"Kenapa, abang?" Diana menyoal kerana aneh melihat gelagat Ez.

Ez segera mencapai lembut tangan Diana. Dia menggenggam erat lima jari Diana.

"Nak pegang tangan Diana la. Tadi Diana asyik pegang tangan budak-budak tu je. Tangan abang tak nak pegang pun."

Diana terkedu dengan perangai kebudak-budakan Ez. Jarak dari parkir ke pintu utama pun tak sampai 50 meter tapi beria mahu berpegangan tangan. Kemudian Diana tergelak.

"Dengan budak-budak pun nak jealous ke?"

"Ye la. Diorang tu pegang tangan isteri orang pulak." Ez sengaja membuat muka menyampah.

Diana tersenyum melihat perangai Ez yang tiba-tiba berubah menjadi tidak matang. Namun, senyumannya mati apabila Ez menariknya berjalan ke arah taman di halaman Villa Cempaka.

"Eh nak pergi mana? Tak nak masuk ke?" Diana keliru.

"Kita duduk la luar sekejap. Baru pukul 11. Malam ni Diana tidur la lewat sikit."

Diana tersenyum nipis. Diana pun akur untuk menemani suaminya. Dia merasakan mungkin Ez nak mengambil angin malam. Atau Ez mahukan 'late night talk' dengannya.

Mereka berdua berjalan perlahan ke arah kolam ikan dan duduk di kerusi berdekatan kolam itu. Keduanya hanya senyap dan membuatkan suasana menjadi sepi. Hanya terdengar bunyi aliran air kolam yang menenangkan.

'Kenapa dia senyap je? Ingat nak bersembang.' Diana mula kekok.

"Kerja abang semua okay? Yang prepare nak ke Jerman tu macam mana?" Diana cuba mencari topik.

"So far okay. Ada la dua kali haritu abang pergi Kajang discuss dengan diorang. Diorang pun baik, willing to guide us pasal projek tu." Suara Ez tenang menceritakan kepada Diana.

"Good to hear that." Balas Diana ringkas. Kemudian suasana berubah sepi semula. Ez menoleh semula melihat Diana.

"U look sweet tonight." Ez tiba-tiba bersuara dengan memuji Diana yang manis dalam dress berwarna pink itu.

"Thank you." Diana mula berasa malu. Apatah lagi tangannya masih dalam genggaman Ez.

"I know u must be bored to hear this everytime. Tapi abang nak Diana tahu yang abang bersyukur sangat Diana balik kat abang. I feel....alive."

Diana terkedu mendengar kata-kata Ez dengan suara garaunya tetapi dia cuba berlagak tenang.

"Tapi Diana rasa it is all thanks to you for not giving up on me." Diana masih teringat-ingat beberapa bulan lalu dia meminta fasakh dari Ez. Kerana Ez yang tidak berputus asa untuk menunggunya, dia dapat bersama di samping Ez hingga malam ini.

"I knew it. Okay. Most welcome." Ez sengaja bergurau dengan mengubah intonasi suaranya seperti berlagak. Diana ketawa melihat perubahan Ez.

Ez tersenyum melihat Diana. Dia merenung mata Diana. Masih tidak percaya Diana mula menerimanya.

"What?" Diana menyoal kerana malu direnung sebegitu oleh Ez.

Tiba-tiba, Ez merapatkan badannya dan memberi kucupan yang lama di atas dahi Diana. Tangan Ez makin kuat menggenggam tangan Diana. Diana pula tergamam pada mulanya hingga badannya kebelakang sedikit. Kemudian, dia menutup mata kerana menghargai kucupan ikhlas itu dari Ez.

Ez melepaskan kucupan itu. Dia kemudian melihat wajah Diana. Pipi Diana mula merah. Diana mula berdebar dan merasakan jantungnya berdegup laju. Dia cuba melarikan anak matanya.

"Diana." Ez memanggil lembut.

"Hmm?" Diana memandang semula kepada Ez.

Ez tanpa berfikir panjang terus menyentuh dagu Diana dan menghadiahkan satu kucupan lembut pada bibir isterinya.

DIANAOnde histórias criam vida. Descubra agora