hehe... Mestilah! Lagipun ni cerita favourite abang. Dhia pernah tengok tak?"

"Tak." Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya. Sejak dulu lagi dia jarang melihat drama romantis. Mungkin sebab itulah dia sedikit kasar orangnya tapi bagaimanapun dia tetap seorang perempuan. Kadangkala emosinya tersentuh juga.

"Okay... So sayang kena teman abang tengok drama ni. Boleh?" Pinta Firash. Sengaja hendak meluangkan masa menonton dengan Dhia.

"Okay..." Dhia akur. Walaupun dia bukan penggemar drama korea namun demi Firash, dia menyetujuinya.

Firash tersenyum lantas menarik Dhia dalam dakapannya. Dhia terpana. Namun Dhia rasa bahagia diperlakukan begitu oleh Firash. Dia mulai berasa selesa di samping Firash.

Mereka menghabis masa bersama-sama dengan menonton drama korea.

"Cantiklah Song hye kyo ni." Suara Firash memuji heroin drama korea itu membuatkan mata Dhia mencerlung tajam memandang Firash.

Entah kenapa tiba-tiba hatinya cemburu pula. Padahal Firash cuma memuji pelakon tersebut.

"Yelah... Song hye kyo je cantik. Kalau dah boleh tengok song hye kyo tu, tak pandanglah Dhia ni. " Kata Dhia dengan nada berbaur cemburu.

Firash berpaling apabila Dhia berkata begitu. Tiba-tiba dia tersenyum. Adakah isterinya itu tengah cemburu?

"Sayang jelous eh?" Tanya Firash.

"Mana ada. Tak kuasalah nak jelous... "Dhia menafikan lalu berpeluk tubuh.

Cemburu tapi tak mahu mengaku. Firash berkata dalam hatinya. Dia lekas memaut bahu isterinya dan berkata sesuatu untuk memujuk Dhia.

"Hmm... Tapi abang rasakan, sayang lagi cantik dari Song hye kyo lah."

Dhia mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah Firash.

"Eleh tipu... Abang saja kan nak ambik hati Dhia."

"Iya... Betul, abang tak tipu." Firash berkata lagi.

Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak percayalah..." Balas Dhia.

"Sayang... Mungkin di mata dunia, Song hye kyo paling cantik. Tapi di mata abang... Wanita yang paling cantik adalah Dhia Raihana." Kata Firash sambil menatap mata Dhia yang jernih.

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now