1 | ENCOUNTER

211 17 2
                                    

Baekhyun menyandarkan diri pada kerusinya. Terasa kebas kakinya apabila hampir seharian berada di meja kerja untuk menguruskan kes kliennya. Itulah kerja seorang peguam, bertungkus lumus untuk menang dalam perbicaraan demi membela kliennya di hadapan hakim. Sama ada ingin menegakkan benang yang basah atau tidak, dia terpaksa menguruskan kesemuanya sendirian. Tapi dia pasti, kliennya berada di pihak yang tertuduh. Dia takkan ambil kes klien yang sudah terang lagi bersuluh bersalah dalam satu kes.

"Baek, kau tak balik ke?"

Baekhyun memandang sisi. Kelihatan rakan sekerjanya, Taehyung sedang berdiri di muka pintu, ingin pulang.

"Hm, kejap lagi aku balik. Kau baliklah dulu"

Baekhyun menegakkan badannya, menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Jarinya kembali ligat pada papan kekunci komputer riba miliknya.

"Jangan balik lambat sangat. Dah malam nih"

"Yeee yeee"

Taehyung menggeleng kecil. Tahu sangat dengan perangai keras kepala kawannya itu. Tak pernah nak terima nasihat orang. Lalu, dia pun pergi meninggalkan pejabat sekaligus meninggalkan kawannya yang sedang bertungkus lumus itu. Baekhyun menelek jam. Dah pukul 8 malam. Hanya dirinya sahaja yang berada di pejabat itu. Tetapi, dia hanya biarkan sahaja masa berlalu. Baginya, kerja yang lebih penting.

**********

Pukul 10 malam.

Tak sangka punya lama Baekhyun berada di pejabat. Tapi bagi dia, masa tak berlalu sepantas itu. Oleh itu, Baekhyun mengambil keputusan untuk pulang dulu ke rumah. Kerjanya masih belum habis. Tetapi bila difikirkan kalau nak siapkan kesemuanya dalam satu masa, boleh lebam mata Baekhyun dibuatnya. Nasib saja lelaki itu ada insomnia. Kalau tak, mesti dah tersengguk-sengguk.

Baekhyun menapak keluar dari firma guaman dan melangkah ke arah subway terdekat. Memandangkan keretanya dihantar ke bengkel, dia terpaksa ulang-alik menaiki train. Dia pun tak suka menaiki train disebabkan orang ramai berpusu-pusu keluar dan masuk serta berhimpit antara satu sama lain. Sebab itulah dia memilih balik lambat untuk mengelakkan orang ramai.

Apabila sudah sampai di stesen pilihannya, Baekhyun bangun dari duduk, siap sedia untuk keluar. Dia berdiri di depan pintu, menunggu ia terbuka. Sementara itu dia mengurut tengkuk dan belakang badannya. Sakit kemain. Ini semua salah kerusi kerjanya. Keras lain macam.

Keluar sahaja dari train, tiba-tiba badannya dilanggar oleh seorang perempuan membuatkan badannya tergerak ke belakang. Dahlah badan dah sedia sakit, dilanggarnya pula. Tetapi Baekhyun tidak melenting. Sebaliknya, hanya menundukkan diri ke arah perempuan itu.

Sedang dia mengangkat muka untuk memandang gadis itu, rasa terkejut menguasainya apabila kelihatan muka perempuan itu penuh dengan lebam dan luka. Dia jadi semakin pelik apabila melihat perempuan itu hanya berkaki ayam sementara rambutnya yang kelihatan agak kusut. Gaun putih labuh paras bawah lutut kelihatan terdapat beberapa tompok kotoran tanah. Baekhyun bertambah pelik apabila melihat perempuan tersebut berada di dalam ketakutan, seperti ada seseorang yang mengejarnya dari belakang. Kejap dia tengok belakang, kejap dia tengok tepi.

"Cik...okey?"

Baekhyun cuba untuk menenangkan perempuan itu. Dia mencari wajah gadis itu, meminta gadis itu memandangnya. Tetapi, gadis itu setia dengan ketakutannya.

"Cik?"

Baekhyun memegang sebelah bahu gadis itu. Bagai ada arus elektrik yang mengalir, perempuan itu terus menjauhkan dirinya daripada Baekhyun. Terus mata Baekhyun dan gadis itu tertancap antara satu sama lain.

"Cik okey?"

Gadis itu mengangguk laju lalu terus memasuki train yang Baekhyun naik tadi. Baekhyun jadi semakin pelik. Dah kenapa dengan perempuan itu?

Sebaik sahaja train itu bergerak, Baekhyun tertangkap suara dua orang lelaki yang mencarut kepenatan. Dia pun memandang lelaki tersebut. Kedua-duanya bertubuh sasa dan tinggi.

Lalu, dua orang lelaki itu berlalu pergi dengan riak wajah seperti kalah dalam perlumbaan. Kepala Baekhyun ligat memikirkan sesuatu. Apa mereka yang ditakutkan oleh perempuan tadi? Tapi, kenapa mereka nak mengejar perempuan tadi pula? Baekhyun jadi semakin tertanya-tanya. Timbul pula perasaan kasihan kepada perempuan itu tadi. Dahlah mukanya penuh dengan lebam, dikejar pula oleh orang yang bertubuh sasa. Tapi, sebelah diri Baekhyun berasa lega kerana perempuan itu berjaya melepaskan diri daripada tertangkap dengan lelaki tersebut.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Место, где живут истории. Откройте их для себя