"Nah. Beri pada Fasha. Dengan surat ni sekali," ujar lelaki itu. Surat yang dilipat kemas diberikan bersama sebuah beg kertas hitam.

"A-apa ni?" tanya Nazmi sambil menjenguk ke dalam beg kertas itu. Lelaki itu terus mengetuk kepala Nazmi. Nazmi mengaduh sakit.

"Tak payah tahu. Beri je kat dia"

"Hmm... Ye-yelah, " ujar Nazmi dengan muka yang masam.

"Dahlah. Aku pergi dulu. Ada hal," ujar jejaka itu. Nazmi hanya menggangguk. Langkah lelaki yang bernama Tengku itu diperhati sehingga kelibatnya menghilang.






















•¤•























FASHA menguap lalu menggeliat kecil. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui jendela membuatkan dia terus membuka matanya secara perlahan-lahan.

Dia bangun dari pembaringan. Matanya dipisat-pisat supaya mamai dan ngantuknya terus menghilang. Pandangannya jatuh pada jam di meja belajar. Pipinya digaru. Baru pukul 9:20 pagi.

Baru sahaja dia mahu sambung tidur, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada nota yang sudahpun dia setkan lebih awal. Pintu pintarnya yang berada di atas meja segera diambil. Matanya terus terbuntang besar apabila melihat setiap perkataan yang dipaparkan di skrin telefon Iphone nya itu.


Yeayy! Hari ini ada kelas dengan Fahrin pada pukul 9:30!

Fasha terkejut bukan main kepalang. Segera dia menyelak selimut lalu jam di meja belajarnya diambil. Sudah pukul 9:23 pagi! Rambutnya terus digenggam. Dia sudahpun menggelabah!

"Arghh! Aku dah lambat! Matilah aku!" jerit Fasha dengan lantang. Dia segera berlari dan terus masuk ke dalam bilik air. Sempat lagi tualanya dicapai.


























•¤•

























FASHA berlari sepantas kilat dan sepenuh hatinya. Dia bertekad untuk segera sampai. Jam di pergelangan tangannya dipandang. Sudah pukul 9:50! Sudahlah jarak biliknya dengan dewan kuliyyah jurusan undang-undang jauh!

Mata-mata yang memerhatikannya dibuat tidak peduli sahaja. Pandai-pandailah mereka faham yang dia sudah lambat! Pensyarah yang bernama Fahrin itu pula bukannya ada hati perut! Memang habislah dia!

Tidak semena-mena, buku yang dipegangnya jatuh bertaburan. Terlopong mulut Fasha dibuatnya. Ini lagi satu masalah! Dia segera menunduk lalu mencapai bukunya satu persatu.

Namun, dia agak terkejut apabila melihat ada tangan lain yang turut membantu. Terus dia menaikkan pandangan. Zairul hanya tersenyum lalu memandang buku yang dipegangnya. Fasha terkejut.

"Jadi, awak ambil jurusan undang-undang ye. Nak jadi peguam ke?" tanya Zairul. Fasha terus merampas buku yang dipegang Zairul itu.

"Ya. Tapi, saya tak boleh nak bersembang lama-lama dengan awak di sini. Saya dah lambat ni," ujar Fasha dengan resah. Zairul hanya mengangguk.

"Ohh ye ke. Nanti ada masa, kita berbual," ujar Zairul. Fasha mengangguk.

"Ya. Baiklah. Terima kasih tolong saya!" ujar Fasha. Zairul hanya memandang bersama senyuman. Fasha terus berlari. Dia memang dah lambat!

Setelah dia bertungkus-lumus berlari, hanya tinggal 100 meter sahaja lagi, dia akan tiba di dewan kuliyyah. Namun, kelibat Nazmi yang menghalangnya membuatkan lariannya terus terhenti.

"Apa awak buat ni? Saya dah lambat lah!" marah Fasha. Lelaki itu segera ditolak dengan kasar.

"Ehh tu-tunggu!" jerit Nazmi si budak nerd itu. Namun, jeritannya langsung tidak membuatkan Fasha peduli walau sedikitpun. Yang ada di kepala Fasha hanyalah 'dia sudah lambat!'.

Akhirnya, setelah dia berlari bermati-matian ke sini, dia tiba juga di hadapan pintu kuliyyah ini. Fasha menarik nafas lalu dihela perlahan. Dia resah. Hatinya berasa berdebar.

Agaknya, apakah reaksi lelaki itu apabila melihat dia lambat ya? Marah atau dia akan maafkan sahaja sebab ini baru kesalahan pertama?

'Nak masuk atau tak ye? Tapi, kalau dia tidak masuk, lagilah mamat itu marah! Baik dia masuk! Ya! Kuatkan semangat Fasha! Senyum! Dengan senyuman, mana tahu dia tak jadi marah?'


Hati dan fikirannya mula berperang antara satu sama lain. Dia buntu! Baru sahaja dia ingin membuka pintu, kedengaran namanya dilaung kuat oleh Nazmi.

"Fa-Fasha!"

Fasha terus menepuk dahi. Terus dia memberikan isyarat kepada Nazmi agar senyap. Mata dijegilkan. Terus langkah Nazmi terhenti. Dia terkejut. Riak wajah Nazmi yang seperti baru sahaja nampak hantu itu dipandang hairan.


"Kau kenapa tengok aku macam tu?" tanya Fasha. Hairan. Nazmi terus menunjuk ke belakang Fasha. Fasha pula semakin berdebar. Dia terus berpaling.

"Baru sampai?" tanya Fahrin sambil berpeluk tubuh. Badan disandarkan ke dinding. Wajah Fasha usah dikatakan. Terkejut beruk! Dia hanya mampu menunduk dan tersengih. Pipinya digaru perlahan. Memang habislah dia!


"Err ya," jawab Fasha.

"Cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa?" tanya Fahrin. Fasha terus mengerling jam di pergelangan tangannya.

"Pukul 10," kata Fasha perlahan. Fahrin terus mendekati Fasha. Gadis yang sedang menunduk itu dipandang.

"Aku akan maafkan tapi..." Ayat Fahrin sengaja digantungkan. Fasha terus memandang.

"Tapi? Tapi apa?" tanya Fasha dengan wajah yang polos. Fahrin terus senyum sinis.

"Just wait for my punishment," bisik Fahrin ke telinga Fasha. Fasha terus meneguk air liur yang terasa kelat. Habislah dia! Mati! Mati!

"Dah. Pergi masuk!" arah Fahrin. Fasha terus masuk ke dalam. Mata para pelajar yang memandangnya tidak diendahkan. Mata Fahrin terus beralih arah memandang Nazmi.

"Yang kau tercegat di sini lagi kenapa? Pergilah," kata Fahrin. Apa lagi, Nazmi terus berjalan pergi dari situ.

Setelah itu, Fahrin terus masuk ke dalam. Fasha yang memandangnya turut dipandang. Tidak lama kemudian, bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Manakala, Fasha hanya memandang. Geram!

'Mentang-mentang dia pensyarah! Macam manalah dia boleh suka mamat ni! Ergh!'






















Haishh. Lenguh tangan aku menulis ni. Tapi tak sangka dah bab 32 enn. Hehe

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now