Bab 24

612 31 6
                                    

FIRASH menyarungkan baju yang telah digosok Dhia. Dia tersenyum senang. Dhia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Saat dia menuruni tangga, Firash melihat isterinya yang tersenyum manis.

"Morning abang..." Kekok rasanya memanggil panggilan itu. Tapi Dhia harus membiasakannya.

"Morning sayang... Terima kasih sebab tolong gosokkan baju kerja abang sekali..." Ucap Firash. Dia berjalan mendekati Dhia.

"Sama-sama abang, dah memang tanggungjawab Dhia.. Mulai harini Dhia akan gosokkan baju abang tiap-tiap hari." Balas Dhia lembut dan tersenyum lucu.

Firash tertawa kecil. Bahagia rasanya apabila dilayan dengan baik seperti itu oleh Dhia. Benarlah isterinya sudah berubah.

"Sayang... Tolong ikatkan tali leher abang boleh?" Sengaja Firash meminta Dhia melakukannya.

Dhia dengan pantas mengambil tali leher suaminya. Diambil tali leher berwarna perak. Nasib dia tahu cara memakaikan tali leher. Tidaklah malu untuk dia memakaikannya pada Firash.

Sedang Dhia mengikat tali leher kepada Firash, Dhia perasan akan mata Firash yang melekat kepadanya. Dhia cuba mendongakkan kepalanya.

Dup dap dup dap. Jantungnya berdegup kencang saat bersabung mata dengan Firash. Erk? Kenapa dengan aku ni? Aku dah jatuh cinta dengan Firash ke?

Firash tidak mengalihkan pandangan matanya. Dia tetap memandang mata Dhia yang redup.

Tiba-tiba bunyi telefon berdering dari telefon bimbit Firash meleraikan pandangan mereka. Segera Firash mengangkatnya.

"Sekejap ye sayang." Firash menjawab telefon.

Dhia mengangguk kecil. Dalan hatinya mengucapkan rasa syukur. Nasib baiklah Firash ada panggilan, rasa macam hendak terkeluar sudah jantungnya saat berpandangan dengan Firash tadi. Tak mahu berhenti berdegup semacam.

Firash kembali menghampiri Dhia. Dia tersenyum dan memegang lengan Dhia lembut. Dhia tidak menepisnya seperti dulu lagi.

Dhia berfikir sesuatu. Takkan dia nak keras macam batu saja. Asyik Firash saja yang pandai romantik. Sebagai isteri dia juga harus pandai mengambil hati suaminya.

Lantas Dhia memaut mesra lengan Firash tanpa diduga. Firash tersentak namun hatinya berasa kembang diperlakukan sedemikian.

"Jom... Dhia dah siapkan breakfast." Dhia membuat suara manja. Ajaknya ke meja makan.

"Jom!" Cair Firash mendengar suara manja Dhia. Tidak pernah dia dengar sebelum ini. Baru pertama kali rasanya.

"Sorry... Roti bakar je. As always." Dhia tersengih menuturkan kata-kata itu. Di dalam hatinya tekad untuk belajar memasak lagi.

"It's okay. Roti bakar pun roti bakarlah... Yang penting sayang ada di depan mata abang. Roti bakar pun abang selera nak makan."

Auch! Romantik betul la laki aku ni. Ni yang buat hati semakin tak tentu arah. Dhia tersenyum malu.

Setelah selesai bersarapan bersama-sama. Dhia memaut lengan Firash kembali. Dia berjalan melangkah bersama-sama untuk berangkat ke tempat kerja masing-masing.

Firash akan menghantarnya kembali seperti awal perkahwinan mereka dulu. Walaupun Dhia masih kaku, namun dia tetap berusaha yang terbaik untuk Firash.

Dia ingin tebus semua kesalahannya kepada Firash selama ini meskipun terlalu banyak. Malah rasa kesal itu masih menyelubunginya. Mujurlah Firash sudi memberinya peluang.

***

Zafri masuk ke bilik Firash lalu ternampak Firash yang sedang tersenyum-senyum sendiri.

"Hai... Tersenyum sorang-sorang ni. Ada apa-apa ke?" Tegur Zafri.

"Hmm... Tak ada, cuma aku bahagia je." Balas Firash. Manalah dia tidak senyum. Apabila teringatkan sikap Dhia pagi tadi kepadanya boleh membuatkan dia tidak berhenti senyum terus.

"Amboi... Kemain eh. Dhia dah boleh terima kau ke?" Tanya Zafri. Namun dia turut tumpang bahagia jika temannya itu sudah bahagia bersama isterinya.

"Alhamdulillah... Hikmah daripada apa yang berlaku. Akhirnya Dhia dah boleh terima aku. Dia dah tak keras hati macam dulu..." Beritahu Firash.

"Baguslah... Kalau tak, monyok je muka kau aku tengok. Tak lama lagi jadi pakcik la aku!" Usik Zafri. Sengaja hendak melihat reaksi Firash.

"Ish kau ni..." Firash tergelak kecil. Dia tahu Zafri sekadar mengusiknya.

***

"Dhia..."

Dhia berhenti membuat kerjanya apabila mendengar seseorang manggilnya.

"Eh Balqis!" Dhia segera mendekati Balqis dan memeluk sebentar. Teremosi pulak dia.

"Aku bersyukur sangat kau dah selamat Dhia. Risau sangat aku dengan kau beb."

"Alhamdulillah... Nasib Firash ada. Kalau tak, aku tak taulah apa jadi pada aku..." Ujar Dhia.

Mata Dhia sedikit berkaca. Mengingatkan momen hitam itu membuatkan dia takut tapi dia tidak perlu khawatir lagi kerana semuanya sudah selesai.

Balqis tersenyum.

"Kau dah berbaik dengan Firash?" Tanya Balqis.

Dhia mengangguk.

"Aku nak tebus semua kesalahan aku pada dia, Qis. Aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri yang baik. Aku dah sedar yang selama ni perbuatan aku salah. Betul cakap kau, aku tak patut buat dia macam tu dulu..."

Balqis memegang tangan Dhia dan cuba untuk menenangkan temannya.

"Syukurlah kalau kau dah sedar.. Sudahlah Dhia, yang berlalu tu biarkanlah. Sekarang kau dah ada peluang untuk memperbaiki segala kesilapan kau kan? Gunakan sebaik mungkin..." Balqis memberikan nasihat.

Dhia tersenyum. Dia mengangguk dan menyetujui kata-kata Balqis. Benar. Dia akan memperbetulkan kesilapannya yang lalu dan menggantikannya dengan lebih baik.








Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now