26 | FIRST KISS

132 20 0
                                    

Sudah hampir tiga jam Eunhye menunggu Baekhyun di dapur. Juadah enak sudah tersedia di atas meja. Dia memasak untuk lelaki itu sebagai tanda minta maaf tetapi lelaki itu pula tidak turun untuk makan. Apa lelaki itu masih merajuk?

Eunhye tak tahan tunggu lama-lama. Dia pun naik ke tingkat atas seraya menuju ke arah bilik Baekhyun. Apabila dia betul-betul sudah berdiri di depan pintu bilik Baekhyun, langkahnya terhenti. Dia seakan baru menyedari tindakannya untuk memujuk Baekhyun keluar daripada biliknya. Apa dia melakukan tindakan yang betul?

Cepat-cepat gadis itu mengeleng. Ini saja cara untuk meminta maaf kepada lelaki itu. Lalu, Eunhye berdehem perlahan membetulkan suaranya sebelum sebelah tanggannya yang membentuk penumbuk mengetuk pintu bilik Baekhyun. Dia mengetuk beberapa kali.

"Baekhyun? Turunlah. Saya ada....saya ada masak untuk awak"

Memang ini kali pertama Eunhye memanggil Baekhyun yang berada di dalam bilik. Sudah pasti dia berasa gementar.

Diam.

Tiada sahutan. Eunhye lagi sekali mengetuk pintu yang berada di depannya.

"Baekhyun.....saya...saya minta maaf....."

Suara Eunhye menurun. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat untuk memujuk lelaki itu.

Masih tiada sahutan.

Apa lelaki itu betul-betul marah akannya?

Eunhye hanya mampu melepaskan nafasnya. Sudah terbukti Baekhyun berasa kecewa akibat perbuatannya. Dia mengalah.

Belum sempat dia ingin melangkah pergi, bunyi kuakan pintu menyapa deria pendengarannya. Pantas Eunhye berpaling ke arahnya.

Baekhyun.

"Baekhyun....saya...."

"Masuklah dulu"

Eunhye yang tertunduk itu terus mengangkat wajahnya. Dia melihat belakang Baekhyun yang berjalan ke arah sebuah meja kerja yang berada di dalam bilik lelaki itu. Eunhye jadi terpana. Boleh ke dia masuk ke bilik lelaki itu?

"Eunhye, masuklah"

Baekhyun memalingkan sedikit kepalanya ke arah muka pintu, tempat Eunhye berdiri. Eunhye pun hanya mengikut kata. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Baekhyun dan menutup pintu bilik itu semula. Matanya mula meliar memandang bilik Baekhyun. Kemas. Ya, itu perkataan yang sesuai untuk mengambarkan bilik itu.

"Duduklah dulu"

Eunhye memandang Baekhyun yang duduk di sofa. Lelaki itu menepuk-nepuk ruang kosong di sebelahnya. Eunhye pun berjalan ke arahnya dan duduk di situ. Matanya terus tertancap ke arah meja yang ketinggiannya lebih tinggi sedikit daripada sofa yang dia duduki. Kelihatan banyak kertas kerja dan fail-fail. Dia hanya mampu melihatnya, tidak mampu untuk memahaminya.

"Eun, tengok nih"

Mata Eunhye tertancap pada fail yang dipegang oleh Baekhyun. Dia memandang lelaki itu sekilas, tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

"Ini klien saya. Dua tahun lepas dia suruh saya jadi peguamnya. Dia tahu dia tak bersalah. Sebab tuh dia yakin habiskan duit untuk upah peguam demi membelanya. Dia tekad untuk membuktikan yang dia tak salah"

Eunhye hanya memandang fail yang diselak perlahan oleh Baekhyun. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu tiba-tiba menceritakan pasal kliennya. Tetapi, dia hanya mendengar sahaja. Tidak sopan pula menolak untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

"Klien saya nih dia berani orangnya. Dia kata dekat saya yang dia buat semuanya sendiri semata-mata untuk terlepas daripada tuduhan palsu. Dia tak perlukan bantuan orang lain selain saya. Dia tak takut untuk berdepan dengan polis walaupun pada masa yang sama dia terpaksa berhadapan dengan musuhnya. Dia tahu musuhnya itu bila-bila masa saja boleh membunuhnya kerana dia libatkan pihak polis. Tetapi dia tetap teruskan usahanya itu. Nak tahu kenapa?"

Baekhyun pandang sisi. Dia memandang Eunhye yang duduk di sebelahnya lama. Sempat dia memandang setiap inci wajah gadis itu. Eunhye yang dipandang lama oleh Baekhyun itu terkejut. Dia mengeleng perlahan meminta untuk lelaki itu meneruskan kata-katanya.

"Sebab dia yakin pada diri dia. Dia yakin dia boleh bebas daripada perasaan takut. Dia tak nak musuh dia tahu ketakutannya sebab itu boleh merendahkan lagi dirinya. Dia tak nak kelihatan pengecut di depan musuhnya. Dia tak nak selamanya dia berada di bawah pengaruh musuhnya. Dia nak bebas daripada ketakutannya. Dan dia yakin dia boleh"

Eunhye terkesima. Dia merasakan cerita ini berkait rapat dengannya. Seolah-olah Baekhyun menceritakan semua ini untuk menyedarinya.

"Jadi, boleh awak buat perkara yang sama?"

Baekhyun lagi sekali memandang Eunhye. Eunhye pun. Dia memandang lelaki itu tepat pada matanya. Lalu, dia mengangguk perlahan. Dia tahu Baekhyun cuba membuang segala pemikiran negatif yang menyelebunginya. Oleh itu, dia cuba untuk berasa yakin akan dirinya.

Melihat anggukan Eunhye itu, Baekhyun tersenyum kecil. Dia kembali memandang fail di depannya.

"Saya tahu sukar bagi saya untuk merasakan apa yang awak rasa. Tapi percayalah, Eun. Saya faham dengan situasi awak. Sebab itu saya cuba untuk atasi ketakutan awak. Awak cuma perlu yakin, itu je"

Eunhye menunduk bermain dengan jari. Memang betul apa yang dikatakan oleh Baekhyun itu. Dia sepatutnya tak perlu berasa takut memandangkan sekarang dia berada dekat dengan Baekhyun. Memang kita kena ambil pengajaran setelah semua perkara buruk terjadi. Tetapi kita juga kena yakin pada diri sendiri. Tak usah kita jadikan peristiwa pahit sebagai alasan untuk kita tidak terus mara ke hadapan. Kita manusia, masing-masing berbuat kesilapan.

"Eun"

Belum sempat Eunhye ingin berpaling sepenuhnya ke arah Baekhyun, bibirnya pantas bersentuhan dengan bibir milik lelaki itu. Dia jadinya tergamam. Seakan tidak percaya bahawa Baekhyun menciumnya. Lama-kelamaan, dia memejamkan mata. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia rasa dirinya seperti disayangi. Disayangi oleh lelaki yang menciumnya sekarang.

TBC

Ehem aku tak tahu apa yang aku melalut dalam chapter nih.

Jemput komen n vote yeh. Jangan kedekut vote (╥_╥)

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now