2 | HER

150 18 0
                                    

Keesokkan harinya.

Kepala Baekhyun ligat memikirkan nasib perempuan semalam. Takut-takut kalau perempuan itu berjaya ditangkap oleh lelaki-lelaki yang bertubuh sasa semalam. Fikirannya terhadap perempuan itu membuatkan kerjanya tergendala. Dia hanya mengelamun sambil memandang ke luar tingkap. Kenapa negara nih penuh dengan perbuatan jenayah? Jenayah terhadap perempuan sama sekali. Itulah perkara yang paling dibenci oleh Baekhyun. Baginya, perempuan tidak layak dilawan oleh lelaki yang sentiasa dahagakan nafsu. Sudah pasti pihak lelaki yang selalu menang kerana bagi Baekhyun perempuan ini memang lemah lembut sifatnya. Tidak hairanlah statitik kes jenayah terhadap perempuan semakin bertambah. Hampir setiap hari dada akhbar dihiasi dengan jenayah terhadap perempuan.

"Hei, menungkan apa tuh?"

Taehyung memukul bahu Baekhyun dengan fail di tangannya. Lalu, dia melabuhkan punggungnya di atas meja kerja Baekhyun. Terkejut Baekhyun dibuatnya apabila kawan baiknya itu mengejutkan dia dari lamunan. Serta-merta lamunan dia tadi hilang.

"Hm, entahlah"

"Entahlah?"

Taehyung tergelak kecil melihat kawannya itu. Kenapalah Baekhyun seperti serabut memikirkan sesuatu.

"Entahlah, aku fikirkan pasal perempuan yang aku jumpa semalam. Kau tahu tak, semalam aku jumpa dia...."

"Shhhh, apa kau cakap? Perempuan? Woh, sejak bila kau mula cakap pasal perempuan nih?"

Baekhyun menjeling Taehyung dengan pandangan penuh rasa jengkel. Menyesal pula dia bagitahu.

"Ok, okeylah. Sambunglah cerita cepat aku nak dengar"

Baekhyun membetulkan duduknya, siap sedia untuk bercerita.

"Semalam, aku jumpa seorang perempuan nih. Dia terlanggar aku. Aku tengok muka dia penuh lebam dengan luka. Dia macam takut"

Mendengar Baekhyun berkata sebegitu, terus Taehyung turun dari meja Baekhyun. Badannya serta-merta menegak sambil matanya lebih besar daripada biasa.

"Perempuan? Ramb...rambut dia panjang ke?"

Baekhyun memandang atas, berfikir seketika. Lalu, dia mengangguk laju.

"Hm, panjang. Kenapa?"

Terus terlopong mulut Taehyung dibuatnya. Perlahan-lahan dia menutup mulut dengan sebelah tangannya.

"Weh, a...aku rasa itu bukan manusia lah itu han...."

Dengan tak semena-mena, Taehyung mendapat pukulan di kepala. Baekhyun meliku kepala kawan baiknya itu. Dia mengadu kesakitan.

"Kau nih, fikir logik sikit. Takkanlah aku boleh nampak hantu"

"Iyelah, kadang-kadang kita nih boleh nampak hantu"

"Masalahnya, aku nampak dia macam kena kejar. Tak lama lepastuh, aku nampak orang yang kejar dia. Macam...entahlah. Aku rasa kasihan dekat perempuan tuh"

"Eleh, kasihan konon. Dahlah, nih fail yang kau minta tadi. Sambung kerja kau, back to reality ya?"

Taehyung pun berlalu pergi selepas menepuk bahu Baekhyun beberapa kali. Baekhyun berdecit geram. Susah betul ada kawan yang tak faham perasaan nih.

Namun, kepalanya kembali memikirkan perempuan semalam. Kalau boleh, nak saja dia menolong perempuan itu. Tapi bila melihat perempuan itu seperti takut akannya, dia rasa serba salah pula. Kalau betul perempuan itu dalam masalah, dia harap sangat dapat berjumpa dengan perempuan itu sekali lagi. Entah mengapa, hatinya tekad untuk membantu perempuan itu. Lagi-lagi apabila perempuan itu kelihatan sadis di matanya. Tahu sahaja di bandar ini ramai penjenayah. Segala jenis penjenayah ada; perogol, pencuri, perompak. Harap-harap, perempuan itu berada dalam keadaan baik saja.

TBC

[C] Coincidentally Encounter (BBH Malay fanfic)Where stories live. Discover now