8 | WARNING

121 14 0
                                    

Eunhye perlahan-lahan membuka matanya. Sungguh dia merasa dirinya sangat lemah. Dia memandang sekeliling, tertanya-tanya di mana dia berada.

"Hai, sayang. Miss me?"

Pandangannya dilontarkan ke sisi. Serta-merta matanya membulat apabila mendapati Jongin sedang duduk di sebelahnya. Jongin yang memandangnya hanya tersenyum kemenangan. Tangannya diangkat dan membelai perlahan kepala Eunhye.

"Don't worry, sayang dekat hospital sekarang. Saya ada untuk jaga sayang. Sayang kena sihat untuk sign that petition, kan?"

Nafas Eunhye mula menjadi tak stabil. Dia sangat takut sekarang lebih-lebih lagi berada dekat dengan lelaki itu. Dia ingin lari tetapi dia tahu dia tak mampu dan keadaanya sekarang akan membuatkan dia tertangkap semula. Oleh itu, dia hanya mampu mengesot ke belakang dan bersandar di kepala katil.

Lalu, Jongin pun bangun dari duduk. Perlahan-lahan mulutnya didekatkan ke arah telingga Eunhye.

"Kau jangan nak lari dari aku lagi. Kalau kau lari, aku tak teragak-agak untuk seksa kau. Kau tahu tak betapa susahnya aku nak cari kau. Kau ingat aku nih hamak sangat dengan kau? Tch, kalau tak sebab harta aku dah lama bunuh kau"

Jongin membisik sambil mengetapkan giginya menahan geram. Eunhye yang mendengarnya semakin takut akan ugutan Jongin. Air matanya laju mengalir. Jongin pun menarik wajahnya dari telingga Eunhye. Pipi perempuan itu digelus lembut.

"Sayang tunggu, ya? Saya nak carikan makanan untuk sayang"

Jongin tetap dengan senyuman kemenangannya. Air mata Eunhye dia seka lembut. Eunhye hanya mampu memejamkan matanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan takutnya sekarang.

Jongin pun pergi meninggalkan bilik wad Eunhye. Apabila pintu sudah terkatup rapat, Eunhye cepat-cepat membuka tempat suntikan pada tangannya. Dia ingin lari daripada lelaki itu. Biarlah dia mati sekalipun tetapi tetap dia ingin lari daripada terus diseksa oleh lelaki itu.

Eunhye perlahan-lahan bangun dan menjejakkan kaki di lantai. Dia tekad untuk tinggalkan hospital ini asalkan dia jauh daripada lelaki tak guna itu. Tangan memaut pada dinding, sangat lemah untuk bergerak. Tubuhnya terketar-ketar menahan rasa sakit yang dialami. Kepala yang berpinar dia endahkan saja, tetap teruskan dengan perlariannya.

*********

Baekhyun mengambil keputusan untuk mengambil keretanya. Walaupun tubuhnya masih terasa sakit akibat peristiwa semalam, tetapi dia masih mampu untuk berjalan. Keretanya itu tak boleh dibiarkan lama-lama. Takut-takut nanti ada penguatkuasa yang menahan. Oleh itu, dia pun menaiki subway untuk pergi ke tempat keretanya berada. Apabila sampai ke stesen yang dituju, Baekhyun pun keluar daripada train dan menapak keluar dari subway. Dia terpaksa menapak jauh ke arah tempat di mana kereta dia berada. Jauh tuh memang jauh, tetapi demi kereta kesayangan dia sanggup.

Langkah punya langkah, akhirnya dia jumpa keretanya. Nafas lega dilepaskan. Nasib baik tak ada penguatkuasa yang menunda keretanya. Kalau tak, satu kerja pula nak membayar saman.

Dia pun menaiki keretanya dan memandu laju meninggalkan kawasan itu serta keluar ke jalan besar. Sesekali dia merasa lukanya di tepi bibir. Tch, tersenyum sendiri dia dibuatnya apabila mengingatkan Eunhye menyapu luka di bibirnya semalam. Kalaulah dia boleh rakam momennya ketika itu, mesti dia terbuai dengan angan-angan.

Psssss, sudahlah Baekhyun. Dia dah tinggalkan kau. Janganlah kau tersenyum macam orang bercinta.

Baekhyun berhenti di lampu isyarat memandangkan lampu merah menjelma. Pandangannya dicampak ke tepi, ke luar tingkap. Dengan tak semena-mena, matanya tertancap pada seorang perempuan yang berpakaian seperti pesakit di hospital. Kelihatan perempuan itu berjalan sambil memaut pada tiang. Eh, lari daripada hospital ke? Tapi, kenapa macam familiar? Baekhyun mengecilkan matanya.

Eunhye?

Lantas, Baekhyun menghidupkan isyarat kecemasan dan berlari keluar dari kereta. Cepat-cepat dia mendapatkan Eunhye yang berada tak jauh darinya. Sampai sahaja depan Eunhye, Baekhyun terus memegang kedua belah bahu perempuan itu.

"Cik? Cik okey tak nih?"

Baekhyun memandang wajah Eunhye. Kelihatan wajah perempuan itu sangat pucat, tidak bermaya. Baekhyun jadi semakin panik.

"Cik, cik kena pergi hospital. Kalau tak cik..."

Tiba-tiba, Eunhye pengsan dan tubuhnya cepat-cepat disambut oleh Baekhyun. Baekhyun menepuk-nepuk pipi gebu milik gadis itu.

"Cik? Cik???"

Lalu, dia terus membawa Eunhye masuk ke dalam keretanya. Isyarat kecemasan dimatikan dan keretanya meluncur laju ke arah hospital berdekatan.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora