35 | DESERVE

103 16 0
                                    

Panjang lebar Baekhyun jelaskan semuanya, seolah-olah dia menjelaskan kepada Eunhye. Dari pertemuan pertamanya dengan Eunhye sehinggalah dia kehilangan gadis itu tiga bulan lepas. Kan bagus kalau Eunhye dengar sekali. Tiadalah gadis itu salah faham akannya. Malangnya yang sudi mendengar perkara sebenar ialah adiknya, Eunsang. Eunsang yang mendengarnya mengangguk-angguk perlahan. Baru dia tahu perkara sebenar. Melihat Eunsang yang hanya tertunduk diam itu, Baekhyun kembali menambah kata-katanya.

"Sebab itu saya berani melamar Eunhye. Buat apa saya nak tunggu bekas tunang saya yang sudah terang lagi bersuluh curang dengan saya. Jujur, saya tak pernah anggap kakak awak sebagai tempat persinggahan. Saya ikhlas melamarnya, dan saya tahu dia mahu menerimanya. Cuma, iyalah. Salah faham. Awak tahu je lah kan"

Baekhyun ketawa kecil di hujung ayat. Lalu, matanya naik memandang Eunsang yang setia mendengar ceritanya dari tadi. Eunsang hanya bermain dengan jarinya, sambil matanya memandang ke arah lain. Dia seolah-olah sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku antara Eunhye dengan Baekhyun. Baekhyun yang duduk di depannya memandangnya pelik. Lahir seribu satu persoalan di mindanya. Soalan yang selama ini terngiang-ngiang di kepalanya.

"Hm, awak satu-satunya adik Eunhye, kan?"

Eunsang berhenti mengelamun. Dia memandang Baekhyun kemudian mengangguk perlahan. Ada apa dengan soalan itu? Lalu, Eunsang terfikir sesuatu. Apa Baekhyun tahu akan kesilapannya dulu?

Eunsang yang berfikir sebegitu membetulkan duduknya. Terasa malu jika Baekhyun tahu konflik dia dengan Eunhye dulu. Sudah pasti dosa-dosanya yang dulu sering menghantuinya. Dia boleh agak jikalau Baekhyun sudah tahu kesemuanya memandangkan lelaki itu pernah rapat dengan Eunhye dulu.

"Baekhyun awak.....tahu pasal saya dengan Eunhye dulu?"

Baekhyun tercenggang. Kedua belah keningnya terangkat. Melihat reaksi Baekhyun itu, Eunsang cepat-cepat menarik soalannya tadi.

"Hm, tak apa. Lupakan. Saya –"

"Ouh, yang itu ke?"

Laju Baekhyun memotong. Lelaki itu seolah-olah sudah menangkap akan pertanyaan Eunsang itu. Eunsang yang mendengarnya mula terasa gerun. Dia mula berasa segan dengan Baekhyun. Malu akan perbuatan kejinya terdahulu yang sememangnya hina bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya.

"Saya tahu. Dan saya dah sedia maklum. Lagipun tengok awak dengan Eunhye dah rapat, saya agak korang dah berbaik. Kan?"

Perlahan Eunsang mengangguk. Dia tersenyum kecil.

Walaupun kami sudah jauh lebih rapat dari dulu, tetapi perbuatan keji itu tidak dapat menutupnya.

"Sebab tuh saya nakkan perjelasan awak. Lepas dengar segala penjelasan awak, saya tahu ini semua salah faham. Dan saya nak tolong awak, boleh?"

Baekhyun lagi sekali mengangkat keningnya. Dia memandang Eunsang dengan penuh tanda tanya.

"Tolong....apa?"

"Tolong awak dapatkan Eunhye semula. Itu sahaja yang saya boleh buat sebagai tanda minta maaf kepada kakak saya. Dan saya nak dia bahagia seperti dulu. Saya percaya awak boleh. Sebab dari mata saya, Eunhye masih lagi ada hati dekat awak. Well, I know my sister better"

Eunsang ketawa di hujung ayat. Baekhyun menyambutnya. Terasa berbunga-bunga di hatinya apabila gadis di depannya ini mempunyai tanggapan yang sama akan Eunhye. Ya, Eunhye memang ada hati akannya. Dan semalam Eunhye hanya ubah fikiran. Padahal, tiga bulan lepas dia mempunyai jawapan sebaliknya.

"Kalau itu yang awak nak lakukan, saya tak kisah. Dan saya amat terhutang budi kalau disebabkan awak Eunhye kembali ke saya semula"

"Jangan risau, dia akan. Cuma kena runtuhkan egonya sahaja"

Baekhyun tersenyum. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya, bersetuju dengan kata-kata Eunsang itu. Ya, Eunhye memang ego. Dan ini kali pertama baginya melihat sisi perempuan itu yang sangat keras kepala. Dia pun tidak menafikannya.

Eunsang kelihatan teruja. Dia tidak sabar untuk meneruskan perancangannya untuk menyatukan semula Eunhye dengan Baekhyun. Dia kena memikirkan caranya memandangkan dia masih belum mengatur apa-apa. Melihat Eunsang yang terdiam itu, mulut Baekhyun terbuka dan tertutup. Kini, dia tertanya-tanya akan gadis di depannya. Muncul pula persoalan lain di benak fikirannya.

"Hm, boleh saya tanya?"

Eunsang mengangkat kepalanya memandang Baekhyun. Reaksi muka yang ditonjolkan oleh gadis itu menyuruh Baekhyun meneruskan kata-katanya.

"Macam mana awak dengan Eunhye berbaik semula? Maksud saya, Eunhye pernah cerita pasal awak tapi saya tak diberitahu pula awak sakit sebelum ini. So, boleh saya tahu kenapa?"

Baekhyun mengaturkan soalannya berhati-hati, takut menguriskan hati Eunsang. Mendengar soalan Baekhyun itu, Eunsang sendiri dah dapat agak. Lelaki itu tertanya-tanya akan keadaan dirinya yang berkerusi roda itu. Bibirnya perlahan menguntumkan senyuman kecil.

"Well, should I said that I deserve this better?"

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora