31 | COINCIDENCE

100 16 0
                                    

3 bulan kemudian.

Baekhyun berjalan-jalan di tepi pantai untuk mengambil angin. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek sambil kepala ditundukkan ke arah pasir yang bergelimpangan. Entah ke mana dia mahu pergi, hanya ikut sahaja kakinya berjalan. Sesekali dia mengeluh. Sampai sekarang dia tidak tahu ke mana Eunhye pergi. Ke mana gadis itu berada dia pun tak tahu. Sudah puas dia mencari tetapi apa yang dia dapat hanyalah hampa. Gadis itu langsung tidak meninggalkan kesan atau sebarang mesej. Baekhyun tetap serabutkan fikirannya memikirkan tentang gadis itu.

Dah makan ke belum?

Sihat ke dia?

Di mana tempat dia berteduh selama ini?

Satu-satu persoalan yang sama timbul di benak fikirannya. Dia pun tak tahu ingin buat apa, hanya biarkan misteri kehilangan gadis yang pernah dia cintai itu berlegar-legar di fikirannya.

"Ahhhh!"

Sedang Baekhyun berjalan, dia terdengar suara seseorang seperti sedang mengadu kesakitan. Dia pun mengangkat kepalanya dan mencari-cari empunya suara itu. Lalu, matanya terjatuh ke arah seorang perempuan yang sedang bergelut untuk duduk di atas kerusi roda. Perempuan itu seperti lumpuh dan dia menggunakan kekuatannya untuk menaiki semula ke atas kerusi rodanya.

Lantas, Baekhyun berlari ke arah perempuan itu untuk menolongnya.

"Cik okay?"

"Kaki saya...sakit"

Baekhyun pun menolong perempuan itu bangun. Namun, kaki perempuan itu sangat lemah akibat kesakitan yang dia alami.

"Maaf cik, saya angkat cik, ya?"

Selepas mendapat keizinan daripada perempuan itu, Baekhyun pun mengangkat perempuan itu secara bridal style dan meletakkannya di atas kerusi roda. Perempuan itu membetulkan duduknya dan mendongak ke atas untuk memandang Baekhyun.

"Terima kasih"

Baekhyun membalas senyuman perempuan itu. Manis. Lalu, matanya meliar memandang sekeliling sebelum dia kembali memandang perempuan di depannya itu.

"Mana penjaga cik? Cik seorang je ke kat sini?"

"Ouh itu....."

Gadis itu tersengih. Baekhyun mula kehairanan sambil menunggu gadis itu menyambung kata-katanya. Dia menatap wajah gadis itu lama.

Kenapa mukanya serba-serbi ada iras dengan Eunhye?

"Hmm...saya saja je nak bersiar-siar kat sini seorang diri, ambil angin. Bosan duduk memerap dalam bilik. Lupa pula ini kawasan berpasir. Tak pasal-pasal kerusi roda saya nih jatuh ke depan"

Gadis itu berkata dengan ura-ura ketawanya. Tetapi, Baekhyun bermuka ketat. Dia menatap gadis itu dari tadi.

Senyuman itu juga sama dengan senyuman Eunhye.

Apabila tidak mendapat sebarang balasan daripada Baekhyun, gadis itu menaikkan anak matanya memandang Baekhyun. Sebelah keningnya terjungkit naik ke atas, tertanya-tanya kenapa lelaki itu memandangnya seperti ingin memakannya hidup-hidup. Dia yang mula rasa tak selesa berdehem perlahan.

"Ehem...terima kasih tolong saya. Saya pergi dulu"

"Tunggu"

Gadis itu kembali memandang Baekhyun. Bibir lelaki itu perlahan-lahan mengukirkan senyuman ke arahnya.

"Cik menginap di resort dekat sini?"

Gadis itu perlahan mengangguk, mengiyakan kepada soalan Baekhyun. Serentak dia tertanya-tanya kenapa Baekhyun bertanyakan soalan seperti itu. Belum sempat dia ingin menanya mengapa, Baekhyun terlebih dahulu menyambung kata.

"Biar saya hantar cik ke lobi. Lagipun susah nak gerakkan wheelchair dekat kawasan sini. Saya tolong cik, ya?"

Perempuan itu berfikir satu jeda. Kemudian, dia mengangguk dan perlahan membalas senyuman Baekhyun.

"Ok, thanks"

***********

Baekhyun dan gadis berkerusi roda itu masing-masing menunggu di lobi resort. Mereka menunggu seseorang memandang gadis itu berkata kakaknya ialah penjaganya di sini. Jadi, Baekhyun mengambil keputusan untuk menemani gadis berkerusi roda itu sehinggalah kakaknya tiba. Sesekali Baekhyun curi pandang ke arah gadis yang berada di depannya itu. Sungguh, iras wajahnya persis rupa Eunhye.

Apa dia sangat rindu akan gadis itu sehingga dia terbayang-bayangkan wajahnya?

"Yahhhh Eunsang!"

Lamunan Baekhyun terhenti. Tiba-tiba ada seseorang menerpa ke arah perempuan di depan Baekhyun. Perempuan. Berambut panjang. Dia datang daripada belakang lelaki itu. Terus mata Baekhyun tertancap ke arahnya.

Suaranya.....dia kenal suara itu.

"Kau tak apa-apa ke, hah? Kenapa kau keluar seorang diri? Kenapa kau tak ajak aku, hah?? Risau aku tahu tak!"

Bertalu-talu persoalan yang dicampakkan ke arah perempuan yang berkerusi roda itu. Dia hanya tersenyum kekok ke arah Baekhyun sambil bahunya digoncang-goncangkan oleh kakaknya itu. Mungkin dialah penjaganya yang merupakan kakaknya itu.

"Aku okey je lah. Tuh, nasib baik dia ada. Dahlah, jangan goyangkan aku. Termuntah hijau aku nanti"

Perempuan itu berhenti mengoncangkan tubuh adiknya. Dia menjeling geram ke arah adiknya itu. Adiknya yang seorang ini memang menjengkelkan.

"Siapa?"

"Tuh haa, belakang kau tuh"

Lalu, perempuan yang ditatap dari belakang oleh Baekhyun tadi memalingkan kepalanya ke arah lelaki itu. Serta-merta kedua-duanya tergamam, tidak percaya wajah yang muncul di depan mata. Perempuan di depannya itu membuatkan Baekhyun berdiri tanpa dia sendiri sedar. Bibir Baekhyun perlahan-lahan menguntumkan senyuman sambil matanya tak lari daripada terus menatap perempuan yang dicari carinya selama ini.

"Eun...Eunhye..."

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now