29 | WHERE RU?

101 17 1
                                    

Baekhyun memandu ke arah rumahnya. Bibirnya dari tadi tidak lekang dari senyuman. Entah mengapa, dia berasa yakin bahawa Eunhye akan menerima lamarannya. Dia tahu gadis itu ada sekelumit perasaan kepada dirinya dan firasat dia sebagai seorang peguam itu tidak pernah salah. Daripada perilaku gadis itu yang tidak pernah menolak pelawaannya, dia boleh tahu Eunhye benar-benar ada hati dengannya. Tengoklah ketika Eunhye banyak kali tergagap di depan Baekhyun selepas lelaki itu meminta untuk menjadi isterinya. Pada mata Baekhyun, Eunhye sungguh comel dalam menyembunyikan perasaannya.

Sedang Baekhyun berhenti di lampu isyarat merah, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Baekhyun melihat nama yang terpapar di skrin Iphone miliknya sekilas.

'Kang Mina'

Terus Baekhyun memandang ke depan semula, dibiarkan telefonnya itu berdering tidak diangkat. Dia malas ingin melayan perempuan itu yang belakangan ini sering menghantar mesej kepadanya. Tidak cukup dengan mesej, panggilan pula dia lontarkan. Baekhyun sendiri tidak tahu apa sebenarnya niat perempuan itu untuk bertunang dengannya. Bukannya Baekhyun tak ada alasan untuk tidak melayan perempuan itu, cuma dia malas ingin mengutarakannya. Biarlah perempuan itu rasa sendiri perasaan bagaimana dipinggirkan. Sudahlah menghancurkan perasaannya, kini dia ingin menegakkan benang yang basah pula. Baekhyun pun dah sedia maklum bahawa tunangnya itu sudah ada lelaki lain. Baru dia tahu tunangnya itu playgirl orangnya. Lelaki di sekeliling pinggang. Tidak hairanlah Baekhyun salah satu yang terjerat dengan kecantikkannya.

Kereta diparkirkan di garaj. Enjin dimatikan dan pantas Baekhyun keluar dari kereta. Langkah terus dihayunkan ke arah pintu rumahnya. Dia kembali tersenyum apabila memikirkan Eunhye, gadis yang dia sayang. Macam orang gila pula tersenyum seorang diri.

Belum sempat Baekhyun ingin memulas tombol pintu, tiba-tiba pintu rumahnya dibuka dan memaparkan orang lain selain Eunhye. Serta-merta senyumannya hilang apabila melihat perempuan yang berdiri di depannya itu.

"Mina? Apa awak buat dekat rumah saya?"

"Baekhyun, I miss you..."

Belum sempat Mina ingin menyatukan badannya dengan Baekhyun untuk memeluk lelaki itu, cepat-cepat Baekhyun bergerak ke belakang. Dia masih tidak dapat terima mengapa tunangnya itu berada di depannya sekarang, bukan Eunhye.

Mina yang melihat Baekhyun mengundur ke belakang itu mula cemek. Dia seperti sengaja berlaku manja di depan Baekhyun.

"Baek, why? Kita dah lama tak jumpa. Kenapa awak layan saya macam nih?"

Baekhyun tidak mempedulikan Mina yang terpacak berdiri di depannya. Sebaliknya, dia mengintai-ngintai ke dalam rumahnya sambil mencari kelibat Eunhye.

"Awak cari Eunhye?"

Pantas mata Baekhyun terjatuh pada Mina. Gadis itu menyilangkan kedua belah tangannya di dada sambil memandang Baekhyun dengan pandangan tidak percaya.

"Baek, kenapa awak benarkan perempuan lain tidur di rumah awak?"

Mina mendekatkan dirinya ke arah Baekhyun. Dan lagi sekali, Baekhyun mengundur ke belakang.

"Mana dia?"

Mina mencampakkan senyuman sinisnya ke arah Baekhyun. Dia seolah tidak percaya lelaki itu menyoal tentang keberadaan perempuan lain selain dirinya.

"Dah kenapa awak sibuk sangat pasal perempuan simpanan tuh?"

"Jaga mulut awak, Mina. Saya tanya elok-elok mana Eunhye?"

"Saya dah halau dia. Dan dia pergi dengan kereta dia. Baek, please boleh tak awak –"

Lantas, Baekhyun bergerak ke arah keretanya semula dan masuk ke dalamnya. Keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumahnya. Dia tidak mempedulikan Mina yang banyak kali memanggilnya sebaliknya dia membuat panggilan untuk berhubung dengan Eunhye. Malangnya, sudah banyak kali dia menghubungi Eunhye tetapi apa yang dia dapat hanyalah hampa. Eunhye tidak menjawab panggilannya seolah-olah gadis itu mematikan telefonnya.

Eunhye, mana awak?

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now