BAB 33 | SEMPURNA

Start from the beginning
                                    

•¤•


















PEJABAT milik Fahrin itu dimasuk dengan langkah yang perlahan. Segenap ruang itu diperhatikan. Cantik dan besar tetapi agak bersepah! Tidak sangka pula lelaki ini pemalas!

Terdapat banyak fail yang tidak disusun dengan baik. Begitu juga kertas-kertas kerja dan buku-buku. Masih terdapat kotak yang belum dibuka lagi.

"Baiklah. Hukuman kau yang pertama ialah, kau kena kemas bilik aku ni," ujar Fahrin sambil menyilangkan tangan ke dada. Tubuhnya disandarkan ke meja. Lagak seperti Fasha melakukan kesilapan yang besar pula!

"Haa? Semua ni?" kata Fasha dengan terkejut. Fahrin hanya senyum sinis.

"Kenapa? Kau nak tendang aku dan lari lagi ke?" kata Fahrin. Keningnya diangkat bersama senyuman nakal. Fasha terus menggigit bibir dan memandang geram.

"Mana ada!"

"Boleh je kalau kau nak buat. Mungkin kau suka kedudukan kita tadi," ujar Fahrin. Fasha terkedu. Mukanya mula memerah. Silapnya kerana menendang lelaki itu!

"Apa awak merepek ni! Pervert!" kata Fasha tanpa memandang Fahrin. Tangan disilangkan ke dada. Ish! Menyampah!

"Oh ye ke?" Perlahan-lahan kaki Fahrin mengorak langkah mendekati Fasha. Gadis itu sudah cuak. Selangkah Fahrin ke depan. Selangkah di ke belakang.

"Apa awak buat ni! Ini bukan novel lah!" ujar Fasha. Sedang dia asyik berundur, tubuhnya sudahpun tersandar ke dinding. Semakin cuak muka Fasha apabila melihat senyuman Fahrin.

"Kau kata aku pervert? Macam mana pula dengan kau? Bukan ke kau yang goda aku selama ni, hm?" ujar Fahrin. Matanya tepat memandang Fasha. Kedudukan mereka sudahpun rapat. Fasha terus menutup mukanya yang sudah merah itu dengan tangan.

"Kalau awak buat apa-apa pada saya, saya jerit!" ugut Fasha.

"Tahu pula kau nak malu. Aku ingatkan kau ni jenis perempuan tak tahu malu," ujar Fahrin. Bunyi tapak kasut lelaki itu kedengaran menjauh. Terus Fasha menurunkan tangannya. Dia menghela nafas lega.

"Baik kau kemas cepat. Fail letak dekat satu tempat, buku-buku dan kertas kerja pun letak di satu tempat. Senang aku nak cari nanti," ujar Fahrin.

"Kenapa awak tak kemas sendiri? Pemalas!" jeling Fasha. Tubuh dipeluk.

"Aku baru je jadi pensyarah kat sini. Tambah-tambah lagi aku sibuk. Mana sempat nak kemas," kata Fahrin lagi. Fasha hanya mengangguk.

"Baik, boss!" kata Fasha bersama tabik hormat. Fahrin terus menepuk kepala Fasha perlahan. Lagak seperti mereka sangat mesra dan rapat.

"Bagus bagus. Nanti aku datang balik. Kalau aku duk sini, tak pasal-pasal kau goda aku lagi," ujar Fahrin dengan sinis.

Pintu pejabatnya dibuka lalu dia terus keluar. Fasha hanya mengetap bibir. Tidak lama kemudian, bibirnya terus mengukirkan senyuman. Alahai, bahagia!

Entah mengapa dia berasa sangat bersemangat untuk mengemas! Seperti dia pula isteri yang akan menguruskan hal rumahtangga lelaki itu. Sedang dia ralit berangan, bunyi notifications menerpa ruang telinga.

Segera dia mencari arah bunyi telefon tersebut. Pasti itu telefon Fahrin! Fail-fail yang berselerak di atas meja diangkat satu persatu. Akhirnya, jumpa juga! Telefon pintar itu segera diambil lalu dibuka. Tidak ada password!

Terus Fasha mendail nombor telefonnya. Tidak lama kemudian, kedengaran lagu Boy With Luv memenuhi ruang pejabat itu. Fasha terus mematikan panggilan. Akhirnya, dia dapat nombor telefon Fahrin!

Bunyi pintu dipulas membuatkan Fasha menggelabah. Terus dia meletakkan telefon itu semula lalu dia berpura-pura mengemas.

"Kau ada nampak tak telefon aku?" tanya Fahrin yang baru masuk. Fasha terus mengangkat bahu.

"Entah. Awak letak di mana?" Fahrin terus datang dekat dengan meja. Fail-failnya diangkat.

"Ok. Inipun dia. Aku pergi dulu," ujar Fahrin kemudian berlalu pergi.

Setelah itu, Fasha terus mengeluarkan telefon pintarnya. Dia tersenyum nakal. Nombor jejaka itu ditekan. Fahrin yang sudah sampai di tempat parking kereta itu terus memandang telefonnya. Dahinya mula berkerut pelik.

'Nombor siapa pula ni?' Dengan perasaan ragu-ragu, butang hijau ditekan. Telefonnya diletakkan ke telinga.

"Maaf. Siapa ni?" Kedengaran suara gadis itu seperti menahan ketawa. Sekejap! Suara ini macam kenal!

"Tak kan dah tak kenal. Saya Fasha lah," kata Fasha. Setelah itu, mata Fahrin terus membesar.

"Ok bye, Fahrin. Sayang awak!" Panggilan segera dimatikan. Terus Fahrin memandang skrin telefonnya. Sudah! Perempuan ini buat hal lagi!















BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now