BAB 29 | ORIENTASI

Start from the beginning
                                    

"Siapa suruh dia cari pasal dengan saya. Kalau nak tahu, saya ni dulu penolong ketua pengawas yang garang dan tegas tau," ujar Fasha.

"Tapi pelik juga. Kenapa dia macam bencikan awak ye? Tiba-tiba je," tanya Wardina.

Fasha terus berhenti makan. Dia pun tidak tahu kenapa. Sejak minggu pertama dia di sekolah itu, Sarah tiba-tiba sahaja membencinya. Katanya, Fasha tidak layak untuk bahagia! Fasha selalu rampas semua perkara yang gadis itu mahukan!

"Baiklah, pelajar semua. Minggu lepas, pasukan bola jaring sekolah kita berjaya mendapat tempat pertama dalam peringkat kebangsaan! Dan dengan ini, saya ingin mengumumkan atlet terbaik dalam sukan ini adalah..."

Semua pelajar yang berada di dalam dewan itu mula berdebar-debar. Sarah menunggu dengan penuh pengharapan. Dia sangat yakin yang dia akan berjaya. Prestasinya juga sangat baik.

"Fasharina Haura Binti Tan Sri Hairul!"

Sorakan dan tepukan daripada seluruh warga sekolah mula bergema. Fasharina segera naik ke atas pentas bersama senyuman bangganya. Terus pudar senyuman Sarah.

Namun, bukan itu sahaja. Dia selalu kalah dengan Fasha yang sentiasa mendapat tempat pertama dan dia pasti akan menjadi yang kedua dalam bidang akademik. Baginya, itu sangat tidak adil!

Dendam dan hasad dengkinya mula memainkan peranan. Merosakkan setiap salur darahnya dengan dendam dan benci yang sudah sebati. Akhirnya, hatinya juga turut mati, tidak akan terasa 'sakit' dengan dosa walaupun dicelup ke dalam lautan api.









•¤•










"ASSALAMUALAIKUM, semua. Nama saya Hafiz. Awak semua boleh panggil Abang Hafiz. Abang yang akan mengetuai orientasi selama dua hari ni. Sebelum kita bermain, kita akan bahagikan awak semua kepada beberapa kumpulan," ujar lelaki yang berkopiah itu selaku fasilator. Kertas-kertas kecil mula diedarkan. Terus Fasha dan Wardina mengambil kertas mereka.


"Awak dapat kumpulan nombor berapa? Saya lima," tanya Wardina sambil mengerling ke arah kertas Fasha.

"Oh... Nombor dua," kata Fasha. Kertas kecil yang bernombor itu ditunjukkan. Wardina mencebik.

"Ala.. Tak dapatlah duduk sekali," ujar Wardina. Fasha hanya senyum.

"Baiklah. Sila bergerak ke kumpulan masing-masing. Bagi setiap kumpulan, akan ada pensyarah yang akan menjadu ketua. Kumpulan pertama adalah Pn. Syazwina. Kumpulan kedua adalah Sir. Fahrin. Kumpulan... "

Mendengar sahaja nama itu, Fasha terus senyum lebar. Haishh... Adakah ini jodoh?


"Baiklah. Sila bergerak ke kumpulan masing-masing," ujar Abang Hafiz. Fasha terus bergerak ke kumpulan nombor dua. Pandangannya jatuh pada seseorang. Dia mencebik.


"Kenapalah aku selalu sangat terserempak dengan minah ni!" kata Fasha. Sarah dipandang tajam.

"Baiklah. Semua ahli kumpulan dua, sila datang ke sini!" ujar satu suara yang amat dia kenali. Fasha segera meluru bersama senyuman yang lebar. Dia duduk di atas kerusi. Berdekatan Fahrin.

Kehadiran Fasha membuatkan Fahrin terkejut. Terus dia menggaru pipinya. Kertas yang berada di tangan dipandang.

'Aduh... Perempuan ni lagi,' bisik hati kecil Fahrin.

Fasha hanya senyum melihat reaksi lelaki itu. Matanya mula meliar memandang ahli-ahli kumpulannya. Kelihatan Nazmi turut tidak sengaja memandangnya. Fasha menjeling tajam. Terus lelaki nerd itu menunduk.

Matanya jatuh pada wajah tampan Zairul. Lelaki itu mengenyitkan mata sambil tersenyum nakal. Fasha hanya senyum nipis. Agak tidak selesa. Sarah dipandang. Kelihatan gadis itu memerhatikan Fahrin bersama senyuman. Dan itu membuatkan Fasha berasa geram!

'Jangan kata dia pun suka Fahrin! Ergh!'

"Baiklah. Assalamualaikum. Biar saya perkenalkan diri saya dulu. Nama saya Fahrin. Awak boleh panggil saya Sir. Fahrin."

"Kalau panggil abang tak boleh ke?" ujar Sarah. Fasha terus memandang tajam.

'Ish! Perempuan ni kan!'

"Saya guru awak. Bukannya abang awak. Jadi, sila panggil saya Sir. Fahrin sahaja," kata Fahrin dengan tegas. Sarah terus menunduk.

'Ambil! Padan muka!' Monolog Fasha bersama senyuman. Terasa mahu ketawa pun ada! Fahrin memandang Fasha. Kelihatan gadis itu sedang menahan ketawa. Dahinya berkerut. Apa yang kelakar pun tidak tahu.


"Awak di sebelah kanan saya ni, boleh perkenalkan diri?" Fasha tersentak. Fahrin yang tersenyum senget dalam diam itu dipandang. Dia hanya mengangguk.


"Hai. Nama saya Fasharina Haura Binti Tan Sri Hairul. Selamat berkenalan," kata Fasha. Fahrin dipandang dengan ekor mata. Kelihataan lelaki itu menguap. Fasha mengetap bibir. Geram!

"Next."

Fasha terus memandang Fahrin dengan pandangan yang tajam. Lelaki itu hanya senyum dan mengangkat kening. Lagaknya seperti kata 'apa?'.






































Aku tak tahulah U ada orientasi atau tak. Sbb aku pun baru sek men. Thn dpn baru nk form 5. Huhu. Btw, sorry kalau story x brp best. Sbb masih blum masuk bahagian yg mcm konflik-konflik lagi. 😌

Hamba berharap tuan hamba dapat tekan butang bintang tu ye.

04.07.2020

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now