21 | DRUNK

105 15 0
                                    

Malam.

Eunhye berseorangan di rumahnya. Langkahnya menuju ke tingkat bawah. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Walaupun rumah ini merupakan neraka baginya dulu, tetapi tetap rumah ini milik mendiang ibu bapanya. Di sinilah dia membesar. Kenangannya dengan mendiang ibu bapanya banyak tercipta di sini. Sebab itulah dia masih sayang untuk tinggalkan rumah ini.

Rumah ini menggunakan sistem keselamatan yang berteknologi tinggi. Orang luar susah untuk menjejakkan kaki ke rumah ini. Sebab itulah Eunhye selamat di sini. Jongin pun tak lepas masuk kerana dia telah menukar semua kata laluan. Jadi, dia percaya ini merupakan safe housenya.

Berkata tentang safe house, serta merta Eunhye teringat akan Baekhyun. Dia tahu lelaki itu sukar untuk melepaskannya keluar. Sepanjang menghantarnya ke sini, Baekhyun hanya diam. Tapi, dia menghormati keputusan Eunhye pada masa yang sama. Dia tahu Baekhyun sangat jaga kehormatannya. Tak pernah sekali pun Baekhyun mengambil kesempatan ke atasnya. Kalau kebetulan itu, tak usah cakaplah. Dia pun tak sangka Baekhyun memeluknya tadi. Pada Eunhye, pelukan Baekhyun sangat menenangkannya. Apabila dia mempunyai masa yang sulit, lelaki itu pantas membawanya ke dalam dakapan hangat.

Perut Eunhye mula bekeroncong. Baru dia ingat dia belum makan malam. Nak memasak, mustahil Jongin membeli barang memasak sebelum ini. Lalu, telefon bimbit dikeluarkan. Aplikasi memesan makanan ditekan. Memang dia tengah lapar sekarang. Tambahan pula dia sedang kebosanan. Mungkin lepasnih dia kena cari kerja. Pasal perniagaan keluarganya, dia tidak bersedia lagi untuk mengambil alih lagi.

***********

Ting! Tong!

Loceng rumah berbunyi. Eunhye segera ke telekom yang berada di dapur. Kelihatan seorang runner sedang tunggu di luar.

"Kejap ya!"

Dia pun berlari anak ke arah pintu rumah selepas bercakap melalui telekom tersebut. Pintu pagar dibuka. Dari pintu rumah, Eunhye melirikkan matanya ke arah luar pintu pagar. Kosong.

"Mana dia?"

Eunhye menjenggulkan kepalanya ke luar. Tiada sesiapa. Bulu romanya terus meremang. Dia menolak semua perkara mengarut yang mengatakan ada hantu di sini. Lalu, dia menutup pintu.

Sedang dia ingin menutup pintu, tiba-tiba ada satu tangan menghalang pintu tersebut daripada ditutup. Serta merta Eunhye terkejut. Dengan tak semena-mena, lelaki yang ditakutinya selama ini muncul di sebalik pintu.

"Sayang"

Serta merta mata Eunhye membulat. Lantas, dia cuba untuk menutup pintu tetapi tangan Jongin yang sasa itu kuat menolak pintu itu sehingga terkuak luas. Akibat ditolak oleh pintu, Eunhye jatuh ke belakang. Jongin berjaya masuk ke dalam rumah dan mendekatinya. Eunhye pantas bangun dan berundur ke belakang. Kelihatan Jongin berjalan ke arahnya secara terhuyung-hayang, seperti orang mabuk.

"Apa....apa awak buat dekat sini...."

"Balik rumahlah, nih kan rumah saya juga...."

Eunhye perlahan mengundur ke belakang. Undur punya undur, dia terlanggar meja dan terjatuh. Habis segala buku yang berada di atas meja tersebut jatuh mencecah lantai. Eunhye laju mengesot ke belakang.

"Keluar....keluar dari rumah saya...."

"Rumah aku!"

Lalu, Jongin pantas menarik kaki Eunhye ke arahnya. Dia duduk di atas gadis itu. Eunhye mengigil ketakutan. Air matanya mula bertakung pada tubir mata. Jongin menahan kedua belah tangan Eunhye di sisi kepala perempuan itu. Mata Jongin merenung setiap inci wajah Eunhye.

"Aku rindu kau. Boleh aku lepaskan rindu aku sekarang?"

"Lepaskan saya, Jongin! Awak dah gila! Awak tak ada hak nak sentuh saya!"

Lalu, mulut Eunhye ditutup oleh tangan besar milik Jongin. Jongin merenungnya tajam.

"Aku nak rasa kau. Malam nih je. Boleh, Eunhye? Kita usahakan apa yang kita tak dapat dulu?"

Air mata Eunhye mula mengalir. Kepala digelengkan laju. Dia terperangkap. Jongin pun membuka pantas bajunya. Tubuh sasa milik Jongin ditayangkan di depan Eunhye. Eunhye mengelitik ingin lepaskan diri.

"Lepaskan saya!"

"No, aku rindu kau, Eunhye. Sangat"

Jongin mendekatkan wajahnya ke arah Eunhye. Lelaki itu mabuk. Nafsu kelakiannya menguasai dirinya sekarang. Kemudian, Jongin ingin mencium bibir Eunhye. Tetapi, gadis itu banyak kali berpaling ke kiri dan ke kanan untuk menghalang bibirnya disentuh oleh bibir lelaki itu.

"Apa susah sangat kau nak faham nih, perempuan! Aku kata aku rindu kau!"

Jongin yang keberangan akan tindakan Eunhye itu menjauhkan wajahnya dari Eunhye dan menampar pipi perempuan itu banyak kali. Eunhye mengerang kesakitan. Lukanya yang dulu kembali. Dia ditampar sehingga tepi bibirnya pecah.

"Baik kau mati je lah, perempuan!"

Lantas, Jongin mencekik leher Eunhye pula. Eunhye mula merasa tekaknya tersekat. Dia sukar untuk bernafas namun sedaya upaya menolak dada sasa milik lelaki itu. Memang tak dapat dinafikan lelaki itu lebih kuat daripadanya. Lalu, sebelah tangannya meraba-raba di atas lantai. Buku yang bertaburan di atas lantai dicapai lalu pantas memukul kepala Jongin. Jongin pun melepaskan cengkamannya di leher Eunhye seraya mengerang kesakitan. Dengan peluang ini, Eunhye menolak lelaki itu kuat dan terus berlari ke arah pintu. Dia mencari-cari kunci kereta yang tergantung di tepi pintu. Tanggannya yang menggigil itu telah membuatkan kunci kereta jatuh ke lantai tanpa sengaja.

"Bodoh kau, perempuan!"

Jongin berlari laju ke arah Eunhye. Eunhye menggigil mengambil kunci. Lantas, rambutnya yang hitam itu disambar laju oleh Jongin yang mencangkung di depannya.

"Kau ingat kau boleh lari dari aku?!"

Sebelah tangan Eunhye meraba-raba kunci kereta yang berada di atas lantai. Apabila tanggannya sentuh sahaja kunci kereta tersebut, laju dia mencucuk-cucuk tangan Jongin yang menarik rambutnya dengan hujung kunci itu kuat. Jongin mengerang kesakitan dan Eunhye terus lari ke arah kereta yang berada di garaj. Enjin di hidupkan dan laju kereta yang dipandu oleh Eunhye meninggalkan perkarangan rumahnya.

Jongin mendengus geram. Dia bernafas laju. Belakang tangannya yang dicucuk oleh kunci kereta tadi dipegang. Laju darah mengalir keluar.

"Eunhye, aku akan balas dendam"

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now