15 | UNKNOWN NUMBER

108 16 1
                                    

Keesokkan harinya...

Baekhyun menunggu kedatangan Jongin di sebuah café. Dokumen penceraian antara Jongin dan Eunhye dipandang lama. Dia tahu ini tindakan yang betul untuk menamatkan penderitaan Eunhye. Dia yakin dengan tindakannya.

Ting!

Satu mesej masuk. Telefon yang berada di atas meja Baekhyun telek.

1 message from unknown number.

Jari Baekhyun laju membuka pemberitahuan tersebut. Dia ketawa sinis apabila melihat gambar yang memaparkan tunangnya sedang bermesra dengan lelaki lain.

Lagi sekali?

Baekhyun masih tak tahu siapa yang selalu hantar gambar sebegitu kepadanya tetapi dia tahu tunangnya yang sekarang berada di Melbourne sedang berfoya-foya dengan lelaki lain. Patutlah segala panggilan dan mesejnya dulu tak pernah dibalas. Ada lelaki lain rupanya. Tak hairanlah Baekhyun kalau tunangnya itu ada lelaki lain. Dia pun dah malas nak fikir.

"Hey, so how?"

Jongin yang baru sampai melabuhkan punggungnya di depan Baekhyun. Ini lagi seorang. Orang yang paling dibencinya sejak dia mendengar cerita Eunhye semalam. Mukanya tampak benci akan lelaki tersebut. Pertanyaan Jongin hanya dibiarkan tidak dijawab. Dia berjumpa dengan lelaki itu pun bersebab. Kalau tidak, tak kuasa dia ingin bersemuka dengan lelaki yang tak ubah perangai seperti binatang itu.

Lalu, Baekhyun pun menolak dokumen yang dibawanya tadi ke arah Jongin. Jongin yang melihatnya pelik. Dia memandang Baekhyun sambil mengangkat kedua belah kening.

"Apa nih?"

"Bacalah. Dah tak reti baca ke?"

Baekhyun tak dapat menahan amarahnya sebaliknya hanya melontarkan kata-kata yang begitu menjengkelkan ke arah Jongin. Sudah pasti sesiapa yang mendengarnya tentu panas telingga. Kata-kata Baekhyun tak lari daripada memerli.

Jongin yang mendengarnya ketawa sinis. Dia pun membelek dokumen yang ditolak oleh Baekhyun tadi. Serta merta dahinya berkedut apabila membaca isi kandungannya. Dia memandang Baekhyun dengan pandangan penuh tidak percaya.

"Apa nih? Lain yang aku suruh, lain yang kau buat"

Baekhyun menegakkan badannya. Jongin yang di depannya dia pandang malas.

"Isteri kau failkan penceraian terhadap kau. Kau tinggal nak sign je. So, aku malas nak panjang cerita. Kau sign je lah ye?"

Jongin lagi sekali ketawa sinis. Dia seperti masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh Baekhyun.

"Jadi, maknanya kau tahulah isteri aku kat mana?"

"Kenapa? Isteri kau hilang ke? Dia lari dari kau?"

"Wah, Baek. Sejak bila kau mula cakap lepas nih?"

"Benda betul kan?"

Soalan dibalas dengan soalan. Mereka saling berbahas antara satu sama lain. Jongin bermain lidah dengan pipi dalam. Kenapa kawannya itu seperti ingin cari pasal dengannya?

"Macam mana aku nak cakap ya? Aku tak nak sign penceraian nih. Puas hati?"

Baekhyun memandang Jongin dengan pandangan kosongnya. Kalau boleh, nak saja dia tumbuk kawannya itu. Tetapi memandangkan dia seorang peguam dan dia berada di tempat awam, dia tahu perbuatannya itu akan membawa masalah lain pula.

"Ok, kalau macam tuh aku guna cara lain"

Baekhyun pun mengeluarkan satu lagi dokumen dari beg bimbitnya. Kertas itu ditolak ke arah Jongin. Jongin hanya memandang Baekhyun sambil mengetap rapat giginya.

"Nih apa pula?"

"Pembatalan perkahwinan. Memandangkan kau telah membuatkan isteri kau menderita dalam jangka masa yang lama, so perkahwinan kau akan dibatal atas budi bicara hakim. Dalam erti kata lain, kau tak payah nak sign mana-mana dokumen penceraian. Keputusan berdasarkan kepada hakim sendiri"

Panjang lebar Baekhyun menjelaskan kepada Jongin. Jari-jemari Jongin bermain di atas meja. Dia hanya lagak bersahaja, seperti apa yang dinyatakan oleh Baekhyun itu langsung tidak terkesan padanya.

"Maknanya, kau tahulah selama nih aku seksa isteri aku sendiri?"

Pertanyaan Jongin tuh hanya dibiarkan tidak dibalas. Hanya mata Baekhyun yang memandang Jongin memberi jawapannya.

"Kalau macam tuh, aku akan upah peguam juga. Aku dengan isteri aku takkan bercerai selagi isteri aku tak bagi pampasan"

"Kau dah gila ke, Jongin? Mana ada undang-undang macam tuh. Kalau penceraian macam tuh mesti atas kehendak isteri. Kau ingat pampasan tuh sikit?"

"Tak, aku boleh. Aku boleh buat sendiri. Kau bertanding dengan cara kau, aku bertanding dengan cara aku. Kita tengok siapa yang menang"

"Kenapa kau tak ceraikan saja isteri kau?"

"Aku takkan tinggalkan dia dengan tangan kosong, Baekhyun"

Baekhyun memejamkan matanya erat. Nafas berat perlahan dia lepaskan. Tak sangka kawannya itu bersikap sebegitu. Sudah nyata lagi terang sikapnya yang dayus itu.

"Maknanya, sekarang nih kau peguam Eunhye lah? Baek, kenapa kau tak menyebelahi aku? Aku boleh gandakan upah kau, tahu?"

"Aku tak makan duit haram. Dari atas sampai bawah yang kau pakai tuh bukan hak milik kau. Milik isteri kau sendiri. Kau ingat tuh"

Jongin mengangkat kedua belah bahunya dengan muka selambanya itu. Nampak sangat dia tak nak kalah dalam hal nih. Apa yang dilihat oleh Baekhyun, lelaki di depannya itu sangat dahagakan harta. Dia tekad melakukan apa sahaja demi mendapatkan kesemua harta Eunhye.

"Ok, kalau macam tuh, jumpa kau kat mahkamah. Aku nak tengok bijak ke tak peguam kau"

Baekhyun pun bangun dari duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Jongin. Jongin menundukkan kepalanya. Mata dipejamkan. Kedua belah tangannya membentuk penumbuk. Sangat berapi dirinya selepas mendengar setiap bait perkataan Baekhyun tadi. Darahnya mendidih sekarang. Penumbuknya menggigil menahan amarah.

"Kau tunggu, Baekhyun. Kau tunggu"

TBC

Tudiaaaaa jongin ngan baekhyun bergaduh..... Jangan gaduh bang, tarik meja tarik kerusi buat kopi bincang elok-elok HAHAHAHAHAHAHA. Doa doakanlah aku cepat habiskan kerja aku kat wattpad nih. Nanti bila dah sambung belajar aku nak hiatus bubye!

VOTE AND COMMENT = PRECIOUS THINGS THAT ME HAPPY uhuk uhuk. <3

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum