24 | WAKE UP!

116 14 0
                                    

Pagi.

Eunhye perlahan-lahan menuruni tangga. Sementara itu, matanya meliar di sekeliling ruang rumah. Dia takut lelaki itu ada berhampiran. Bukan takut, dia malu. Sungguh, entah apa yang merasukinya sampai dia begitu malu untuk bertemu dengan lelaki itu.

Sekarang sudah pukul 8 pagi. Sudah pasti lelaki itu telah bergerak ke tempat kerja. Apabila mendapati dia seorang sahaja yang berada di rumah itu, Eunhye pun berjalan ke dapur.

Tiba-tiba Eunhye teringat peristiwa semalam di mana Baekhyun tidak berada di ruang tamu sebaliknya di dapur. Kalau lelaki itu masih tidak pergi kerja, pasti lelaki itu sedang bersarapan di dapur. Dia pun berpusing ke belakang dan kembali menuju ke arah tangga. Bukannya apa, dia masih segan untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Apabila dia sampai di depan pintu untuk menaiki anak tangga, tiba-tiba pintu di depannya terbuka dari luar. Dengan tidak semena-mena, Baekhyun masuk ke dalam dengan berpakaian sukan dan berseluar pendek sambil dahinya dipenuhi dengan peluh. Eunhye jadinya tergamam apabila melihat lelaki itu berdiri di depannya. Melihat reaksi Eunhye itu, Baekhyun jadi pelik.

"Eun? Ada apa?"

Seperti biasa, mulut Eunhye terbuka dan tertutup. Kali ini, dia betul-betul tak tahu apa yang perlu dia utarakan kepada lelaki itu. Buat seketika dia termenung melihat Baekhyun. Baekhyun pada matanya kelihatan begitu berbeza daripada sebelum ini. Entah mengapa pada mata Eunhye lelaki itu kelihatan......seksi. Eunhye jadinya terpesona dengan ketampanan lelaki itu sekarang. Baekhyun yang melihat Eunhye memandangnya lama mula pelik.

"Eunhye? Awak okey?"

Baekhyun menundukkan kepala sedikit untuk memandang Eunhye dengan lebih jelas. Cepat-cepat gadis itu mengoyangkan kepalanya ke kanan dan kiri laju seraya melontarkan pandangannya ke tepi.

"Saya....nak naik"

"Awak dah makan?"

Mata Baekhyun masih memandang perempuan itu. Dia menjadi begitu tertanya-tanya kenapa Eunhye jadi gagap sejak semalam.

"Hmm...be...belum..."

"Kalau macam tuh, jomlah kita makan sama"

Eunhye semakin tak keruan. Dia menggaru pipinya yang tak gatal. Baekhyun masih menantikan jawapan gadis itu.

"Boleh, Eunhye?"

"Hah?"

Eunhye yang kelihatan blur itu membuatkan Baekhyun menahan ketawa. Dia tersenyum melihat gadis di depannya itu.

"Kita makan sama-sama. Boleh, Eunhye?"

Eunhye mengangguk perlahan. Baekhyun tersenyum puas mendengar jawapan daripada Eunhye. Lalu, tangannya diangkat dan membelai kepala Eunhye lembut. Mendapat belaian daripada Baekhyun itu, Eunhye seakan berhenti bernafas. Jantungnya laju menahan malu.

"Saya naik atas kejap, mandi. Nanti saya siapkan sarapan. Boleh, Eunhye?"

Baekhyun tetap dengan senyumannya seraya menjatuhkan tangannya daripada kepala Eunhye. Eunhye seakan berada di dunianya sendiri. Dia boleh rasa pipinya hangat memerah sekarang.

"Boleh, Eunhye?"

Baekhyun lagi sekali bertanyakan soalan yang sama. Lembut sahaja suaranya. Lalu, Eunhye pun mengangguk perlahan. Jangan haraplah dia ingin memandang Baekhyun sekarang. Boleh menempah maut namanya. Mahu sahaja dia ingin berlari ke biliknya dan menyebamkan mukanya di bantal sekarang. Sungguh, dia malu dengan Baekhyun yang melayannya tak lari seperti pasangan kekasih.

"Ok, saya naik dulu"

Baekhyun melangkah ke tingkat atas. Eunhye masih membeku di tempat dia berdiri. Lalu, sebelah tangannya diangkat dan memegang kepalanya yang dibelai oleh Baekhyun tadi. Perlahan-lahan nafas berat dilepaskan.

Kau dah kenapa, Eunhye? Wake up!

**********

Eunhye perlahan-lahan menjamu sarapannya. Dia melihat Baekhyun yang berada di depannya sekilas. Lelaki itu berpakaian tak formal. Dia hanya memakai T-shirt putih selain baju kemeja dan tuxedonya. Apa dia tak ke pejabat harinih?

"Eunhye, nanti ikut saya buat report polis pasal Jongin. Saya perlukan awak untuk bagi keterangan kepada polis"

Petah Baekhyun berkata sebelum menyuapkan sarapan ke dalam mulutnya. Eunhye yang mendengarnya terus menaikkan anak mata memandang lelaki di depannya itu.

"Saya....saya tak pasti kalau saya boleh....saya...."

"Jangan takut. Saya teman awak bila berhadapan dengan pihak polis nanti, hm?"

Baekhyun memandang Eunhye, cuba menyakinkan gadis itu. Hakikatnya, gadis itu takut untuk berurusan dengan pihak polis. Dia takut kalau Jongin dapat tahu yang dia sedang duduk satu rumah dengan Baekhyun. Tambah-tambah pula, lelaki itu sudah sedia maklum di mana rumah Baekhyun berada memandangkan Baekhyun merupakan kawannya dulu.

"Boleh, Eun?"

Eunhye campak perspektif negatif itu jauh-jauh. Bibirnya perlahan-lahan menguntumkan senyuman ke arah Baekhyun. Kepala diangguk perlahan.

"Boleh"

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang