12 | STAY WITH ME

113 19 0
                                    

Keesokkan harinya.....

Baekhyun pergi ke arah pintu rumahnya sebaik sahaja bunyi loceng bergema. Pintu dikuak luas. Muncul senyuman kecil tatkala melihat rakan yang mengunjungi rumahnya itu.

"Ouh, Jongin. Masuklah"

Baekhyun mengajak Jongin masuk. Mereka duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Baekhyun memandang Jongin pelik.

"Ada apa tiba-tiba nak jumpa aku?"

Jongin mengangkat wajahnya memandang Baekhyun. Mulutnya tertutup dan terbuka.

"Hm...aku nak minta tolong kau sikit. Boleh?"

Baekhyun membetulkan posisi duduknya. Keningnya terangkat.

"Tolong apa tuh?"

"Aku tahu kau peguam professional. So, aku nak minta tolong kau uruskan pasal harta aku. Aku tak boleh buat sorang sebab prosedur dia kena sign petition bagai. So, aku nak kau tolong aku"

"Petition? So, apa masalahnya?"

"Benda tuh yang jadi masalahnya. Isteri aku, dia tak nak sign. Ini penting sangat. So, aku nak bawa hal nih ke mahkamah. Biar keputusan sama rata. Baru adil kan?"

Naik pelik Baekhyun dibuatnya. Dia memegang tengkuknya. Tak pernah pula dia uruskan kes macam nih.

"Maaflah, tapi boleh aku tanya kenapa isteri kau tak nak sign petition tuh?"

Jongin bermain pipi dalam dengan lidahnya. Bibirnya diketap rapat, fikir semula skrip yang dihafalnya.

Sedang mereka berdua sedang berbual, ada satu kunjur tubuh ingin turun ke tingkat bawah. Langkah Eunhye terhenti apabila ternampak Jongin sedang berbual dengan Baekhyun. Bagai ada batu jatuh di atasnya, lututnya jadi longlai. Tapi, dia gagahkan diri untuk berdiri. Kenapa Jongin datang ke rumah Baekhyun? Apa Baekhyun ada merancang rancangan jahat dengan Jongin? Segala aura negatif mula menguasai dirinya. Dia pun menyorok di sebalik dinding, mendengar perbualan antara Baekhyun dengan Jongin itu.

"Entahlah, aku rasa dia tak nak adil dalam kes macam nih. That's why lah aku nak bawa perkara ini ke mahkamah, biar bagi sama rata. Tapi kau tahukan sepatutnya suami yang patut dapat lebih? Lagipun, isteri aku tuh tak kerja pun. Aku yang penat-penat cari duit"

Tergamam Baekhyun dibuatnya. Jongin menjelaskannya panjang lebar. Tetapi, sebelah diri Baekhyun mula berasa tak senang dengan pernyataan yang diutarakan oleh kawannya itu.

"Ok, aku cuba. Tapi biar aku fikir dulu. Bagi aku masa untuk uruskan semuanya"

Jongin ketawa sinis. Dia memandang Baekhyun yang seperti tidak menyebelahinya.

"Fikir dulu? Baek, kau percaya aku kan? Kalau kau kawan aku, kau kena tolong aku"

Baekhyun meraup mukanya perlahan. Fikirannya mula celaru. Rasa serba salah menguasai dirinya. Takkan seorang kawan tak nak tolong kawan sendiri?

"Ok, aku akan uruskan. Kau jangan risau ya. Nanti aku jumpa kau balik"

Jongin memandang Baekhyun atas bawah. Lalu, dia mengangguk perlahan. Dia dan Baekhyun dah kawan lama. Tahu sangat dengan ekspresi muka kawannya itu. Dia dah boleh baca semuanya. Dia melihat Baekhyun kelihatan seperti tak nak memihaknya.

"Ok, aku tunggu"

Jongin pun bangun. Baekhyun menghantarnya sampai ke muka pintu. Tak lama kemudian, kereta kawannya itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya. Pintu ditutup. Baekhyun menyerabutkan rambutnya seraya melepaskan nafas berat. Dah kenapa dengan kawannya itu? Kenapa tiba-tiba dia nak soalkan pasal harta? Tambah pula, dia menyuruh Baekhyun untuk menjadi peguamnya. Tch, macam-macam.

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now