Blurb

2.9K 102 30
                                    

Dhia Raihana tidak lagi mempercayai cinta setelah terpalit dengan kisah silam yang pahit menyebabkan dia sukar untuk menerima seseorang di dalam hidupnya.

Firash Amsyar sudah lama menyimpan perasaan kepada Dhia sejak di bangku sekolah lagi. Firash ingin memperisterikan Dhia apabila mendapat tahu bahawa Dhia belum menjadi milik orang.

Keluarga Firash datang meminang Dhia, keluarga Dhia pula menerima pinangan tersebut menyebabkan Dhia terperangkap dengan perkahwinan tanpa rela.

Firash menerima Dhia dengan hati yang terbuka untuk menjadi isterinya namun tidak bagi Dhia. Firash tak mungkin ada di dalam hatinya. Namun, perkahwinan tanpa rela itu terpaksa Dhia bersetuju.

"Kau jangan ingat aku setuju nak kahwin dengan kau, aku akan cintakan kau! Jangan mimpi, Firash!" - Dhia Raihana

"Biarpun awak tak cintakan saya, saya akan tetap cintakan awak.. Dhia." - Firash Amsyar.

Suatu hari, di saat Dhia membuka ruang untuk hatinya menerima Firash, muncul Elisa yang mengaku sebagai tunang Firash menggugat rumah tangga mereka.

Aku dengan Firash tak pernah putus tunang. Dia masih tunang aku, aku akan kahwin dengan Firash." - Elisa

Dhia kembali terluka, dia merasakan seperti telah ditipu hidup-hidup oleh Firash. Mengapa ketika dia mula mencintai Firash, lelaki itu tidak jujur dengannya.

"Kau tunjuk baik depan aku tetapi sebenarnya kau hanyalah seorang pendusta. Aku benci kau!" - Dhia Raihana

Dhia pergi membawa diri meninggalkan Firash. Firash setia mencari isterinya namun Dhia sukar untuk ditemui. Firash pasrah, dia tetap menunggu kepulangan Dhia, Firash tidak sanggup kehilangan Dhia. Dia rela menanti isterinya hingga ke akhir waktu. Akankah Dhia kembali kepada Firash?

Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now