23 | SHY

113 14 0
                                    

Tengah malam.

Eunhye sejak tadi tidak boleh tidur. Dia baring menelentang di atas katil sambil memandang ke arah syiling biliknya. Ada dua perkara yang menganggunya. Pertama, lamaran Baekhyun. Dia tidak sangka Baekhyun melamarnya tadi. Tapi, kata-kata Baekhyun itu bermain di fikiran Eunhye.

"Kita kahwin, Eun. Saya jaga awak. Saya lindungi awak. Setiap masa, selamanya. Boleh, Eun?"

Apakah maksud di sebalik ayat Baekhyun itu? Dia ingin berkahwin dengan Eunhye atas sebab cinta atau dia ingin melindungi perempuan itu saja?

Ahhh, serabut otak Eunhye apabila memikirkannya. Kepala yang tak gatal digaru. Dia sangat keliru dengan lelaki bernama Baekhyun itu. Kalau kahwin sebab nak melindungi saja bukan sebab cinta, bahagia ke rumah tangga nanti?

Tch, merepek kau Eun.

Perkara yang kedua menyebabkan Eunhye masih tidak boleh tidur ialah perutnya. Ya, perutnya. Sejak tadi dia berkurung dalam bilik ini. Dia belum menjamah makanan lagi malam nih. Perutnya sudah banyak kali berkeroncong. Bukannya apa, dia hanya tunggu Baekhyun tidur. Entah mengapa dia malu untuk berjumpa dengan lelaki itu buat masa ini. Mungkin sebab lelaki itu baru sahaja melamarnya tadi. Tapi bila difikirkan, lelaki itu selalu tidur lambat. Tapi perutnya pun penting juga.

Uhhhh, fikiran Eunhye kusut bila memikirkan pasal ini saja.

"Mungkin dia dah tidur kot. Mungkin"

Eunhye berkata sendirian. Bibir bawahnya digigit banyak kali, berfikir.

"Kalau dia tak tidur lagi and still buat kerja kat ruang tamu, tak apa kan kalau aku tak tegur dia? Straight je ke dapur?"

Dia berdecit perlahan. Susah betul baginya untuk buat keputusan.

"Tapi, bukan ke macam tak ada adab bila buat macam tuh? Ahhh, pening!"

Eunhye mengusutkan rambutnya. Dia mengubah posisi baring kepada mengiring. Lalu, perutnya berkeroncong seperti membuat konsert. Dia pun tak tahan sakit yang seperti berduri-duri menganggu perutnya.

"Hm, lantaklah. Aku lapar. Itu paling penting"

Eunhye pun bangun dari katil. Pintu bilik dibuka dan kepalanya perlahan-lahan dijenggul memandang kiri dan kanan. Bilik Baekhyun bertentangan di biliknya. Sunyi saja. Mungkin lelaki itu dah tidur. Dia pun menuju ke arah tangga. Perlahan-lahan dia menundukkan diri, mengintai ruang tamu dari tangga. Kosong. Kaki perlahan-lahan menuruni tangga sambil kepalanya melilau mencari kelibat lelaki itu. Tetap negatif. Mungkin lelaki itu dah tidur di biliknya.

Eunhye menghela nafas lega. Kakinya laju menuju ke arah dapur. Masuk sahaja dapur, dia terkejut dengan keberadaan Baekhyun yang sedang melakukan kerja di meja bar.

"Terkejut aku!"

Eunhye mengurut dadanya. Baekhyun yang mendengar keberadaan Eunhye itu memandang ke arahnya pelik. Dia menaikkan kening. Perempuan itu seperti begitu terkejut akan keberadaannya di sini. Padahal, bukannya dia tak biasa.

"Tak tidur lagi?"

Mulut Eunhye terbuka dan tertutup. Entah mengapa jantungnya berdegup semacam. Orang yang dia nak elak itulah berada di depan matanya sekarang.

"Be....Belum"

"Lapar ke? Nak saya masak..."

"Eh, tak apa! Saya....hm....saya nak minum air je hehe"

Eunhye tersengih ke arah Baekhyun lalu pergi ke arah peti sejuk. Baekhyun yang melihat reaksi Eunhye itu menjadi semakin pelik. Apa kena dengan perempuan itu?

Peti sejuk dibuka. Air yang berada di dalam botol diambil dan peti ditutup. Memang dia tengah lapar sekarang tetapi air sejuk menjadi alasan. Mata Eunhye melilau mencari cawan. Malangnya, cawan itu terletak di dalam laci kabinet yang berada di bawah meja bar. Lebih tepat lagi, di tempat Baekhyun sedang duduk.

Eunhye mengemam bibir seraya matanya dipejam rapat. Haihhh, kenapalah dia rasa malu dengan Baekhyun. Eunhye pun bergerak ke arah lelaki itu. Dia berdehem perlahan.

"Hm, Baekhyun"

Baekhyun memandang Eunhye yang berada di sisinya. Kedua belah keningnya terangkat. Lagi gugup gadis itu dibuatnya.

"Haaa...cawan"

Eunhye menujukan jari telunjuknya ke arah laci kabinet tempat Baekhyun berada. Baekhyun memandang tempat yang dituju oleh Eunhye.

"Ouh, kejap"

Lelaki itu pun turun daripada kerusi bar dan menunduk untuk mengambil cawan yang berada di dalam laci. Lantas, cawan itu diberikan ke arah Eunhye.

"Nah"

"Thanks"

Eunhye menyambut huluran Baekhyun lantas terus berpusing ke arah botol air yang diletakkan di atas table top. Dia cuba untuk tidak bertatap mata dengan Baekhyun. Lalu, dia menuangkan air ke dalam cawan. Cepat-cepat Eunhye meminum air tersebut dan pada masa yang sama tangannya terketar-ketar sambil memegang cawan. Dia tekad untuk naik semula ke biliknya sekarang. Baekhyun yang melihatnya pun menjadi pelik. Dia pun mendekati gadis itu.

"Eun, awak okey?"

Eunhye memandang Baekhyun. Apabila dia mendapati Baekhyun merenung tepat ke arah matanya, cepat-cepat dia larikan pandangan. Kepalanya menunduk memandang bawah.

"O...okey"

"Betul awak tak lapar? Setahu saya sejak tadi awak berkurung dalam bilik"

Soalan cepumas bagi Eunhye. Kepalanya ligat mengatur ayat. Bukan niat dia untuk menipu tetapi sungguh dia malu untuk berada di dapur bersama lelaki itu. Padahal, boleh sangat dia memasak ramen yang berada di dalam kabinet.

"Be...betul. Saya tak lapar. Saya..."

Dengan tak semena-mena, perut Eunhye berbunyi. Cukup untuk didengari satu ruang dapur. Eunhye menutup matanya rapat. Pipinya mula terbakar malu. Baekhyun yang mendengarnya hanya tersenyum. Dia ingin gelak tetapi cepat ditahan.

"Eun, kalau awak lapar bagitahu je. Saya boleh masakkan untuk awak"

Eunhye mengaru pipinya yang tak gatal. Dia tersengih seperti kerang busuk ke arah Baekhyun.

"Awak nak makan apa? Saya masakkan"

Eunhye mengemam bibirnya seraya mengigit bibir bawah. Anak matanya perlahan-lahan naik untuk memandang Baekhyun.

"Ramen?"

Baekhyun menahan ketawa. Alahai, kenapa lelaki ini begitu kacak pada mata Eunhye sekarang. Lagi-lagi bila dia ketawa macam itu.

"Ok, awak duduk dulu. Saya masakkan"

"Eh, tunggu"

Baekhyun kembali memandang Eunhye. Perempuan itu memegang tengkuk.

"Saya...masakkan untuk awak. Awak buatlah kerja awak"

Baekhyun mengecilkan matanya memandang Eunhye. Eunhye menjadi semakin tak keruan apabila lelaki itu merenungnya sebegitu.

"Betul nih? Tak apa ke?"

Perlahan Eunhye mengangguk. Mulutnya terbuka dan tertutup, gagap.

"Tak...tak apa"

"Ok, thanks Eunhye"

Baekhyun senyum ke arah Eunhye dan kembali duduk di tempatnya tadi. Eunhye cuba memproses mindanya. Lalu, dia bergerak untuk memasak ramen. Memang jadi tak keruan gadis itu. Mana taknya. Senyuman Baekhyun saja sudah membuatkan dia cair.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now