42 | EMERGENCY

88 13 0
                                    

Eunsang meraup wajahnya perlahan. Kedua belah matanya dipejamkan. Tidak percaya dengan kata-kata akaknya itu.

"Kenapa kau rumitkan lagi keadaan, hah? Kenapa kau kata kat dia macam tuh?"

Eunhye yang berada di depannya dia renung dengan penuh tak puas hati. Dia tidak sangka kakaknya itu lagi sekali berkata bohong akan perasaannya terhadap Baekhyun.

"Aku dah fikir masak-masak. Dia bukan jodoh aku"

"Eh, pergi jahanam lah dengan fikiran masak-masak kau tuh. Kau.."

Eunsang menenangkan diri. Tak sangka dia betul-betul marah dengan perbuatan tak bijak oleh kakaknya itu.

"Ok, sekarang kau nak buat apa?"

Eunhye menyandarkan diri pada kepala katil. Nafas berat dilepaskan perlahan.

"Aku nak move on"

"Kau memang tak bijak, kan?"

"Ya, aku tak bijak. Aku tahu semua itu. Dan aku tahu apa yang aku buat ini lebih baik. Biarlah aku tak kahwin selamanya. Aku nak jaga kau"

Mendengar kata-kata Eunhye itu, Eunsang pantas memusingkan kerusi rodanya ke belakang dan mengerakkannya ke arah balkoni. Eunhye yang melihat akan tindakan Eunsang itu hanya mampu mengeluh. Dia tahu adiknya itu tidak suka akan semua ini. Adiknya pun sudah malas ingin melayannya lagi.

Tak lama selepas itu, telefon Eunhye yang berada di sebelahnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia pun merenung skrin telefonya itu untuk melihat nama pemanggil.

Unknown number?

Dengan perlahan-lahan, dia mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan itu. Rasa tak sedap hati tiba-tiba menguasai dirinya.

"Hello? Sia –"

"Cik? Cik waris kepada Byun Baekhyun?"

Naik berkerut dahi Eunhye dibuatnya. Kenapa tiba-tiba nama lelaki itu diutarakan oleh pemanggil yang tak dikenalinya itu?

"Boleh saya tahu kenapa?"

"Cik, Baekhyun kemalangan"

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now