Bab 22

605 30 8
                                    

FIRASH berbual-bual dengan Balqis di tempat kereta Dhia ditinggalkan. Balqis memberitahunya sesuatu mengenai Dhia.

"Tadi, Dhia ada mesej saya. Dia bagitau yang kereta dia rosak dan dia cakap dia call awak tapi awak tak jawab."

"Saya terlalu busy tadi sampai tak sempat tengok handphone. Saya tak sangka pulak Dhia akan call saya..." Balas Firash.

Balqis mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Jadi Dhia memang tak ada dengan awak sebelum tu?" Tanya Firash sambil memandang Balqis.

"Tak... Lepas je habis kerja saya terus balik ke rumah. Bila dia mesej saya, saya datang ke sini. Tapi dia tak ada pulak. Cuma tinggal kereta dia je. Saya pun pelik, sebab tu saya call awak." Jelas Balqis kepada Firash.

Firash mengeluh perlahan. Fikirannya bercelaru saat ini. Di manakah dia harus mencari Dhia?

***

Terasa mukanya disimbah dengan air membuatkan Dhia terjaga dari tidurnya. Dhia terus tersedak. Peritnya lagi apabila air itu masuk ke dalam hidung.

Hariz tersenyum sinis. Puas apabila melihat Dhia dalam keadaan begitu.

"Nak lagi?" Soal Hariz dengan senyuman sinis di bibirnya.

Dhia diam tidak berkutik. Hanya matanya merenung tajam ke arah Hariz.

Hariz ketawa pula. Lagaknya seperti seorang psiko sekarang ini. Bukan lagi lelaki yang pernah Dhia kenali dulu.

Tiba-tiba Hariz mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Telefon bimbit Dhia. Ditayangkan telefon itu di hadapan Dhia.

"Bagi balik handphone aku!!!" Jerit Dhia.

"Boleh. Kalau kau nak balik handphone kau. Kau kena dengar cakap aku." Kata Hariz yang tengah berdiri di hadapan Dhia.

"Apa kau nak?" Soal Dhia keras.

"Aku nak kau cerai dengan Firash!" Kata-kata Hariz itu membuatkan mata Dhia terbuntang. Bagaimana Hariz boleh tahu tentang Firash?

"Aku tak faham apa kau cakap." Dhia menafikan.

Hariz tergelak kecil. Ketawa yang menjengkelkan pada pendengaran Dhia.

"Kau jangan nak pura-pura tak faham la perempuan! Aku dah lama tahu yang kau dah kahwin. Aku tahu Firash tu laki kau!"  Hariz bersuara lantang. Matanya mencerlung tajam ke wajah Dhia.

"Kalau kau tau sekalipun. Apa hak kau suruh aku dengan dia bercerai?!"

"Okay.. Kalau kau taknak cerai dengan dia. Lebih baik aku bunuh je dia terus. Senang!" Hariz berkata kejam.

Dada Dhia berdetak kuat. Tidak! Dia tidak akan membiarkan Hariz membunuh Firash.

"Jangan Hariz!!! Jangan. Tolong jangan libatkan Firash dalam hal ni. Dia tak bersalah." Dhia terpaksa merayu kepada Hariz.

Hariz bengang. Dia mendekati Dhia pantas menarik kuat rambut panjang Dhia. Dia mengerang sakit. Sakit sekali apabila rambutnya ditarik sedemikian.

"Kalau kau taknak dia mati. Dengar cakap aku. Faham!!!" Hariz memekik di telinga Dhia.

Air mata Dhia mengalir laju. Tidak berdaya menahan kesakitan. Tindakan Hariz membuatkan dirinya semakin ketakutan.

***

Firash sudah balik ke rumahnya. Tidak henti-henti dia memikirkan tentang keadaan Dhia. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa supaya isterinya selamat walau di mana pun dia berada.

Firash menyemak telefon bimbitnya. Ada satu mesej yang tidak dibaca. Cepat saja dia membukanya lalu terkejut apabila mesej itu daripada Dhia.

Aku nak kau ceraikan aku sekarang!

Hatinya dipagut rasa pilu. apabila membaca ayat mesej itu. Benarkah itu mesej daripada Dhia. Tapi nombor itu memang milik isterinya.

Firash berasa seperti sesuatu yang tidak kena. Tidak mungkin Dhia akan meminta cerai secara tiba-tiba dengan menghantar mesej kepadanya seperti ini. Dia dapat merasakan mesej itu bukan dari isterinya.

Firash membalas mesej tersebut. Dia harus menyiasat perkara yang sebenar.

Baiklah. Abang akan ceraikan Dhia tapi abang nak jumpa Dhia dulu.

Firash menanti balasan mesej itu. Mesej itu dibalas. Cepat-cepat Firash membukanya.

Ok. Nanti aku sent location.

Firash menarik nafas dan menghembusnya. Cuba menenangkan hatinya yang gelisah.

***

Hariz menunjukkan mesej itu di hadapan Dhia dengan senyuman kemenangan.

"Tengok ni! Laki kau setuju nak ceraikan kau. Tak sia-sia aku mesej dia. Kesian kau Dhia. Tak apa, aku kan ada..."

Dhia menelan rasa hatinya yang pahit. Dia tak percaya. Mesti ada sebab kenapa Firash bersetuju.

Lelaki itu takkan sewenang-wenangnya menceraikan dia. Sedangkan sebelum ini, sudah berkali-kali dia meminta cerai kepada Firash. Firash tidak pernah bersetuju, Dhia masih ingat kata-kata Firash bahawa walau apa pun yang terjad, Firash tidak akan menceraikannya.

Malam itu,

Dhia menunggu di halaman rumah kosong itu sambil diperhatikan secara senyap. Ikutkan hatinya memang nak saja dia lari.

Tapi Dhia tahu Hariz pasti akan dapat mengejarnya juga memandangkan tubuhnya tidak ada tenaga sekarang ini. Dhia berasa lemah.

Firash datang sendirian dengan keretanya. Dia berasa senang apabila melihat wajah Dhia namun dia hairan mengapa Dhia kelihatan serabai. Wajahnya nampak pucat sekali.

"Dhia." Panggil Firash.

"Firash..." Sebaik saja ternampak wajah Firash yang dia rasakan saat ini adalah dia sangat ingin memohon semua kesalahannya terhadap Firash. Terus terlupa dengan arahan Hariz kepadanya.

"Hesy!!! Perempuan ni. Aku suruh dia mintak cerai... Boleh pulak dia buat drama dekat situ. Tak boleh jadi ni." Hariz mendengus. Dia tidak boleh menahan sabar lagi lalu dia keluar dari rumah kosong itu dan menghadap mereka.

"Hoi!!! Kau buat apa lagi tercegat dekat situ. Mintak la cerai dengan dia."

Dhia tersentak begitu juga dengan Firash. Apa yang sudah berlaku ni?

"Kau siapa?!" Soal Firash.

"Banyak tanya pulak mamat ni." Hariz merungut. Tiba-tiba dia mengeluarkan pistol di poketnya lalu menyambar kuat tangan Dhia. Pistol itu diacukan di kepala Dhia. Firash terkejut.

Tubuh Dhia menggigil. Sungguh dia ketakutan sekali waktu ini.

"Lepaskan isteri aku!!!" Firash meluru ke arah Hariz.

Tidak semena-mena terdengar bunyi tembakan pistol bergema di kawasan itu.

"Firash!!!"



Hingga Akhir WaktuWhere stories live. Discover now