BAB 27 | MR. TENGKU

Začít od začátku
                                    

•¤•











SEDANG Fasha bergerak ke arah asramanya, dia disapa oleh seorang pelajar nerd lelaki yang berkaca mata tebal. Budak lelaki tertunduk-tunduk. Fasha hanya mengerling.

"Awak nak apa?" tanya Fasha dengan dingin. Tangan disilangkan ke dada. Taman di sebelahnya dipandang. Jelik melihat lelaki itu! Ketinggian jejaka itu juga lebih rendah daripadanya. Memang bukan cita rasa dialah!


"Err... Sa-saya a-ada... "

"Ish! Cakaplah betul-betul! Buang masa je. Tergagap-gagap!" jerkah Fasha. Lelaki di hadapannya itu dipandang tajam. Pasnya dikerling.

"Ma-maaf," ujar lelaki itu. Tergagap-gagap.

"Nama you Nazmi?" tanya Fasha sambil memandang pas lelaki itu.

"Ma-macam mana awak tahu nama saya?" tanya Nazmi bersama sengihan malu-malu kucing. Fasha menjeling. Naik menyampah dia dibuatnya!

"Apalah kau bengap sangat! Kalau tak, apa fungsi nama kau pada pas tu!" kata Fasha. Pas lelaki itu diambil lalu ditunjukkan di hadapan Nazmi. Terus pudar senyuman jejaka nerd itu.

"Dahlah! Kalau awak tak nak cakap apa-apa, saya pergi dulu!" kata Fasha lagi.

"Tu-tunggu!" Nazmi segera berlari di hadapan Fasha. Menahan gadis itu daripada pergi.

"Ish! Awak nak apa lagi? Jangan kacau saya boleh tak!" marah Fasha.

Nazmi hanya menunduk. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket kamejanya. Surat yang telah dilipat kemas itu segera diberikan kepada Fasha. Namun, Fasha tidak segera mengambil. Wajah Nazmi dan surat misteri itu dipandang hairan.

"Apa ni?"

"Err... Se-sebenarnya, a-ada orang ba-bagi. Dia su-suruh saya bagi kat a-awak," ujar Nazmi sambil menunduk. Tidak berani memandang Fasha yang diibaratkan seperti singa ini.

Fasha terus mengambil surat itu dengan kasar. Nazmi terus berlalu pergi dari situ. Kecut perut dia dibuatnya! Setelah lelaki itu pergi, Fasha segera membuka lipatan surat tersebut. Tulisan itu merupakan tulisan tangan. Namun, ia masih cantik dan nampak kemas. Surat itu dibaca.

Kaulah bidadari saat pertama kali kita berjumpa.

- Mr. Tengku

"Mr. Tengku?" Sepotong nama itu dibaca perlahan. Kawasan sekelilingnya itu terus diperhati. Mana tahu ada yang berani menghendap. Boleh jadi, dialah lelaki di sebalik gelaran ini.

'Jangan-jangan, budak nerd tadi rupanya Mr. Tengku! Ehh tapi, nama dia tak ada Tengku pun tadi. Siapa lelaki ni sebenarnya?'

Sedang dia ralit berfikir, matanya jatuh pada seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada kereta. Bibirnya terus tersenyum lebar. Jejaka itu segera didapatkan.

"Fahrin!" sergah Fasha di hadapan lelaki itu. Lelaki itu kelihatan jelas terkejut. Terus dia beristighfar perlahan. Muka gadis di hadapannya itu dipandang. Macam kenal.

"Maaf? Saya kenal awak ke?" tanya Fahrin dengan berhati-hati.

"Apalah, ni saya. Fasharina Haura," kata Fasha bersama senyuman manisnya. Fahrin tergamam. Tidak semena-mena dia ketawa.

"Hahaha! Awak cuba buat lawak ke? Tak mungkin awak Fasha!"

"Ish! Betullah! Saya Fasharina Haura binti Tan Sri Hairul. Anak saudara awak pun nama Fasha," kata Fasha lagi. Ketawa Fahrin terus mati.

"Fasha? Kau biar betul? Apa kau buat di sini!" tanya Fahrin. Lelaki itu masih terkejut dengan penampilan Fasha yang sudah bertudung litup itu. Jelas sangat berbeza daripada sebelum ini.

"Saya belajar di sinilah. Apa lagi." Fahrin terus menjongketkan kening lalu dia tersenyum senget. Tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Kau sengaja ikut aku ke?" tanya Fahrin.

"Apa salahnya. Bolehlah kita berjumpa selalu kan?" kata Fasha dengan nada yang manja. Fahrin terus melarikan matanya. Dia berpura-pura membetulkan tie kameja sambil melihat pantulannya pada cermin kereta.


Tidak semena-mena, matanya jatuh pada sehelai kertas yang jatuh dari genggaman tangan Fasha. Segera kertas itu diambil lalu dibaca. Fasha sudah menggelabah. Dia cuba untuk mengambil kertas itu semula. Namun, Fahrin segera menghalang.

"Kau bercinta ke? Nak aku dimerit kau? Kau ke sini, bukannya nak bercinta. Tetapi, belajar," kata Fahrin dengan tegas.

"Ehh? Mana ada! Ada orang bagi surat tu pada saya. Kalau dia suka saya pun, saya tak kan terima," kata Fasha.

"Bagus bagus. Kalau aku dapat tahu kau langgar peraturan, aku akan beri kau hukuman. Ingat tu," kata Fahrin. Jejaka itu terus berlalu pergi.

"Bagus bagus. Kalau aku dapat tahu kau langgar peraturan. Aku aku akan beri kau hukuman. Ingat tu," ajuk Fasha. Naik geram dia dengan Fahrin!

"Aku boleh dengarlah!" kata Fahrin tanpa menoleh ke belakang. Fasha terkejut. Terus dia menutup mulut.

Alamak!



















VOTE 😛

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Kde žijí příběhy. Začni objevovat