14 | WALKIE TALKIE

104 14 0
                                    

Eunhye mangakhiri penceritaannya dengan esakan tangisnya. Baekhyun yang duduk di depannya memandangnya dengan penuh simpati. Tak sangka Jongin berbuat perkara sebegitu teruk terhadapnya. Nafas dilepaskan perlahan. Sebelah bahu Eunhye dipegang lembut oleh Baekhyun.

"Eun, maafkan saya. Saya...saya tak sangka begitu teruk sekali Jongin seksa awak sebelum nih. Saya minta maaf"

Eunhye menyeka air matanya. Lega hatinya apabila dapat meluahkan penderitaannya selama ini. Mujurlah dia dapat luahkan segala isi hatinya kepada seseorang. Dia pun tidak mampu memendam lama-lama.

"Eun, saya janji. Saya janji akan buatkan awak bebas dari suami awak. Awak jangan risau, hm?"

Eunhye mengangguk perlahan. Dia tak sangka hidupnya penuh dengan liku-liku penderitaan. Sampai suatu masa dia terfikir kenapa dia ditakdirkan hidup setelah apa yang dia telah alami. Kalau dia bukan seorang yang kuat, mesti dia tak dapat bernafas pada hari ini. Jauh di sudut hatinya berasa syukur kerana dipertemukan dengan Baekhyun. Entah mengapa, dia berasa selamat apabila berada dekat dengan lelaki itu.

"Tapi, mana adik awak sekarang? Dia tahu pasal nih?"

Eunhye menggeleng perlahan. Nafas berat dia lepaskan perlahan. Walaupun adiknya telah berlaku kejam terhadap tetapi tetap adik tetap adik. Rasa sayang tuh tak pernah putus memandangkan ia merupakan darah dagingnya sendiri.

Mata Baekhyun terjatuh pada lenggan Eunhye yang terdedah. Terdapat kesan lebam padanya. Pergelengagan tangannya memerah. Walaupun kejadian pahit itu dah lama berlaku, tetapi kesan yang ditinggalkan sangat mendalam. Nampak sangat dia dipukul pada tahap yang maksima.

"Badan awak...sakit-sakit lagi?"

Eunhye menaikkan anak matanya memandang Baekhyun. Lelaki itu memandangnya lembut. Segan pula apabila bertentangan mata dengan lelaki itu. Lalu, Eunhye melarikan anak matanya ke tempat lain.

"Hm, kalau sentuh sakit. Tapi dah okey sikit"

"Eunhye, boleh saya tanya sesuatu?"

Eunhye menaikkan keningnya.

"Tanyalah"

"Kenapa bila saya pandang awak, awak cepat-cepat larikan pandangan awak daripada terus merenung mata saya?"

Eunhye jadi terkedu. Apa jenis soalan tuh? Ya, memang selama ini dia melakukan perkara tersebut. Tetapi, dia tak tahu mengapa. Tak sangka pula lelaki itu perasan akan tindakannya selama ini.

"Saya hm tak biasa"

Baekhyun mengangguk perlahan. Sebelah kening dia garu. Lantas, dia ingat akan sesuatu perkara. Pandangan dilarikan pada pakaian Eunhye. Wah, baru dia sedar. Sejak pertemuan kali pertama, perempuan itu setia dengan satu bajunya itu. Dia faham Eunhye tak sempat bawa pakaiannya bersama semasa dia lari dari suaminya. Oleh itu, dia ingin menolong Eunhye.

"Jom, saya belikan baju awak. Saya minta maaf hm saya baru perasan pakaian awak"

Eunhye mula berasa segan. Dia memegang belakang tengkuk. Malu pula apabila Baekhyun berkata begitu. Lagi-lagi lelaki itu ingin membelikannya baju.

"Tak apalah, Baekhyun. Saya...tak nak menyusahkan awak. Cukuplah awak bagi saya tinggal dekat sini. Saya...."

"Shhh, listen to me. You have promised"

Mulut Eunhye terkatup rapat. Terlupa pula akan janjinya untuk selalu mengikuti arahan Baekhyun. Setakat ini, itu sahaja cara untuk membalas jasa baik Baekhyun. Baekhyun yang melihat Eunhye serta merta terdiam itu tergelak kecil. Gadis itu pandai ikut kata.

Lalu, Baekhyun bangun dari duduknya. Sebelum dia naik ke tingkat atas sempat lagi dia memesan sesuatu kepada Eunhye.

"Siap-siap, kita pergi shopping baju awak"

*************

Di pusat membeli belah.

"Baekhyun, banyak sangat awak beli nih. Saya...hm...saya sekejap je tinggal kat rumah awak. Bukan saya...."

"Shhh, remember. You have promised"

Eunhye mencebik geram. Kenapalah Baekhyun selalu menghabiskan duit deminya. Padahal, bukan selamanya dia tinggal satu bumbung dengan Baekhyun. Hanya sampai hari perbicaraan penceraian dia dengan suaminya saja. Tambah-tambah pula kes sebegitu tak memakan masa yang lama.

"Eun, awak ada phone?"

Pertanyaan Baekhyun memecahkan lamunan Eunhye. Dia memandang lelaki itu yang lebih tinggi darinya.

"Ada tapi....dekat rumah saya"

"Tak apa, kita beli yang baru"

Ternganga Eunhye dibuatnya. Kalau baju tak apa lagi. Tapi kalau sampai telefon pon nak kena belikan, nampak sangat dia tuh pisau cukur. Kenapalah Baekhyun berkorban duit semata-mata deminya?

"Baekhyun, saya....saya segan...tak payahlah habiskan duit awak untuk saya. Lagipun awak peguam. Takkanlah sebab saya awak habiskan semua duit atas titik peluh awak"

"Hey, saya bukan peguam biasa-biasa tau. Saya selalu menang perbicaraan. Orang ramai beratur semata-mata nak jadi klien saya, awak tahu?"

Pecah gelak Eunhye dibuatnya apabila melihat Baekhyun yang sedang mencebik itu. Bukan maksud dia untuk mengatakan kerja seorang peguam itu hanya remeh. Cuma dia kasihan dengan Baekhyun yang selama ini bertungkus-lumus untuk memenangkan kes kliennya. Bukan dia tak tahu kerja seorang peguam itu macam mana. Tidak semestinya setiap masa ada klien. Nak cari pun susah.

Baekhyun yang melihat Eunhye tergelak itu hanya tersenyum kecil. Dia berasa bangga pada dirinya kerana akhirnya berjaya membuatkan gadis itu ketawa. Sungguh, ini kali pertama dia melihat Eunhye ketawa. Selama ini gadis itu hanya menayangkan senyuman kepadanya, tidak pula sampai gelak begitu. Baekhyun pun jadi terikut tergelak sekali. Kalaulah gadis itu selamanya berada di sampingnya, mesti dialah lelaki paling bahagia di dunia. Ok, kau melebih Baekhyun.

"Lagipun, kalau awak dah ada phone senanglah nak contact saya nanti. Mana tahu awak dalam bahaya. Biarlah phone tuh ada nombor saya je. Anggaplah dia macam walkie talkie, hm?"

Eunhye mengangguk dengan sisa tawanya. Lalu, tangan Baekhyun diangkat dan membelai lembut kepala Eunhye. Perbuatannya itu telah membuatkan bahu Eunhye ternaik, terkejut dengan tindakan Baekhyun. Tetapi, lelaki itu hanya lagak bersahaja. Kecur air liur Eunhye dibuatnya. Baekhyun lagak seperti dah lama mengenali Eunhye. Dia seperti anggap Eunhye kawannya. Eunhye pun semakin selesa dengan Baekhyun.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें