45 | ALWAYS N FOREVER

138 16 0
                                    

Tubuh Eunhye mengeletar. Dia berasa sangat gugup. Pegangannya pada bunga dieratkan. Laju jantungnya berdengup.

Sesekali matanya melirik ke arah cermin depan. Pantulan dirinya yang sudah siap bergaun putih dipandang lama. Tak sangka dia bakal mengakhiri zaman bujangnya tak lama lagi.

"Cik Eunhye, jom. Pengantin lelaki dah sampai"

Seorang jurugaya perempuan menjelma di pintu. Eunhye mengangguk. Makin bertambah kegusarannya. Dirinya kemudian dibantu oleh jurugaya perempuan tadi untuk bangun. Gaun pengantinnya sangat labuh sehingga meleret di atas bumi. Dia perlahan-lahan berjalan keluar dari bilik persendirian itu.

Berjalan punya jalan, kini dia berada betul-betul di depan pintu masuk dewan ini. Dia cuba mengawal nafas dengan melepaskannya perlahan. Lalu, pintu besar itu dibuka memaparkan mata-mata para hadirin yang memandangnya.

Eunhye berjalan perlahan-lahan sambil menunduk. Bunga pada tangannya dipegang erat. Apabila dia merasa yakin, dia mengangkat kepalanya. Serta merta Baekhyun yang lengkap bersut menyapa penglihatannya. Lelaki itu sedang memandangnya sambil menunggu di atas pentas dengan sabar. Baekhyun senyum ke arah Eunhye. Senyuman itu lebih menyakinkan Eunhye.

Apabila Eunhye sudah tiba di pentas, Baekhyun menghulurkan tangannya untuk membantu Eunhye naik. Eunhye menyambut dan berdiri di depan Baekhyun. Bibir lelaki itu tak pernah lekang dengan senyuman sejak dia berjalan masuk ke sini. Dia pun terpukau dengan ketampanan Baekhyun yang lengkap bersut itu.

Memang lelaki itu selalu memakai sut untuk pergi ke kerja. Tetapi apa yang lainnya ialah gayanya. Ya, gayanya. Gaya rambutnya yang menampakkan dahinya itu sungguh menambahkan lagi ketampanan Baekhyun.

"Byun Baekhyun, adakah awak menerima Shin Eunhye sebagai isteri awak walaupun dalam susah, senang, pahit dan gentir?"

"Saya sudi"

"Shin Eunhye, adakah awak menerima Byun Baekhyun sebagai suami awak walaupun dalam susah, senang, pahit dan gentir?"

Eunhye senyum. Senyum ke arah Baekhyun. Baekhyun pun. Dia sabar menunggu jawapan di sebalik perkahwinan ini.

"Saya sudi"

"Dengan ini, saya mengistiharkan kamu berdua sebagai suami isteri"

Orang ramai bertepuk tangan. Terasa satu beban pada bahu Eunhye tadi hilang serta merta. Dirinya bukan lagi Shin Eunhye. Malah, sudah ditukarkan kepada Byun Eunhye iaitu isteri kepada Byun Baekhyun.

Lalu, Baekhyun pun menghampiri Eunhye. Kedua belah tangan Eunhye dipegangnya erat sebelum bibir munggil Baekhyun mendarat di atas kepunyaannya.

Eunhye gembira. Kini, Baekhyun sebahagian daripada hidupnya sekarang. Baekhyun ialah segala-gala baginya. Dan dia tidak sangka pertemuan dirinya dengan Baekhyun dahulu yang secara kebetulan kini berakhir dengan kisah cinta yang menakjubkan.

Dia sayang Baekhyun. Sayang sangat. Eunhye sangat berharap supaya dia dan Baekhyun akan bahagia hidup bersama selamanya. Sentiasa dan selamanya.

THE END

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now