3 | WE MEET AGAIN

137 18 1
                                    

Malam.

Baekhyun yang ingin pulang ke kediamannya tiba-tiba merasa perutnya berkeroncong lapar. Kali nih dia mempunyai alasan kepada diri sendiri untuk pulang awal dari pejabat. Ya, lapar. Keretanya sudah diambil di bengkel siang tadi. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk singgah di minimart sekejap untuk membeli barang makan.

Sedang Baekhyun memarkirkan kereta berhadapan dengan minimart, matanya terjatuh ke arah segerombolan manusia yang berada di hadapan minimart tersebut. Dia pun mematikan enjin dan keluar dari keretanya. Serta merta suara tengkingan seseorang daripada orang ramai tersebut menerpa gegendang telinganya. Pada mulanya Baekhyun tidak mahu masuk campur dalam suasana seakan terdapat pergaduhan tersebut. Namun, niatnya itu menjadi sebaliknya apabila dia melihat belakang perempuan yang sedang duduk berselimpuh di bawah sambil dikelilingi oleh beberapa orang awam. Dia pun pergi ke arah gerombolan tersebut. Apa ini kes jenayah terhadap perempuan?

Baekhyun mengecilkan diri dalam gerombolan itu untuk mendekati gadis yang berada di depan. Dekat punya dekat, dia terkejut apabila melihat pakaian perempuan yang seakan lazim baginya itu. Gaun lurus putih paras bawah lutut.

Perempuan di subway semalam.

"Kenapa nih?"

Suasana yang bising akibat teriakan seorang wanita yang berpakaian pekerja serbaneka itu mula reda apabila Baekhyun bertanya kepada perempuan yang tenggelam dengan amarahnya itu. Sesekali matanya terjatuh ke arah gadis yang terduduk lemah di depannya. Wajahnya seakan basah dengan air mata. Terdapat juga beberapa cawan ramen yang terjatuh di sekelilingnya.

"Nih, pencuri! Dah tahu miskin nak mencuri pula! Hei perempuan, kalau kau tak ada duit sangat pergilah berambus jauh-jauh! Menyusahkan orang saja!"

Wanita itu mengherdik. Menggeleng kecil Baekhyun dibuatnya apabila mendengar bahasa kurang sopan yang keluar daripada mulut wanita itu.

"Call polis! Biar pencuri sial nih lingkup dalam penjara!"

"Tunggu"

Baekhyun melangkah ke depan. Serta merta wanita bengis itu melihatnya.

"Tak payah call polis. Saya bayarkan untuk dia"

Lantas perempuan bergaun putih itu mendonggak memandang Baekhyun. Apa lelaki ini cuba membantunya?

"Betul?"

Baekhyun mengangguk. Seorang demi seorang meninggalkan suasana yang tadinya riuh kini mula menjadi tenang.

"Baiklah"

Wanita itu menghulurkan tangannya ke arah Baekhyun. Baekhyun pun terus mengeluarkan duit dari dompetnya setelah bertanya jumlah kos keseluruhannya. Wanita itu tersenyum puas apabila duit pada tangan Baekhyun beralih ke tangannya. Dia kembali memandang gadis yang duduk di bawahnya.

"Kau perempuan, kalau kau mencuri lagi aku tak akan teragak-agak call polis!"

"Dahlah, aku dah bayar kan"

Baekhyun yang meluat dengan perangai wanita itu mula berbahasa tidak formal. Wanita itu menjeling Baekhyun sekilas sebelum masuk ke kedai serbaneka di belakangnya.

Pandangan Baekhyun beralih ke arah gadis bergaun putih yang duduk di depannya. Dia pun menjatuhkan sebelah lutut di hadapan gadis itu.

"Cik okey?"

Baekhyun cuba untuk mencari anak mata gadis itu. Namun, tidak berhasil kerana gadis itu hanya tertunduk memandang bawah. Mungkin dia malu dengan Baekhyun kerana sudah menyusahkannya lagi-lagi apabila dirinya dilabel sebagai pencuri sebentar tadi.

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now