13 | FLASHBACK

118 17 1
                                    

Flashback...

Ibu bapa Eunhye mati dalam kemalangan yang tragis. Kini, dia hanya hidup berdua dengan adik kandungnya, Shin Eunsang. Nasib sahaja keluarga itu memiliki harta hasil daripada perniagaan besar mereka. Kalau tidak, dua beradik itu pasti menderita setelah ditinggalkan oleh orang tua mereka.

"Kim Jongin, Shin Eunhye, dengan ini saya istiharkan kamu berdua sebagai suami isteri"

Setelah dengan satu nafas, pasangan itu telah selamat bergelar suami isteri selepas dua tahun bercinta. Mereka bahagia pada mulanya kerana mereka berkahwin atas kerana cinta. Mereka saling mencintai antara satu sama lain. Rumah tangga mereka sangat bahagia. Setiap hari kata cinta menghiasi hari mereka masing-masing.

Namun, setahun kemudian segalanya berubah. Jongin dah mula jauh dari Eunhye. Dalam erti kata lain, mereka tidak sehaluan. Jongin sangat sibuk dengan kerjanya sehingga Eunhye yang di rumah terabai. Setiap hari suaminya itu pulang lewat. Paling awal pun pukul 12 malam. Eunhye pun mula syak sesuatu. Apa suaminya itu ada perempuan lain?

Tetapi, segala perspektif negatif terhadap suaminya itu dia campak jauh-jauh. Dia percaya akan suaminya walaupun sudah terang lagi bersuluh suaminya itu kurang meluangkan masa bersamanya. Ada di rumah pun macam tak ada makna. Sibuk dengan telefon pintarnya. Bila ditanya kalau-kalau dirinya ada buat salah, pantas suaminya menggeleng. Mereka berjauhan tanpa ada sebab yang tersendiri.

Suatu hari, Eunhye ingin melawat adiknya yang baru tamat pengajian. Buka sahaja lampu, kelihatan suaminya yang tak berbaju sedang berciuman dengan adik kandungnya sendiri. Terasa longlai lututnya apabila menyaksikan sendiri kecurangan suaminya. Jongin dan Eunsang terkejut dengan kehadiran Eunhye.

"You balik dulu. Biar I yang uruskan dia"

Jongin berbisik di telinga Eunsang. Cepat-cepat gadis itu keluar dari rumahnya. Eunhye hanya membeku di tempat dia berdiri. Lalu, Jongin mendekati dirinya.

"Sayang, look. I can explain"

Mata Eunhye berkaca. Dia memandang lelaki di depannya geram. Tak sangka suaminya memamah adik kandungnya sendiri.

"Sayang...."

"Kita cerai"

Jongin tergamam apabila dua patah perkataan itu keluar dari mulut Eunhye. Lalu, dia ketawa sinis. Dia memandang Eunhye tepat di matanya.

"Sayang, apa nih? Nak cerai? Awak ingat cerai boleh buat main ke?"

"Lepas awak berduaan dengan adik kandung saya sendiri?!"

Jongin memegang kedua belah bahu Eunhye. Dia cuba membuatkan Eunhye mempercayainya.

"Sayang, jangan macam nih. Look, kita boleh settlekan perkara nih dengan aman. Tak payahlah berakhir dengan penceraian"

Pantas Eunhye menolak tangan Jongin yang memegang bahunya. Air matanya yang mengalir di pipi dia seka. Kedua belah mata Jongin dia pandang tajam.

"No, saya nak awak ceraikan saya. Saya akan failkan penceraian dan fullstop. Saya dah buat keputusan. Saya dah bosan. Dah bosan dengan semua helah awak. Jangan halang saya untuk bercerai dengan...."

Eunhye yang ingin keluar dari situ ditarik ke belakang. Jongin merentap tangannya seraya memegang tangan perempuan itu kuat. Eunhye mula mengelitik kesakitan.

"Apa awak buat nih? Lepaskan saya!"

"No, aku takkan lepaskan kau. Dan aku takkan ceraikan kau. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Hey, fikir sikit. Kau banyak datang untung dalam hidup aku. Kau ingat harta kau, kau boleh makan sorang-sorang? Fikir sikitlah perempuan! Aku suami kau, aku berhak dapat semua harta kau!"

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now