11 | SAFE HOUSE

118 16 0
                                    

Eunhye berlari anak ke arah pintu apabila mendapati Baekhyun sudah balik dari pasaraya. Dia menampar-nampar pipinya untuk menghilangkan senyuman gembiranya apabila Baekhyun sudah balik. Loceng dibunyikan. Gadis itu pantas membuka pintu. Terpamparlah wajah terkejut Baekhyun yang kedua belah tangannya penuh dengan plastik berisi barang dapur. Lelaki itu terkejut apabila Eunhye pantas membuka pintu dalam masa kurang tiga saat.

"Eun, awak patut tengok dulu siapa yang datang. Jangan terus buka pintu. Mana tahu saya nih orang jahat"

Eunhye terkesima. Boleh pula Baekhyun membebel akan perbuatannya. Dia pun menunduk untuk meminta maaf.

"Jangan buat lagi okey?"

Eunhye perlahan-lahan mengangkat wajahnya untuk memandang Baekhyun. Dia mengangguk dengan senyuman kecil di bibir. Melihat gadis itu tersenyum, Baekhyun pun tersenyum sekali. Lalu, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Eunhye menutup pintu dan matanya jatuh ke arah barang-barang yang Baekhyun bawa.

"Sini, saya tolong awak"

Eunhye mengambil beberapa plastik dari tangan Baekhyun. Lelaki itu hanya memandang perbuatan Eunhye.

"Thanks. Lama awak tunggu saya balik?"

Baekhyun menahan ketawa sambil memandang Eunhye. Perempuan itu dah mula malu. Pipinya mula kemerahan, segan dengan Baekhyun. Menyesal dengan kata-katanya sendiri tadi. Baekhyun yang melihat pipi Eunhye memerah mula tersenyum. Jelas terpampar senyuman pada bibir lelaki itu. Mereka pun berjalan menuju ke arah dapur. Barang-barang dapur yang baru dibeli tadi diletakkan di atas meja. Eunhye terkejut apabila mendapati Baekhyun membeli banyak barang dapur. Macam nak buat kenduri tahlil pula.

"Banyaknya awak beli"

Baekhyun memandang Eunhye. Matanya jatuh ke atas barang-barang tersebut.

"Ouh, nih untuk seminggu. Lagipun, saya tak rajin nak pergi pasaraya selalu. So, that's why saya beli banyak-banyak"

Eunhye mengangguk, faham. Tak sangka lelaki pun pandai membeli barang dapur. Dia pun mengeluarkan barang dari setiap plastik untuk menyusun di Kabinet. Baekhyun pun melakukan perkara yang sama. Jelas terbukti lelaki itu sungguh teratur orangnya. Barang disusun mengikut jenis dan saiz. Eunhye yang melihatnya tergamam.

Apabila selesai menyusun barang dapur, Baekhyun mengatur langkah ke arah peti sejuk. Dia sediakan bahan untuk memasak. Eunhye yang melihatnya terus pergi ke arahnya.

"Hm, Baekhyun. Nak saya tolong buat apa?"

Baekhyun menegakkan badannya daripada membongkok. Wajah gadis di tepinya itu dia pandang.

"Eh, tak apa. Awak berehatlah ya? Lagipun, awak baru keluar dari hospital. So, kena rehat secukupnya"

"Tapi saya..."

"Aaaa aaaa, you just promised"

Eunhye melepaskan nafas perlahan. Bibirnya dikemam, kecewa tidak dapat menolong Baekhyun. Dahlah dia menumpang di rumah lelaki itu. Tak sopan kalau dia tak menolong. Baekhyun yang melihat wajah kecewa Eunhye itu terus mendekatinya. Dia memandang Eunhye sambil tersenyum kecil.

"Eun, apa kata awak duduk dekat meja tuh dan tolong saya potong sayur. Boleh?"

Eunhye mengangkat kepalanya. Terpampar wajah ceria pada wajahnya. Laju gadis itu mengangguk. Dia pun terus pergi ke arah meja bar lalu duduk di situ. Baekhyun yang tersenyum dengan gelagat Eunhye berjalan ke arah perempuan itu dan meletakkan beberapa jenis sayur di depannya. Pisau dan papan memotong dicapai dan diletakkan di depan Eunhye. Eunhye pun mula memotong sayur sementara Baekhyun menguruskan bahan mentah.

**********

Setelah siap memasak, Baekhyun dan Eunhye makan sama-sama. Hanya bunyi penyepit dengan mangkuk kedengaran. Masing-masing menikmati makanan dengan penuh berselera. Eunhye suka dengan masakan Baekhyun. Lelaki itu memang pandai memasak. Kalah dia yang perempuan itu.

Eunhye menaikkan anak matanya memandang Baekhyun. Bukan sahaja Baekhyun, Eunhye juga tertanya-tanya pasal lelaki di depannya itu. Kalau boleh, dia ingin mendengar tentang latar belakang lelaki itu. Tetapi itulah, segan je memanjang. Namun, dia beranikan diri dan mengambil peluang ini untuk mengenali Baekhyun dengan lebih dekat. Dia berdehem perlahan, memecahkan kesunyian.

"Hm, Baekhyun. Boleh saya tahu dah berapa lama awak tinggal seorang diri kat sini? Nampak macam awak dah biasa"

Baekhyun mengangkat mukanya memandang Eunhye yang berada di depannya. Dia menaikkan kedua belah matanya ke atas, berfikir. Menghitung tempoh di dalam kepalanya.

"Hm....dalam....lapan tahun? Sejak saya dah bekerja nih saya tak duduk rumah parents saya. Anak lelaki kan"

Ayat di hujung disambut dengan tawa kecil. Eunhye terkejut dengan pernyataan yang dia dengar. Lapan tahun? Lama tuh. Betullah orang kata, orang lelaki nih kalau dicampak ke hutan pun boleh hidup.

"Awak kerja apa?"

"Peguam. Saya peguam. So, start esok awak akan tengok saya jarang ada kat rumah. Sebab selalunya saya balik lewat malam. Sekarang pun banyak kes kena handle"

Eunhye mengangguk kecil. Timbul rasa kecewa dalam dirinya apabila mendengar Baekhyun jarang ada di rumah. Bukannya apa, dia takut kalau duduk rumah seorang diri. Lagipun pula ini bukan rumahnya. Sudah tentu dia akan bosan nanti. Lainlah kalau Baekhyun ada. Boleh dijadikan teman berbual. Tambah-tambah lagi, perkara yang paling dia takuti ialah Jongin. Takut lelaki itu berjaya jumpa dia di sini. Semestinya lelaki itu akan mencarinya setelah dia berjaya melarikan diri.

Baekhyun memandang Eunhye yang mula senyap. Terpampar muka sedih pada wajah gadis itu.

"Eun? Tak apa kan awak duduk rumah seorang?"

Eun mengangkat wajahnya. Mulutnya terbuka dan tertutup.

"Ouh...tak apa. Cuma...."

"Takut?"

"Hah?"

"Awak takut suami awak datang sini?"

Baekhyun menaikkan kedua belah keningnya. Gadis itu menelan liur. Dia mengangguk perlahan.

"Eun, awak jangan takut. Awak selamat dekat sini. Anggaplah rumah ini ialah safe house pada awak. Lagipun, suami awak tak tahu awak ada kat sini. Lainlah kalau awak keluar rumah, takut-takut dia hantar pengintip. So, awak jangan risau ya?"

Gadis itu hanya menyepi. Dia cuba menolak rasa takutnya. Sungguh, traumanya masih tidak hilang. Duduk rumah seorang diri tanpa sesiapa membuatkan dia teringat kisah lama. Baekhyun yang melihat gadis itu menyepi mula memikirkan jalan lain.

"Apa kata macam nih, saya cuba balik awal. Sebelum langit gelap saya balik. Setuju?"

Eunhye perlahan menaikkan anak matanya memandang Baekhyun. Dia bukan mengada, cuma dia takut kalau-kalau Jongin berjaya menemuinya di sini. Tak mustahil lelaki itu boleh jumpa dia di sini. Tambah-tambah pula suaminya itu telah mengupah beberapa orang untuk mencarinya.

Eunhye cuba untuk senyum. Lalu, dia mengangguk kecil. Dia merasa bahawa dia telah menyusahkan Baekhyun. Lelaki itu banyak membantunya. Pada masa yang sama, Baekhyun sangat ambil berat pasalnya.

"Maaf, Baekhyun. Saya tak ada niat nak susahkan awak. Tapi saya...."

"Tak apa, Eun. Saya faham. Lagipun, trauma awak tak hilang lagi kan?"

Eunhye mengemamkan bibirnya. Nafas dilepaskan perlahan. Kenapalah dia hidup sebegini? Terasa seperti dia kena himpit dengan dunia.

"Tapi, kalau awak terpaksa balik lambat, saya tak apa-apa. Saya cuba sesuaikan diri dekat rumah nih seorang diri. Saya tahu kerja awak banyak. Jadi, tak apa. Saya okey"

Baekhyun tersenyum mendengar kata-kata yang diutarakan oleh Eunhye. Kelihatan seperti gadis itu ingin melawan persekitaran negatif yang menyelubunginya. Baguslah kalau macam tuh.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu